PSPBK 1 menjuarai kategori lelaki aksi Petanque Terbuka Politeknik - Politeknik Malaysia

PSPBK 1 menjuarai kategori lelaki aksi Petanque Terbuka <b>Politeknik</b> - Politeknik Malaysia


PSPBK 1 menjuarai kategori lelaki aksi Petanque Terbuka <b>Politeknik</b>

Posted: 15 Dec 2013 08:36 AM PST

KUCHING: Persatuan Sukan Petanque Bahagian Kuching 1 (PSPBK 1) muncul juara kategori lelaki pada Kejo­hanan Petanque Terbuka Politeknik 2013, di Santubong semalam.

Kejayaan itu dilakar se­lepas PSPBK 1 berjaya men­galahkan Saratok 1 dengan pungutan 13-10 mata.

Dengan kemenangan itu, PSPBK 1 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan, pingat serta sijil penyertaan.

Saratok 1 yang menduduki tempat kedua pula memenan­gi wang tunai RM700, pingat serta sijil penyertaan.

Tempat ketiga dirangkul oleh Santubong 3 membawa pulang wang tunai RM500, pingat serta sijil penyertaan.

Bagi kategori wanita pula diungguli pasukan Poliku yang menumpaskan PSPBK 1 dengan pungutan 13-10 mata, sekali gus memenangi wang tunai RM300, piala pusingan, pingat serta sijil penyertaan.

Manakala PSPBK 1 men­duduki tempat kedua mem­bawa pulang wang tunai RM200, pingat serta sijil penyertaan.

PSPBK 4 di tempat ketiga pula memenangi wang tu­nai RM100, pingat serta sijil penyertaan.

Kejohanan julung kali itu menampilkan penyertaan terbuka daripada kalangan pelajar, penduduk kampung, wakil-wakil jabatan dan se­bagainya.

Kejohanan anjuran Badan Kebajikan, Sukan dan rekrea­si (BAKSRI) dan Koperasi  PKS Berhad itu bertujuan memperkenal serta mem­promosikan permainan sukan petanque yang merupakan su­kan baharu kalangan masyar­akat setempat.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

<b>MALAYSIAN</b> AMATEUR RADIO LEAGUE: Peserta JOTA <b>di</b>

Posted: 12 Dec 2013 03:43 PM PST

<b>MALAYSIAN</b> AMATEUR RADIO LEAGUE: Peserta JOTA <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2013 03:58 PM PDT

0 Comment for "PSPBK 1 menjuarai kategori lelaki aksi Petanque Terbuka Politeknik - Politeknik Malaysia"