Politeknik METrO « Wardah Puteh - Politeknik Metro Kuantan - Blog ... - Politeknik Metro Kuantan

Politeknik METrO « Wardah Puteh - Politeknik Metro Kuantan - Blog ... - Politeknik Metro Kuantan


Politeknik METrO « Wardah Puteh - Politeknik Metro Kuantan - Blog ... - Politeknik Metro Kuantan

Posted: 15 Jan 2014 09:50 PM PST

Politeknik METrO « Wardah Puteh - <b>Politeknik Metro Kuantan</b> - Blog <b>...</b> - Politeknik Metro Kuantan


Politeknik METrO « Wardah Puteh - <b>Politeknik Metro Kuantan</b> - Blog <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 03:45 AM PST

Politeknik METrO

Posted on October 25, 2011 Updated on November 2, 2011

Politeknik METrO [Maximising Education & Training Opportunities] adalah institusi politeknik berkonsep baharu [rebranding], yang dilancarkan pada 21 Julai 2011.  Di Malaysia, terdapat tiga institusi Politeknik METro [atau disebut PoliMETrO] yang telah dibina yakni di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Bharu, manakala 11 lagi PoliMETrO akan dibuka di seluruh Malaysia. 

Umumnya semua diploma yang ditawarkan berdasarkan hospitaliti, mutimedia dan ICT. Enam kursus berlainan telah ditawarkan:

1. Diploma in Food Service [Halal Practice] : PoliMETrO Kuantan

2. Diploma in Tourism Management: PoliMETrO Kuantan

3. Diploma in Retail Management: PoliMETrO KL

4. Diploma in Catering & Hotel Management: PoliMETrO KL

5. Diploma in Islamic Banking & Finance: PoliMETrO JB

6. Diploma in Logistic & Supply Chain Management: PoliMETrO JB

KONSEP POLITEKNIK METrO 

  • Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan (SME& MNC) 

  • Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialisation in the creation new courses and programmes) 

  • Memenuhi keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.

  • Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education, OBE) yang memberi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

CIRI POLITEKNIK METrO

  • Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.

  • Program yang mempunyai jangka masa dan kos pengajian yang fleksibel.  

  • Pelajar daripada kalangan penduduk tempatan atau commuting students

  • Komposisi pelajar terdiri lepasan sekolah dan individu bekerjaya yang seimbang.

CIRI PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Mempunyai nilai pasaran tinggi
  • Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
  • Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
  • Mendapat akreditasi MQA
  • Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar
  • Penekanan kurikulum kepada latihan amali yang bersesuaian
  • Melibatkan komponen latihan dalam kerja      

CIRI PELAJAR YANG DIHASILKAN

  • Berkemahiran dan berkeyakinan tinggi

  • Berpandangan global

  • Berkebolehpasaran tinggi 

  • Berdaya keusahawanan 

  • Versatil

  • Cekap berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua bahasa termasuk bahasa Malaysia

 

0 Comment for "Politeknik METrO « Wardah Puteh - Politeknik Metro Kuantan - Blog ... - Politeknik Metro Kuantan"