Warga Politeknik Melaka diberi latihan aspek keselamatan - Politeknik Melaka

Warga Politeknik Melaka diberi latihan aspek keselamatan - Politeknik Melaka


Warga Politeknik Melaka diberi latihan aspek keselamatan - Politeknik Melaka

Posted: 16 Dec 2013 11:30 AM PST

Warga <b>Politeknik Melaka</b> diberi latihan aspek keselamatan - Politeknik Melaka


Warga <b>Politeknik Melaka</b> diberi latihan aspek keselamatan

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

RASHIDAH Mustapa (barisan dua, tengah) bersama para pelajar dan kakitangan Politeknik Melaka yang menjayakan Program OSH@POLY III 2013 di Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 6 Nov. - Politeknik Melaka mengambil langkah proaktif dengan menekankan aspek keselamatan dalam kalangan warganya dengan mengadakan Program OSH@POLY III 2013 anjuran Jawatankuasa Pelaksana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Rashidah Mustapa berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan di samping meningkatkan tahap kesedaran kepada pensyarah, pelajar dan staf sokongan terutamanya yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan berisiko tinggi.

Menurutnya, penerapan dan penekanan dalam aspek keselamatan serta kesihatan di institusi itu dapat memupuk budaya selamat dan sihat dalam kalangan pelajar dan pensyarah sekali gus melahirkan tenaga kerja bijak, selamat dan sihat.

"Setiap peserta didedahkan dengan pelbagai teknik serta kaedah yang perlu dipatuhi ketika bekerja dengan melakukan langkah dan tindakan secara serius di mana sikap peka terhadap persekitaran membantu pengurangan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

"Pelaksanaan program ini diharapkan mampu memberi kesedaran kepada warga Politeknik Melaka dan seterusnya akan disebarluas sebagai tanggungjawab bersama dalam mempromosikan budaya kerja yang selamat serta sihat," katanya.

Program itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya latihan kebakaran, taklimat Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan Ketika Menghadapi Bencana dan Kecemasan, ceramah keselamatan kesedaran kebakaran dan demonstrasi pemadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

<b>Politeknik</b> Merlimau <b>Melaka</b>, MBSA Ungguli Ragbi Poly 10′s

Posted: 08 Dec 2013 03:14 AM PST

JOHOR BAHARU: Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.

"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, di sini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sultan Ibrahim, Datuk Dr Arshad Kassim.

Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.

Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.

Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.

"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.

Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Persiapan Station JOTA 9M2PMM @ <b>Politeknik</b> Merlimau, <b>Melaka</b>

Posted: 18 Oct 2013 04:41 PM PDT

<b>Politeknik</b></b> Premier Mulakan Pengajian Ijazah - SyamStyles

Posted: 08 Dec 2013 07:20 PM PST



JOHOR BAHRU - Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.
   
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.
   
"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini.
   
Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. 
   
Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.
   
Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.
   
Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.
   
"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.
   
Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. - Bernama

Senarai Politeknik Malaysia:

1.     Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 IPOH
PERAK
Tel: 05-5457622 
Web: http://www.puo.edu.my

2.     Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu
25350 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5655300 
Web: http://www.polisas.edu.my

3.     Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 JITRA
KEDAH
Tel: 04-9146100 
Web: http://www.polimas.edu.my

4.     Politeknik Kota Bharu
KM. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH
KELANTAN
Tel: 09-7889126 
Web: http://www.pkb.edu.my

5.     Politeknik Kuching Sarawak
KM. 22 Jalan Matang, Beg Berkunci 3094,
93050 KUCHING
SARAWAK
Tel: 082-845596 
Web: http://www.poliku.edu.my

6.     Politeknik Port Dickson
KM. 14, Jalan Pantai
71050 SI RUSA
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-6622000 
Web: http://www.polipd.edu.my

7.     Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 KOTA KINABALU
SABAH
Tel: 088-499980 
Web: http://www.pkksabah.edu.my

8.     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, S. U1
40150 SHAH ALAM
SELANGOR
Tel: 03-51634000 
Web: http://www.psa.edu.my

