program pengantarabangsaan pasukan hoki politeknik ibrahim - Politeknik Ibrahim Sultan

program pengantarabangsaan pasukan hoki politeknik ibrahim - Politeknik Ibrahim Sultan


program pengantarabangsaan pasukan hoki politeknik ibrahim - Politeknik Ibrahim Sultan

Posted: 09 Jan 2014 08:19 AM PST

program pengantarabangsaan pasukan hoki <b>politeknik ibrahim</b> - Politeknik Ibrahim Sultan


program pengantarabangsaan pasukan hoki <b>politeknik ibrahim</b>

Posted: 01 Jan 2014 07:07 AM PST

LAPORAN  PROGRAM PENGANTARABANGSAAN 

PASUKAN HOKI  POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI JAKARTA ,INDONESIA

DISEDIAKAN: EN KHAIRULNAZRY BIN TALIB ( PENGURUS PASUKAN HOKI PIS)

                Pada 25 hingga 28 November 2013, pasukan hoki lelaki Politeknik Ibrahim Sultan yang diwakili oleh  15 orang pemaian dan 4 orang pegawai  telah mengadakan satu program perlawanan  persahabatan antarabangsa bersama 2 buah Institusi Pengajian Tinggi Indonesia iaitu Universitas Trisakti Jakarta dan Universitas  Negeri Jakarta. Siri perlawanan persahabatan atau di panggil " Jakarta Tour 2013 " ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang sukan dan akademik diantara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas yang telah di pilih ini. Selain itu juga program ini  dirangka bagi membolehkkan pihak Politeknik mengenalpasti dan mempromosikan satu kejohanan Hoki TVET  Peringkat Asean  di antara Institusi –institusi di rantau asean yang dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan tahun 2014.

                Perlawanan persahabatan pertama berlangsung pada 26 November 2013  jam 8.00 malam bertempat di Stadium Hoki Senayan, Jakarta.  Perlawanan pertama ini pasukan PIS menentang pasukan dari Universitas Trisakti, Jakarta. Pasukan hoki  Universitas trisakti merupakan Juara Liga DKI Jakarta untuk 3 tahun berturut-turut.  Perlawanan ini di adili oleh 2 orang pengadil juga dari Indonesia. Pasukan Universitas Trisakti ini telah mengejutkan pasukan PIS dengan menbuat jaringan awal pada minit yang pertama. Namun begitu pemain-pemain PIS tidak tergugat dan mereka telah melancarkan serangan demi serangan untuk memburu gol penyamaan. Gol penyamaan hadir berselang 5 minit dari jaringan pertama pasukan Universitas Trisakti hasil daripada pukulan sudut penalti. Perlawanan pada malam ini lebih banyak di kuasai oleh pasukan PIS dan kedudukan pada separuh masa pertama adalah  3-1 berpihak kepada PIS. Pada separuh masa ke-2  pasukan PIS menggandakan serangan dan berhasil menambah 1 lagi gol pada penghujung babak perlawanan Unisakti telah mendapat 1 gol lagi dan perlawanan berkesudahan PIS menewaskan Universitas  Trisakti dengan jaringan 4-2.  Perlawana tamat pada jam 10 malam.

                Perlawanan ke-2 pula berlangsung pada 27 November 2013 pada jam 6 pertang. Pasukan yang di tentang pada kali ini adalah  pasukan Universitas  Negeri Jakarta.  Pasukan ini diperkuatkan oleh 3 orang pemain hoki kebangsaan Indonesia. Kebanyakan pemain bagi UNJ ini adalah pemain bagi daerah Jakarta. Perlawanan kali ini adalah lebih mencabar memandangkan pemain-pemain pasukan UNJ ini lebih berpengalaman.  Keadaan perlawanan lebih seimbang dan serang menyerang di antara 2 pasukan sering sahaja berlaku.  Kesudahan perlawanan ini berpihak kepada PIS dengan jaringan 1-0.  Setlah tamat perlawanan ini  pasukan PIS d pelawa untuk bermain menentang  bersama sebuah pasukan kelab yang dibarisi oleh warga Belanda yang di kenali sebagai ISCI. Setelah perbincangan di antara pengurus pasukan PIS bersetuju untuk bermain selama 35 minit sahaja. Ini dilakukan kerana pemain keletihan kerana telah bermain selama 70 minit ketika menentang UNJ. Pada perlawanan ini PIS telah Berjaya membelasah pasukan ISCI dengan jaringan yang agak besar iaitu 6-0.  Permainan tamat pada jam 9 malam.

