Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Kuala Terengganu

Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Kuala Terengganu


Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Kuala Terengganu

Posted: 17 Dec 2013 03:10 AM PST

<b>Politeknik</b> Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s <b>...</b> - Politeknik Kuala Terengganu


<b>Politeknik</b> Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2013 03:19 AM PST

1

Tanpa diduga, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengenepikan pasukan pilihan lain untuk muncul juara kejohanan ragbi Poly 10′s yang berlangsung di Politeknik Shah Alam pada 17 hingga 19 Mei lepas.

PMM bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menjulang kejuaran tersebut. Pasukan dari Melaka itu dipaksa dengan hebat oleh pasukan tuanrumah, Politeknik Shah Alam sebelum berjaya menewaskan lawan mereka dengan mata 7-0 untuk membawa pulang wangtunai sebanyak RM 2500.

Tempat ketiga cup kategori tersebut dimenangi UiTM Johor selepas menewaskan satu lagi pasukan Politeknik Merlimau Melaka yang diwakili PMM B. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula berjaya memenangi kategori plate menerusi kemenangan 7-5 mereka keatas Polisas.

Bagi kategori kelab pula, Majlis Bandaraya Shah Alam membelasah pasukan NS Wanderers di perlawanan akhir untuk menjuarai kategori cup kelab dengan mata 31 tanpa balas. Kemenangan itu melayakkan pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3,500.

2

MBSA begitu garang sepanjang kejohanan selepas mengenepikan cabaran pasukan-pasukan pilihan khusunya UiTM Lions yang mereka tumpaskan di saingan separuh akhir menerusi keputusan 12-0. Dengan gabungan beberapa pemain Keris Conlay dan kakitangan MBSA sendiri, pasukan ini berjaya mengatasi pencapaian tahun lepas yang hanya sekadar mara ke suku akhir.

"Kedua-dua pasukan beraksi dengan seimbang pada perlawanan akhir ini. Strategi awal pasukan kami adalah untuk bertahan.

"Namun selepas lawan melakukan kesilapan, kami menggunakan peluang tersebut untuk mencuri mata ditambah pula dengan kehadiran pemain import memberi kelebihan buat pasukan kami" kata pemain terbaik MBSA, Farizal Ismail.

3

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) pula mengesahkan status mereka selaku antara pasukan sekolah paling unggul dalam sukan ragbi menerusi kemenangan mereka keatas sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 8-0 di perlawanan akhir. Kemenangan ini membolehkan SMSS membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1500.

About the Author

Dunia Sukan Journalis

Kaitan Berita

Like Dunia Sukan

DS Store

Cart

Views

Statistik Dari 1Jan2013

  • User Online:
  • Today Visit: 5472
  • Today Visitor: 259
  • Yesterday Visit: 20082
  • Yesterday Visitor: 1110
  • Week Visit: 224160
  • Month Visit: 1104570
  • Search Engine reffered: 38170

Blog Politeknik Kuala Terengganu: (4 GAMBAR) Pelajar Politeknik ... - Politeknik Kuala Terengganu

Posted: 16 Dec 2013 03:33 AM PST

Blog <b>Politeknik Kuala Terengganu</b>: (4 GAMBAR) Pelajar Politeknik <b>...</b> - Politeknik Kuala Terengganu


Blog <b>Politeknik Kuala Terengganu</b>: (4 GAMBAR) Pelajar Politeknik <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2013 03:14 AM PST



JOHOR BAHRU - Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.
   
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.
   
"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini.
   
Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. 
   
Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.
   
Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.
   
Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.
   
"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.
   
Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. - Bernama

Senarai Politeknik Malaysia:

1.     Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 IPOH
PERAK
Tel: 05-5457622 
Web: http://www.puo.edu.my

2.     Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu
25350 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5655300 
Web: http://www.polisas.edu.my

3.     Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 JITRA
KEDAH
Tel: 04-9146100 
Web: http://www.polimas.edu.my

4.     Politeknik Kota Bharu
KM. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH
KELANTAN
Tel: 09-7889126 
Web: http://www.pkb.edu.my

5.     Politeknik Kuching Sarawak
KM. 22 Jalan Matang, Beg Berkunci 3094,
93050 KUCHING
SARAWAK
Tel: 082-845596 
Web: http://www.poliku.edu.my