9.     Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Tel: 07-2612488 
Web: http://www.pis.edu.my

10.     Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Tel: 04-5383322 
Web: http://www.psp.edu.my

11.     Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 MELAKA
Tel: 06-3376000 
Web: http://www.polimelaka.edu.my

12.     Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 K. TERENGGANU
TERENGGANU
Tel: 09-6204100 
Web: http://www.pkkt.edu.my

13.     Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka
23000 DUNGUN
TERENGGANU
Tel: 09-8400800 
Web: http://www.pdt.edu.my

14.     Politeknik Merlimau
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau
77300 MERLIMAU
MELAKA
Tel: 06-2636687 
Web: http://www.pmm.edu.my

15.     Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen
35950 BEHRANG
PERAK
Tel: 05-4544431 
Web: http://www.psas.edu.my

16.     Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09000 KULIM
KEDAH
Tel: 04-4033333 
Web: http://www.ptsb.edu.my

17.     Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang
45100 SG AIR TAWAR
SELANGOR
Tel: 03-32806200 
Web: http://www.psis.edu.my

18.     Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh
02600 ARAU
PERLIS
Tel: 04-9886200 
Web: http://www.ptss.edu.my

19.     Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG
Tel: 09-4502007 
Web: http://www.pms.edu.my

20.     Politeknik Mukah Sarawak
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 MUKAH
SARAWAK
Tel: 084-874001 
Web: http://www.pmu.edu.my

21.     Politeknik Balik Pulau
1-3-61, Bangunan I-AVENUE, Medan Kampung Relau,
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6410859

22.     Politeknik Jeli
Jalan Raya Timur - Barat,
17600, JELI
KELANTAN
Tel: 09-9462800 
Web: http://www.pjk.edu.my

23.     Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760, Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7980400 
Web: http://www.polinilai.edu.my

24.     Politeknik Banting
Lot 1-5A, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas
42700 BANTING
SELANGOR
Tel: 03-31875600

25.     Politeknik Mersing
Jalan Nitar
86800 MERSING
JOHOR
Tel: 07-7980001 
Web: http://www.pmj.edu.my

26.     Politeknik Hulu Terengganu
bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 K. Berang
TERENGGANU
Tel: 09-6825555 
Web: http://www.pht.edu.my

27.     Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 SANDAKAN
SABAH
Tel: 089-228351 
Web: http://www.pss.edu.my

28.     Politeknik Metro KL
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000 
Web: http://www.pmkl.edu.my

29.     Politeknik Metro Kuantan
A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,
25000 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5659 000 
Web: http://www.pmku.edu.my

30.     POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Jalan Suria 19, Taman Putra
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR
Tel: 07-335 8851

31.     Politeknik METrO Betong
1-12 Phase 2, Betong New Township
Jalan Baru Betong
96700 Betong
SARAWAK
Tel: -

32.     Politeknik METrO Tasek Gelugor
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
PULAU PINANG
Tel: 04-390 4799 
Web: http://pmtg.edu.my/

Pencuci serba guna raih Anugerah Khas Pengarah <b>Politeknik</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Dayang Kamariah Tajul Maulok (tengah) bersama kumpulan di bawah seliaannya yang berjaya merangkul Anugerah Khas Pengarah menerusi ciptaan produk pencuci pelbagai guna dalam Pertandingan Perkaya Inovasi PMM di Jasin, Melaka, baru-baru ini.

JASIN 22 Okt. - Produk inovasi pencuci pelbagai guna yang dihasilkan sekumpulan pelajar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah dalam Pertandingan Perkaya Inovasi Politeknik Merlimau Melaka (PMM) kali ke-7 di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Noor Syazmirah Adnan, Nur Izzaty Ismail dan Nursyuhaida Halim yang merupakan pelajar semester akhir Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti itu.

Mereka berjaya menewaskan 10 pasukan lain bagi kedua-dua kategori teknikal dan sains sosial.

Produk cecair pembersih yang meraih pingat emas ciptaan kumpulan yang berjaya menarik perhatian juri itu turut menerima anugerah inovasi kategori sains sosial.

