Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: Permohonan ... : Politeknik Muadzam Shah

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: Permohonan ... : Politeknik Muadzam Shah


Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: Permohonan ... : Politeknik Muadzam Shah

Posted: 16 Dec 2013 09:41 AM PST

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: Permohonan <b>...</b> : Politeknik Muadzam Shah


Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: Permohonan <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 04:02 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang sedia maklum, mesin ATM adalah salah satu daripada tuntutan pelajar yang kerapkali dilaungkan pada setiap tahun agar pihak berkenaan dapat menempatkan kemudahan tersebut didalam kawasan Politeknik Muadzam Shah. Ironinya, hampir setiap tahun juga tuntutan tersebut tidak mendapat respon yang positif apabila pihak bank berpendapat keadaan semasa Politeknik Muadzam Shah masih lagi tidak menepati piawaian yang mereka kehendaki bagi menjana keuntungan.

Ini dapat dibuktikan melalui permohanan yang dilakukan sebanyak 2 kali oleh pihak Politeknik kepada pihak Bank Islam melalui saluran tertentu dan ternyata permohonan tersebut masih lagi ditolak. Antara faktor penyebab kenapa permohonan itu ditolak adalah disebabkan bilangan pelajar dan staff di PMS yang dikatakan sedikit. Mereka memerlukan jumlah warga yang melebihi 3-5000 orang serta kemudahan akses kepada orang luar. Sudah pastinya kondisi politeknik yang pada ketika itu masih lagi baru menyukarkan pihak pengurusan untuk memenuhi tuntutan mereka.

Kesan daripada tuntutan tidak dapat dipenuhi, pelajar terpaksa bersusah payah menaiki bas dan teksi untuk turun ke Bandar Muadzam semata-mata untuk mengeluarkan wang perbelanjaan yang akan digunakan didalam kawasan politeknik sahaja (Pembelian makanan di kafe & kemudahan pembelajaran di Koperasi). Sudah pastinya ianya menyumbang kepada pertambahan kos pengangkutan dan dimasa yang sama memakan masa. Ini sedikit sebanyak menyusahkan pelajar yang mempunyai jadual yang padat disamping kesempitan masa.

Sudah semestinya kami dipihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang peka dengan keadaan sekeliling (kerana kami seorang pelajar juga) berpendapat pada tahun dan waktu ini adalah saat yang sesuai untuk mengemukakan permohonan baru berdasarkan kepada unjuran bilangan pelajar yang meningkat dari semasa ke semasa disamping pertambahan jurusan baru pada masa akan datang.

Kami percaya, sebagai salah sebuah IPTA yang sedang berkembang, Politeknik Muadzam Shah merupakan tempat yang sangat berpotensi bagi meletakkan kemudahan ini.

Berpegang kepada kenyataan sebenar "Pelajar semakin bertambah, bukan berkurang", sudah pastinya keuntungan dan faedah yang diharapkan itu boleh dinikmati dan memberi kesan yang baik kepada pihak Bank untuk jangka masa panjang.

Dengan aspirasi ini, kami sertakan sekali kertas cadangan untuk diberikan kepada pihak Bank untuk dipertimbangkan.Pertemuan diaturkan pada 23 September 2013.

[ 23 Sept 2013 ]

MPP bersama wakil daripada pihak HEP telah melakukan pertemuan ringkas bersama pengurus bank tempatan [Bank Islam dan Bank Rakyat] bagi menyerahkan kertas cadangan disamping melakukan sedikit perbincangan bagi memenuhi kehendak pihak bank dan dimasa yang sama merealisasikan permintaan warga PMS.Melalui pertemuan bersama 2 orang pengurus daripada Bank Islam dan Bank Rakyat, ini adalah ulasan yang dapat kami simpulkan:

BANK ISLAM

Kami masih lagi melihat kesukaran pihak bank Islam untuk meletakkan mesin ATM mereka di Politeknik Muadzam Shah berdasarkan kepada permintaan mereka untuk melihat unjuran pelajar untuk 3 tahun akan datang. Walaupun realitinya, hampir kesemua pelajar Politeknik Muadzam Shah adalah pelanggan setia Bank Islam kerana mereka terdiri daripada pengguna peribadi dan peminjam PTPTN yang sudah semestinya diwajibkan untuk menggunakan Bank Islam sebagai saluran pengagihan kewangan, ternyata realiti itu bagi mereka tidak boleh dijadikan sandaran yang jaminan kepada keuntungan perniagaan mereka. Jadi pertemuan ini adalah 50/50.

BANK RAKYAT

Daripada pertemuan yang dibuat oleh pihak MPP dan HEP bersama pihak Bank rakyat, kami mendapati pihak Bank Rakyat kelihatan begitu berminat untuk meletakkan mesin ATM mereka di Politeknik Muadzam Shah. Mereka jelas bersungguh untuk membawa permohonan ini ke pihak atasan untuk dibentangkan dan mereka nampak potensi yang ada pada Politeknik ini.

(PMS adalah sebuah IPTA, sudah pasti bilangan pelajarnya bertambah setiap tahun)

Pihak mereka sendiri sudah melakukan kaji selidik dan meneliti kawasan bersesuaian di sekitar Politeknik Muadzam Shah dan mereka berpendapat kawasan sekitar pondok pengawal adalah kawasan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun mereka masih tidak mampu memberi jaminan pelaksanaannya selagi ia tidak dibentangkan kepada pihak atasan. Walau bagaimanapun pertemuan itu agak positif.

Itu adalah sedikit ulasan mengenai pertemuan yang telah diaturkan oleh MPP bersama pihak Bank. Jawapan mungkin mengambil masa agak la (3-4 bulan), apapun kita sedang berusaha untuk bergerak kearah itu. Insyaallah, jika ada apa-apa perkembangan terkini mengenai mesin ATM, kami akan maklumkan kepada pelajar.

Berkhidmat untuk Mahasiswa

Azmir Shah

Majlis Perwakilan Pelajar

Politeknik Muadzam Shah 

0 Comment for "Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: Permohonan ... : Politeknik Muadzam Shah"