azrin rental property : Hostel Politeknik Banting Baru. - Politeknik ... - Politeknik banting

azrin rental property : Hostel Politeknik Banting Baru. - Politeknik ... - Politeknik banting


azrin rental property : Hostel Politeknik Banting Baru. - Politeknik ... - Politeknik banting

Posted: 19 Jan 2014 11:46 PM PST

azrin rental property : Hostel <b>Politeknik Banting</b> Baru. - Politeknik <b>...</b> - Politeknik banting


azrin rental property : Hostel <b>Politeknik Banting</b> Baru. - Politeknik <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 03:47 AM PST


Salam..

Alhamdulillah..syukur ke atas ilahi. Politeknik Banting Baru akan memulakan pengambilan untuk tahun 2012 pada bulan December.Tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di politeknik Banting ni.. brand new campus.So memang beruntung la dapat guna 1st hand.

Memandangkan keluarga isteri ku berasal dari banting..dan tanah arwah Atuk dibeli oleh kerajaan untuk membina Pusat Pengajian Matrikulasi apakah daya kami untuk membangunkan sendiri tanah pusaka.. Bagai kata orang lama-lama..'Hujan emas di negeri orang..hujan batu dinegeri sendiri..Lebih baik di negeri sendiri..' Maka kami membeli rumah teres setingkat di Banting Baru.Memandangkan politeknik banting akan dibuka pada sesi Dec dan rumah yang kami miliki telah disewakan, idea untuk
menyediakan tempat tingal pelajar buntu sehinga kami berjaya mendapat sebuah shop lot corner berkeluasan 40 x 80. Lokasi yang paling hampir dengan Politeknik Banting dapat memudahkan perjalanan ulang alik ke kampus. berkonsepkan hostel moden lengkap berperabut ( katil, almari, meja belajar, meja makan, flat 32 inc tv beserta astro, 4 mbps TM streamix, mesin basuh, cerek air serta kipas ) Sewa juga termasuk api dan air mengikut had yang ditetapkan.

Segala kemudahan hanya disekeliling hostel seperti Restaurant 24 jam, klinik, kedai runcit, mesin ATM Bank Islam, kedai basikal dan hanya beberapa langkah untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam,

Pendaftaran hanya untuk pelajar Politeknik Banting (PBS) lelaki.
Sewa dikira Lumsum 5 Bulan + Deposit kerosakan RM 200.
Sewa RM170 sebulan x 5= 850
Deposit kerosakan RM 200 Total RM 1050.00

Cara-cara pembayaran,

A) Bayaran 2 kali:
     Waktu pendaftaran bayar RM 170 x 3 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 710.00
     Bulan ke 4 bayar RM 340.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.

B) Bayaran Lumsum. ( Diskaun RM100 )
     Waktu pendaftaran bayar RM 150 x 5 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 950.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.

Sewa Hostel dikira 5 bulan sahaja kerana tempoh pengajian hanya 20 minggu.
Berbanding Rumah sewa pelajar perlu menyewa penuh 6 bulan atau sekurang kurang setahun.

Untuk keterangan serta booking katil hubungi 012 235 2024 En Fathul
Tempat Terhad.

Sekian.

Gambar Dalam Bilik Corner
 Gambar Dalam Bilik Tengah

Gambar Dalam Bilik Tengah

<b>Politeknik Banting</b> - D&#39;Bandar Village

Posted: 10 Jul 2013 11:26 PM PDT


Politeknik Banting Selangor (PBS) merupakan politeknik yang ke 24 daripada 32 buah politeknik Malaysia. PBS telah mula beroperasi di kampus sementara di Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis pada tahun 2007 dengan pengambilan kohort pertama pada Sesi Januari 2008. Pengoperasian politeknik ini telah bermula sepenuhnya pada 6 September 2012 di kampus tetap dengan menawarkan 2 program iaitu Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Pengambilan pelajar yang pertama di kampus tetap ini adalah pada Sesi Disember 2012 dengan bilangan pelajar seramai 165 orang.

PBS sentiasa memberi keutamaan kepada perkongsian pengetahuan serta hubungan industri di mana tenaga pengajar digalakkan supaya turut serta dalam projek industri, penyelidikan dan pembangunan. Usaha ini membuka ruang kepada pertukaran idea dan kepakaran dengan institusi dan industri bagi melahirkan graduan berkemahiran, kompeten, sedia ke alam kerjaya dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.


Justeru, PBS berhasrat untuk memperkembangkan lagi jaringan dan hubungan kolaborasi dengan pihak industri secara berterusan. Dengan itu, pelajar akan dapat melengkapkan diri untuk lebih celik industri, berdaya tahan dengan set minda yang tepat ke arah pencapaian tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Inisiatif ini akan terus menjadi keutamaan bagi mengukuhkan lagi ketahanan dan daya saing pelajar.

Dalam merealisasikan misi ini, PBS telah melantik 10 orang Ahli Lembaga Penasihat yang berkaliber untuk bersama-sama dalam mencapai hala tuju organisasi serta memberi nasihat dalam bidang pengurusan dan meningkatkan kualiti graduan PBS. Setiap pelajar digalakkan untuk meraih peluang sebaik mungkin bagi membina daya kepimpinan, keyakinan diri dan memiliki nilai-nilai murni. Ke arah aspirasi mulia ini, PBS berhasrat untuk membentuk budaya organisasi pembelajaran dengan penerapan nilai integriti dan etika yang tinggi dalam kalangan staf dan pelajar.

PETA LOKASI

MAKLUMAT :

Politeknik Banting Selangor
Persiaran Ilmu, 
Jalan Sultan Abdul Samad, 
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel  : 03-3120 1625 Fax  : 03-3120 1706

email: admin@polibanting.edu.my
Website :- http://www.polibanting.edu.my

0 Comment for "azrin rental property : Hostel Politeknik Banting Baru. - Politeknik ... - Politeknik banting"