Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Merlimau

Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Merlimau


Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Merlimau

Posted: 20 Dec 2013 03:34 PM PST

<b>Politeknik Merlimau</b> Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s <b>...</b> - Politeknik Merlimau


<b>Politeknik Merlimau</b> Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 03:11 AM PST

1

Tanpa diduga, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengenepikan pasukan pilihan lain untuk muncul juara kejohanan ragbi Poly 10′s yang berlangsung di Politeknik Shah Alam pada 17 hingga 19 Mei lepas.

PMM bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menjulang kejuaran tersebut. Pasukan dari Melaka itu dipaksa dengan hebat oleh pasukan tuanrumah, Politeknik Shah Alam sebelum berjaya menewaskan lawan mereka dengan mata 7-0 untuk membawa pulang wangtunai sebanyak RM 2500.

Tempat ketiga cup kategori tersebut dimenangi UiTM Johor selepas menewaskan satu lagi pasukan Politeknik Merlimau Melaka yang diwakili PMM B. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula berjaya memenangi kategori plate menerusi kemenangan 7-5 mereka keatas Polisas.

Bagi kategori kelab pula, Majlis Bandaraya Shah Alam membelasah pasukan NS Wanderers di perlawanan akhir untuk menjuarai kategori cup kelab dengan mata 31 tanpa balas. Kemenangan itu melayakkan pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3,500.

2

MBSA begitu garang sepanjang kejohanan selepas mengenepikan cabaran pasukan-pasukan pilihan khusunya UiTM Lions yang mereka tumpaskan di saingan separuh akhir menerusi keputusan 12-0. Dengan gabungan beberapa pemain Keris Conlay dan kakitangan MBSA sendiri, pasukan ini berjaya mengatasi pencapaian tahun lepas yang hanya sekadar mara ke suku akhir.

"Kedua-dua pasukan beraksi dengan seimbang pada perlawanan akhir ini. Strategi awal pasukan kami adalah untuk bertahan.

"Namun selepas lawan melakukan kesilapan, kami menggunakan peluang tersebut untuk mencuri mata ditambah pula dengan kehadiran pemain import memberi kelebihan buat pasukan kami" kata pemain terbaik MBSA, Farizal Ismail.

3

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) pula mengesahkan status mereka selaku antara pasukan sekolah paling unggul dalam sukan ragbi menerusi kemenangan mereka keatas sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 8-0 di perlawanan akhir. Kemenangan ini membolehkan SMSS membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1500.

About the Author

Dunia Sukan Journalis

Kaitan Berita

Like Dunia Sukan

DS Store

Cart

Views

Statistik Dari 1Jan2013

  • User Online:
  • Today Visit: 5472
  • Today Visitor: 259
  • Yesterday Visit: 20082
  • Yesterday Visitor: 1110
  • Week Visit: 224160
  • Month Visit: 1104570
  • Search Engine reffered: 38170

<b>Politeknik Merlimau</b> Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s

Posted: 11 Dec 2013 07:02 PM PST

JOHOR BAHARU: Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.

"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, di sini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sultan Ibrahim, Datuk Dr Arshad Kassim.

Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.

Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.

Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.

"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.

Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 Comment for "Politeknik Merlimau Melaka, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s ... - Politeknik Merlimau"