Pelajar Politeknik Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pelajar Politeknik Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Pelajar Politeknik Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Posted: 28 Dec 2013 11:40 AM PST

Pelajar <b>Politeknik</b> Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub <b>...</b> - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Pelajar <b>Politeknik</b> Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 03:11 AM PST

Seorang pelajar lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta Proton Exora di persimpangan lampu isyarat di hadapan Politeknik Sultan Mizan, Dungun petang tadi.

Muhammad Asraf Hamdan, 18, yang membonceng motosikal mati ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.

Semetara rakan mangsa, Muhammad Fadhil Deraman, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pemandu Proton Exora pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelajar Maut, Rakan Kritikal Dilanggar Kereta

Seorang pelajar maut manakala rakannya parah setelah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 84.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini Khamis.

Kejadian kira-kira 2 petang itu berlaku ketika dua pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk ke kampus mereka.

Akibat rempuhan itu, Muhammad Asraf Hamidin, 18, pelajar Diploma Teknologi Komputer yang berasal dari Batu 17, Rawang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Rakan sekelasnya, Muhammad Fathil Deraman, 18, yang berasal dari Kampung Pancur Kemumin, Kelantan cedera parah di bahagian kepala dan dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala rakannya yang cedera parah di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

accident poli dungun4

Pelajar <b>Politeknik</b> Lemas, Seorang Masih Hilang - MyNewsHub <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 03:35 AM PST

DUNGUN - Keghairahan 13 rakan bermandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih hilang.

   

Mereka merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

   

Mayat Ahmad Syukri Ieman Ramaino, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditemui orang ramai kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

   

Manakala Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor masih belum ditemui sementara operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis sedang giat dilakukan.

   

Menurut salah seorang rakan mereka, Mohd Hafizi Abd Manaf, 18, kumpulan itu pergi ke pantai dengan menaiki motosikal dan hanya 11 orang daripada mereka yang turun untuk mandi.

  

Beliau berkata, mereka hanya mandi selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk bermain pasir di pantai.

   

"Ketika itu hanya kami berlapan yang naik manakala tiga yang lain masih mandi. Ketika sedang bermain pasir, saya terdengar salah seorang daripada tiga rakan kami itu menjerit meminta tolong.

   

"Bila berpaling ke arah suara itu, kami melihat tiga rakan kami itu sedang terkapai-kapai sebelum kami berlari untuk menyelamatkan mereka," katanya.

   

Hanya salah seorang dari mereka yang hampir lemas yang berjaya diselamatkan iaitu Mohd Farhan Beig Shamsuri manakala dua lagi rakannya hilang dari pandangan, katanya.

   

Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter.  -- Bernama

0 Comment for "Pelajar Politeknik Dungun Hilang Ditemui Lemas - MyNewsHub ... - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin"