Pelajar Politeknik maut nahas | Kuala Lumpur Post - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pelajar Politeknik maut nahas | Kuala Lumpur Post - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Pelajar Politeknik maut nahas | Kuala Lumpur Post - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Posted: 09 Dec 2013 11:40 AM PST

Pelajar <b>Politeknik</b> maut nahas | Kuala Lumpur Post - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Pelajar <b>Politeknik</b> maut nahas | Kuala Lumpur Post

Posted: 28 Nov 2013 06:40 PM PST

DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji – DNA
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

accident-poli-dungun4-225x300Seorang pelajar maut manakala rakannya parah setelah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 84.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini Khamis.

Kejadian kira-kira 2 petang itu berlaku ketika dua pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk ke kampus mereka.

Akibat rempuhan itu, Muhammad Asraf Hamidin, 18, pelajar Diploma Teknologi Komputer yang berasal dari Batu 17, Rawang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Rakan sekelasnya, Muhammad Fathil Deraman, 18, yang berasal dari Kampung Pancur Kemumin, Kelantan cedera parah di bahagian kepala dan dilaporkan kritikal, menurut sumber Bernama.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat manakala rakannya yang cedera parah di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

0 Comment for "Pelajar Politeknik maut nahas | Kuala Lumpur Post - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin"