

Kursus Asas Paramotor yang julung-julung kalinya dianjurkan di Politeknik Banting merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh pelajar di bawah kelolaan Kelab Jabatan Penyenggaraan Pesawat. Program ini dikendalikan oleh Kolonel (B) Basir Bin H. Abd Rahman yang berpengalaman dalam menjadi juri serta wakil Malaysia dalam kejohanan dunia paramotor di seluruh dunia. Kursus ini telah menarik penyertaan seramai 47 peserta melibatkan 40 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan 7 orang pensyarah PBS. Program yang dijalankan ini melibatkan dua fasa iaitu teori dan praktikal paramotor.
Di dalam kelas teori yang diadakan selama 3 hari, pelajar telah didedahkan kepada beberapa topik seperti Theory of Flight, Aviation Law, Weather, Ground and Flight Safety, Airmanship dan Part of Paramotor. Peserta juga didedahkan dengan latihan praktikal yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu latihan pengembangan payung (kiting) dan pengembaraan menaiki trike. Dalam latihan pengembangan payung, peserta dilatih untuk mengembangkan payung tanpa enjin iaitu dengan mengimbangi payung. Selain itu, peserta juga diajar secara mendalam berkaitan bahagian payung, cara ikatan tali payung, cara mengawal tali payung, jenis tali yang terdapat pada payung, cara lipatan payung dan keselamatan ketika mengendalikan payung. Didapati faktor angin banyak memainkan peranan penting dalam mengembangkan payung.
Program Kursus Asas Paramotor dilihat telah berjaya mencapai objektifnya di mana memberi banyak manfaat kepada pelajar. Bagi Pengarah Politeknik Banting Selangor, Tn Hj. Zulkifli Bin Md. Salleh, melalui program seperti ini pelajar dapat mempelajari kemahiran kepimpinan serta bebolehan dalam menguruskan program. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan teori bagi kursus Basic Aerodynamic, Propeller dan Aircraft Structure yang berkait rapat dengan Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dengan enjin, payung serta kipas paramotor yang hampir sama dengan asas penerbangan kapal terbang. Ini sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk memahami apa yang mereka belajar di dalam kelas dan bengkel sekaligus meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
0 Comment for "Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Banting Selangor - Politeknik Banting"