'Perodua Eco-Challenge 2013' anjuran Perodua menyaksikan Politeknik Ungku Omar (PUO) berjaya menggondol gelaran juara di Stadium Shah Alam pada 14 Disember lalu.

"Perodua Eco-Challenge ini merupakan sebahagian dari program tanggungjawab koporat yang kini menjadi agenda penting dalam pembangunan insan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua Eco-Challenge tahun ini bukan sahaja memerlukan peserta dari sembilan Intitusi Pengajian Tinggi (IPT)  mereka semula Perodua Myvi malah menjadikan ia kenderaan jimat bahan api.

Perodua Eco-Challenge yang dilancarkan buat pertama kalinya pada 2009 adalah bertujuan memberikan peluang kepada pelajar IPT untuk merasai pengalaman dunia pekerjaan sebenar.

Sembilan IPT yang bertanding pada cabaran tahun ini adalah PUO, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).