4 pengajian Ijazah Sarjana Muda di politeknik Sept ini – BorneoPost ... - Politeknik Malaysia

4 pengajian Ijazah Sarjana Muda <b>di politeknik</b> Sept ini – BorneoPost <b>...</b> - Politeknik Malaysia


4 pengajian Ijazah Sarjana Muda <b>di politeknik</b> Sept ini – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2013 09:30 AM PDT

JOHOR BAHARU: Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.

"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, di sini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sultan Ibrahim, Datuk Dr Arshad Kassim.

Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.

Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.

Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.

"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.

Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 Comment for "4 pengajian Ijazah Sarjana Muda di politeknik Sept ini – BorneoPost ... - Politeknik Malaysia"