Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS - Politeknik Banting

Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS - Politeknik Banting


Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS - Politeknik Banting

Posted: 23 Dec 2013 03:13 AM PST

Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS - Politeknik Banting


Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS

Posted: 22 Dec 2013 04:10 AM PST

Hear this article

     Pada 9 Disember 2013 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (Dam) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (Jpp) bersama dengan wakil-wakil dari pihak industri dan Institusi Pengajian Tinggi. Antaranya ialah En. Baharuddin Bin Abd Rahman, (Administration & Employment Head) dari Malaysia Airlines, Engineering Training Department, En. Joel Lim Soon Yeen (Head Maintenance Operation) dari SR Technics, Mejar (Bersara) Zalina Binti Sungip ,Pensyarah dari Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan,Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Kapten Mohd Adzmi Ariffin, (Safety & Quality Manager) dari MHS Aviation Berhad.

         Mesyuarat yang dijalankan telah berjaya mencapai matlamatnya di mana pihak industri telah memberi pandangan dan pendapat mereka terhadap kurikulum yang dibangunkan dan secara tidak langsungnya pihak JPP, PBS dapat membuat penambahbaikan terhadap kurikulum yang dibangunkan.

     Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah PBS iaitu Tn. Hj Zulkifli Bin Md Salleh dan telah disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Norhayati Binti Zakaria bersama 7 orang pensyarah dari Jabatan Penyenggaraan Pesawat, PBS.

Gambar boleh dilihat dengan menekan link url dibawah:

(1) Pautan Gambar

PBS English Camp 2013

Posted: 22 Dec 2013 04:01 AM PST

Hear this article

      Buat pertama kalinya di Politeknik Banting Selangor (PBS), Unit Bahasa Inggeris,JPA telah menganjurkan 'ENGLISH CAMP 2013' yang bertempat di kampus PBS. Program ini telah dilaksanakan oleh 21 pelajar dari Semester 5, Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) dengan pemantauan dari pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris. Dengan hasil usaha mereka, program ini telah dapat dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu dari 29/11/2013 sehingga 1/12/2013. Seramai 29 orang pelajar telah menghadirkan diri sebagai peserta program.

      Selama program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama para fasilitator bukan sahaja pada waktu siang tetapi juga pada waktu malam. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta adalah 'Jamboree Night' dimana setiap peserta dikehendaki menyediakan persembahan yang kreatif dan unik untuk dipersembahkan kepada para peserta yang lain. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini, para peserta secara tidak langsungnya dapat membina keyakinan diri dalam berkomunikasi di dalam bahasa inggeris selain dapat mengasah bakat yang terpendam.

 Penutupan program ini telah dilakukan oleh Pengarah PBS iaitu Tn Hj Zulkifli Bin Md Salleh . Turut menghadiri pada majlis penutup ini ialah Timbalan Pengarah Akademik (TPA) iaitu Dr. Norhayati Binti Zakaria, En M. Zulfazli Bin Raub Khan, pensyarah JPP serta pensyarah-pensyarah Bahasa Inggeris. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga sesi bergambar.

 

**Gambar English Camp 2013 boleh dilihat dengan menekan link dibawah.

(1) Pautan Gambar 1

(2) Pautan Gambar 2

Program Integriti dan Motivasi Kakitangan

Posted: 22 Dec 2013 03:43 AM PST

Hear this article

 

 

Pada 20 November 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Agama Islam, JPA telah menganjurkan Program Integriti dan Motivasi Kakitangan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Banting Selangor (PBS) yang telah dirasmikan oleh Pengarah PBS iaitu Tn.Hj Zulkifli Bin Md Salleh.

           Dr. Ridzwan Bin Bakar telah dijemput sebagai Penceramah Jemputan dari Fakulti Pengurusan, Universiti Multimedia merupakan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Bisnes (CeBP) dan juga seorang penulis buku yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memberikan dua (2) ceramah pada program ini iaitu Tataurus & Integriti: Membentuk Budaya Kerja Cemerlang serta Integriti dan Seni Ceria di Pejabat kepada para peserta.

Dengan adanya ceramah ini, para peserta dapat mengaplikasikan pemikiran, kemahiran dan strategi yang betul dalam mencapai integriti kakitangan dan organisasi. Selain itu juga, peserta akan terbangun sebagai individu yang sentiasa bermotivasi, berpencapaian tinggi, menunjukkan prestasi berkualiti, mendapat kepuasan kendiri (self-satisfaction) dan memperolehi kestabilan dalam menguruskan kehidupannya sebagai individu dan penjawat awam yang lebih cemerlang.

0 Comment for "Mesyuarat Penasihat Kurikulum Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) PBS - Politeknik Banting"