                Pada hari terakhir pemain di bawa melawat ke Taman mini Indonesia di samping itu pemain juga di beri kesempatan untuk membeli belah cenderamata dah keperluan mereka di pusat membeli belah Mangga Dua. Namun begitu pada ketika para pemain di bawa melawat tempat pelancongan di Jakarta, Pengawai-pegawai pasukan telah mengadakan pertemuan bersama Bapak Drs. I Bonjol Siagian  Ketua Biro Administrasi Kemahasiswaan Universitas Trisakti di Kampus Universitas Trisakti. Pertemuan ini di lakukan bagi membincangkan hubungan kolaborasi yang boleh di lakukan di samping membincangkan tentang penawaran untuk menjemput Universitas Trisakti untuk turut menyertai kejohanan hoki TVET peringkat ASEAN yang dijangkakan di adakan pada tahun 2014. Pihak Universitas Trisakti menyatakan sokongan dan akan turut serta menyertai sekiranya jadual pertandingan bersesuaian dengan jadual mereka.  Pasukan PIS meninggalkan bumi Indonesia pada  jam 7.30 malam 28 November 2013 dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.30 malam.  Segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar selama 4 hari di Negara asing diharapkan dapat mematangkan mereka pada masa yang akan datang. 

BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN HOKI UNIVERSITAS TRISAKTI, INDONESIA 
BERGAMBAR BERSAMA PENGURUS KELAB ISCII JAKARTA
SIMBOLIK SALAM OLAHRAGA BERASAMA BIRO ADMINISTRASI KEMANUSIAAN UNIVERSITAS TRISAKTI
BERGAMBAR BERSAMA KELAB ISCII , JAKARTA
BERGAMBAR BERSAMA PASUKAN UNIVERSITAS NEGERI JAKARTA

Blog <b>Politeknik Ibrahim Sultan</b> - Blogger - <b>Politeknik Ibrahim Sultan</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 07:37 AM PST

Assalamualaikum dan salam 1  Malaysia 


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT. Pada hari Sabtu, 16hb November 2013, sekitar 7.30 pagi - 2.30 ptg  telah berlangsungnya GEMA Sports Carnival (GEMS) di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. 

Program ini merupakan Pertama kalinya diadakan yg telah dianjurkan  Unit Sukan Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak komuniti luar dan JK Sukan & Rekreasi Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) Negeri Johor 

 



Alhamdulillah Sambutan yg amat Baik dgn menghimpun seramai lebih 350 orang para Belia yg terdiri dari pelbagai latar belakang seperti Warga kilang/ industri, masyarakat tempatan, Belia 'None Graduate' lepasan SPM, pelajar IPT/IPTS & lain-lain telah hadir berkumpul menjayakan GEMS ini. 


  

 

Antara aktiviti acara Sukan yg berlangsung adalah:
Bolasepak 9 Sebelah, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton & Sukaneka Umum (Dewasa - kanak2).
 


Berikut Adalah keputusan semua acara GEMS 2013:

 

BOLASEPAK
Juara: TCM United
 
Naib Juara: KARISMA Kota Masai 
Ke-3: PJM

BOLA TAMPAR
Juara: JVC A

 
Naib Juara: JVC B 
Ke-3: PJM

FUTSAL
Juara: Usrah 94

 
Naib Juara: Songkla FT 
Ke-3: Blodia FC

BOLA JARING
Juara: Majlis Belia Felda (MBF)

 
Naib Juara: UNIKL Mitec 
Ke-3: Karisma Kota Masai

BADMINTON 
Juara: Syukri / Muhd Ismail

 
Naib Juara: Zukri / Muhd Shahril & Ke-3: Hisham / Johari


  
 
TAHNIAH
diucapkan kpd semua peserta / pemain / pasukan yg telah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan 
Terima kasih kepada semua yg membantu, menjayakan & mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar.
0 Comment for "program pengantarabangsaan pasukan hoki politeknik ibrahim - Politeknik Ibrahim Sultan"