6.     Politeknik Port Dickson
KM. 14, Jalan Pantai
71050 SI RUSA
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-6622000 
Web: http://www.polipd.edu.my

7.     Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 KOTA KINABALU
SABAH
Tel: 088-499980 
Web: http://www.pkksabah.edu.my

8.     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, S. U1
40150 SHAH ALAM
SELANGOR
Tel: 03-51634000 
Web: http://www.psa.edu.my

9.     Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Tel: 07-2612488 
Web: http://www.pis.edu.my

10.     Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Tel: 04-5383322 
Web: http://www.psp.edu.my

11.     Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 MELAKA
Tel: 06-3376000 
Web: http://www.polimelaka.edu.my

12.     Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 K. TERENGGANU
TERENGGANU
Tel: 09-6204100 
Web: http://www.pkkt.edu.my

13.     Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka
23000 DUNGUN
TERENGGANU
Tel: 09-8400800 
Web: http://www.pdt.edu.my

14.     Politeknik Merlimau
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau
77300 MERLIMAU
MELAKA
Tel: 06-2636687 
Web: http://www.pmm.edu.my

15.     Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen
35950 BEHRANG
PERAK
Tel: 05-4544431 
Web: http://www.psas.edu.my

16.     Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09000 KULIM
KEDAH
Tel: 04-4033333 
Web: http://www.ptsb.edu.my

17.     Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang
45100 SG AIR TAWAR
SELANGOR
Tel: 03-32806200 
Web: http://www.psis.edu.my

18.     Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh
02600 ARAU
PERLIS
Tel: 04-9886200 
Web: http://www.ptss.edu.my

19.     Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG
Tel: 09-4502007 
Web: http://www.pms.edu.my

20.     Politeknik Mukah Sarawak
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 MUKAH
SARAWAK
Tel: 084-874001 
Web: http://www.pmu.edu.my

21.     Politeknik Balik Pulau
1-3-61, Bangunan I-AVENUE, Medan Kampung Relau,
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6410859

22.     Politeknik Jeli
Jalan Raya Timur - Barat,
17600, JELI
KELANTAN
Tel: 09-9462800 
Web: http://www.pjk.edu.my

23.     Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760, Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7980400 
Web: http://www.polinilai.edu.my

24.     Politeknik Banting
Lot 1-5A, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas
42700 BANTING
SELANGOR
Tel: 03-31875600

25.     Politeknik Mersing
Jalan Nitar
86800 MERSING
JOHOR
Tel: 07-7980001 
Web: http://www.pmj.edu.my

26.     Politeknik Hulu Terengganu
bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 K. Berang
TERENGGANU
Tel: 09-6825555 
Web: http://www.pht.edu.my

27.     Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 SANDAKAN
SABAH
Tel: 089-228351 
Web: http://www.pss.edu.my

28.     Politeknik Metro KL
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000 
Web: http://www.pmkl.edu.my

29.     Politeknik Metro Kuantan
A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,
25000 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5659 000 
Web: http://www.pmku.edu.my

30.     POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Jalan Suria 19, Taman Putra
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR
Tel: 07-335 8851

31.     Politeknik METrO Betong
1-12 Phase 2, Betong New Township
Jalan Baru Betong
96700 Betong
SARAWAK
Tel: -

32.     Politeknik METrO Tasek Gelugor
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
PULAU PINANG
Tel: 04-390 4799 
Web: http://pmtg.edu.my/

Terkini: Dua pelajar <b>politeknik</b> lemas di Teluk Bidara 13/12/13

Posted: 13 Dec 2013 12:01 AM PST

teluk bidara-gambar hiasan

2013/12/13

DUNGUN: Dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, ditemui lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara, dekat Kampung Seberang Pintasan di sini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, dua rakan itu yang mandi di pantai berkenaan bersama 11 yang lain lemas selepas dipukul ombak kuat. Usaha mencari yang dijalankan pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Ahmad Syukri Aiman Romainor, 18, iaitu pelajar jurusan Diploma Automotif Diesel, manakala mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Hanif Jainuri, 18, yang mengambil jurusan sama masih belum ditemui.


sumber:bharian

Ranking: 5

0 Comment for "Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Kuala Terengganu"