Ahli kumpulannya, Noor Syazmirah, 23, berkata, produk itu dihasilkan daripada sisa kulit limau dan kulit nenas, yang sering dibuang dalam penyediaan makanan, sekali gus memberi idea kepada mereka mencipta cecair pembersih tersebut.

Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan mereka berjaya menghasilkan produk itu hasil kerjasama dan gandingan idea termasuk membuat kajian dan tidak menyangka bahan buangan seperti kulit buah-buahan itu mampu bertindak sebagai ejen pembersih, selain isinya digunakan dalam masakan.

"Selama ini tidak pernah terfikir bahan buangan terbabit bukan sahaja boleh menjadi alat pembersih, malah lebih penting tidak menggunakan sebarang bahan kimia serta menghasilkan asid sufrik yang rendah iaitu 2.67 pH.

"Dengan menggunakan kulit limau dan kulit nenas yang dicampurkan dengan gula perang, kumpulan ini berjaya menghasilkan cecair pembersihan yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian serta selamat tanpa bahan kimia," katanya.

Noor Syazmirah berkata, produk yang diberi nama Multipurpose Detergent itu membuktikan kulit buah-buahan juga mampu memberi manfaat, secara tidak langsung mereka menyahut saranan kerajaan negeri, sebagai bandar teknologi hijau.

Sementara itu, penyelia kumpulan, Dayang Kamariah Tajul Maulok berkata, produk inovasi yang dihasilkan itu merupakan 100 peratus idea daripada pelajar-pelajar berkenaan bagi menyiapkan projek semester akhir mereka.

Katanya, produk berkenaan masih belum pernah dihasilkan oleh mana-mana pelajar, sekali gus membuktikan kemampuan jabatan itu dalam melahirkan idea-idea baharu yang berfikiran kreatif dan kritis.

BERITA PROGRAM “TEAM BUILDING” STAF POLITEKNIK MELAKA - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 16 Dec 2013 01:48 AM PST

BERITA PROGRAM “TEAM BUILDING” STAF POLITEKNIK MELAKA - Portal Rasmi Politeknik Melaka


BERITA PROGRAM “TEAM BUILDING” STAF POLITEKNIK MELAKA

Posted: 16 Dec 2013 12:46 AM PST

21 Nov, AYER KEROH – Satu program "team building" sebagai menggantikan perhimpunan bulanan bagi bulan November 2013 telah diadakan.  Jabatan Perdagangan (JP) selaku pihak penganjur  mengambil peluang sempena cuti semester untuk menagadakan program "outdoor" bagi semua staf.

Program diadakan di Taman Rekreasi Ayer Keroh bermula jam 9 pagi dengan aktiviti pemanas badan yang dipanggil " Raound Rabbit". Semua staf yang terlibat kelihatan terhibur dengan aktiviti tersebut. Yang paling "best", pengarah pun "join" sekali.

Perhimpunan Bulanan 1Perhimpunan Bulanan 2

Setelah selesai sarapan, program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti memanah, "flying fox", "paint ball" dan "team building games".  Semua aktiviti mendapat sambutan daripada staf dengan penglibatan  hampir 120 orang.  Alhamdullilah, semua aktiviti yang telah dirancang berjalan lancar dan diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Antara kategori pemenang yang diberikan adalah staf paling aktif, staf paling ceria, staf paling skema, kumpulan aktif, kumpulan ganas, kumpulan agresif dan kumpulan comel. Manakala, cabutan bertuah pula diberikan kepada staf yang bertuah dengan hadiah utama baucer membeli-belah di AEON sebanyak RM200.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PROGRAM!!

1 Comment for "Warga Politeknik Melaka diberi latihan aspek keselamatan - Politeknik Melaka"

How I Got My Loan From A Genuine And Reliable Loan Company

I am Mrs.Irene Query i was in need of a loan of $150,000 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Dr Purva Pius,and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentloan22@gmail.com) Approvals within 2-4 Hours


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact:urgentloan22@gmail.com