MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat di Malaysia. - Politeknik Malaysia

MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di Malaysia</b>. - Politeknik Malaysia


MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di Malaysia</b>.

Posted: 14 Dec 2013 12:56 AM PST

DUNGUN – Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini semalam ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.

Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.

"Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.

"Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Pelajar Politeknik Dungun Hilang Ditemui Lemashttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Mati-Lemas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Mati-Lemas-150x150.jpg14 December 2013 MyNewsHub Terkini

DUNGUN - Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini semalam ditemui lemas pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50...

DUNGUN - Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini semalam ditemui lemas pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam. Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas. "Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan. "Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di Malaysia</b>.

Posted: 13 Dec 2013 02:59 AM PST

DUNGUN – Keghairahan 13 rakan bermandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Mereka merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Mayat Ahmad Syukri Ieman Ramaino, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditemui orang ramai kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

Manakala Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor masih belum ditemui sementara operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis sedang giat dilakukan.

Menurut salah seorang rakan mereka, Mohd Hafizi Abd Manaf, 18, kumpulan itu pergi ke pantai dengan menaiki motosikal dan hanya 11 orang daripada mereka yang turun untuk mandi.

Beliau berkata, mereka hanya mandi selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk bermain pasir di pantai.

"Ketika itu hanya kami berlapan yang naik manakala tiga yang lain masih mandi. Ketika sedang bermain pasir, saya terdengar salah seorang daripada tiga rakan kami itu menjerit meminta tolong.

"Bila berpaling ke arah suara itu, kami melihat tiga rakan kami itu sedang terkapai-kapai sebelum kami berlari untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Hanya salah seorang dari mereka yang hampir lemas yang berjaya diselamatkan iaitu Mohd Farhan Beig Shamsuri manakala dua lagi rakannya hilang dari pandangan, katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter. – BERNAMA

Pelajar Politeknik Lemas, Seorang Masih Hilanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Lemas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Lemas-150x150.jpg13 December 2013 MyNewsHub Terkini,

DUNGUN - Keghairahan 13 rakan bermandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih hilang. Mereka merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung...

DUNGUN - Keghairahan 13 rakan bermandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih hilang. Mereka merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Mayat Ahmad Syukri Ieman Ramaino, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditemui orang ramai kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian. Manakala Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor masih belum ditemui sementara operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis sedang giat dilakukan. Menurut salah seorang rakan mereka, Mohd Hafizi Abd Manaf, 18, kumpulan itu pergi ke pantai dengan menaiki motosikal dan hanya 11 orang daripada mereka yang turun untuk mandi. Beliau berkata, mereka hanya mandi selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk bermain pasir di pantai. "Ketika itu hanya kami berlapan yang naik manakala tiga yang lain masih mandi. Ketika sedang bermain pasir, saya terdengar salah seorang daripada tiga rakan kami itu menjerit meminta tolong. "Bila berpaling ke arah suara itu, kami melihat tiga rakan kami itu sedang terkapai-kapai sebelum kami berlari untuk menyelamatkan mereka," katanya. Hanya salah seorang dari mereka yang hampir lemas yang berjaya diselamatkan iaitu Mohd Farhan Beig Shamsuri manakala dua lagi rakannya hilang dari pandangan, katanya. Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 Comment for "MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat di Malaysia. - Politeknik Malaysia"