Rest Of Our Life: Politeknik Banting - Politeknik banting

Rest Of Our Life: Politeknik Banting - Politeknik banting


Rest Of Our Life: Politeknik Banting - Politeknik banting

Posted: 30 Jan 2014 11:37 PM PST

Rest Of Our Life: <b>Politeknik Banting</b> - Politeknik banting


Rest Of Our Life: <b>Politeknik Banting</b>

Posted: 28 May 2013 03:36 AM PDT

Bismillah...

Assalamualaikum...

Ini lah tempat adik muna ditempatkan...:D

Tak keluar Selangor lah dia... Muahahaha....

Anyway, tahniah lah.... kikiki....

Belajar elok2, pastikan berjaya..pointer tinggi... kalahkan mama..:P

azrin rental property : Hostel <b>Politeknik Banting</b> Baru.

Posted: 28 Nov 2012 02:23 AM PST


Salam..

Alhamdulillah..syukur ke atas ilahi. Politeknik Banting Baru akan memulakan pengambilan untuk tahun 2012 pada bulan December.Tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di politeknik Banting ni.. brand new campus.So memang beruntung la dapat guna 1st hand.

Memandangkan keluarga isteri ku berasal dari banting..dan tanah arwah Atuk dibeli oleh kerajaan untuk membina Pusat Pengajian Matrikulasi apakah daya kami untuk membangunkan sendiri tanah pusaka.. Bagai kata orang lama-lama..'Hujan emas di negeri orang..hujan batu dinegeri sendiri..Lebih baik di negeri sendiri..' Maka kami membeli rumah teres setingkat di Banting Baru.Memandangkan politeknik banting akan dibuka pada sesi Dec dan rumah yang kami miliki telah disewakan, idea untuk
menyediakan tempat tingal pelajar buntu sehinga kami berjaya mendapat sebuah shop lot corner berkeluasan 40 x 80. Lokasi yang paling hampir dengan Politeknik Banting dapat memudahkan perjalanan ulang alik ke kampus. berkonsepkan hostel moden lengkap berperabut ( katil, almari, meja belajar, meja makan, flat 32 inc tv beserta astro, 4 mbps TM streamix, mesin basuh, cerek air serta kipas ) Sewa juga termasuk api dan air mengikut had yang ditetapkan.

Segala kemudahan hanya disekeliling hostel seperti Restaurant 24 jam, klinik, kedai runcit, mesin ATM Bank Islam, kedai basikal dan hanya beberapa langkah untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam,

Pendaftaran hanya untuk pelajar Politeknik Banting (PBS) lelaki.
Sewa dikira Lumsum 5 Bulan + Deposit kerosakan RM 200.
Sewa RM170 sebulan x 5= 850
Deposit kerosakan RM 200 Total RM 1050.00

Cara-cara pembayaran,

A) Bayaran 2 kali:
     Waktu pendaftaran bayar RM 170 x 3 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 710.00
     Bulan ke 4 bayar RM 340.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.

B) Bayaran Lumsum. ( Diskaun RM100 )
     Waktu pendaftaran bayar RM 150 x 5 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 950.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.

Sewa Hostel dikira 5 bulan sahaja kerana tempoh pengajian hanya 20 minggu.
Berbanding Rumah sewa pelajar perlu menyewa penuh 6 bulan atau sekurang kurang setahun.

Untuk keterangan serta booking katil hubungi 012 235 2024 En Fathul
Tempat Terhad.

Sekian.

Gambar Dalam Bilik Corner
 Gambar Dalam Bilik Tengah

Gambar Dalam Bilik Tengah

Pemeteraian Nota Kerjasama Antara PBS Dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) Mengenai “Strategic Structured Internship Programme 2014” - Politeknik Banting

Posted: 30 Jan 2014 03:21 AM PST

Pemeteraian Nota Kerjasama Antara PBS Dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) Mengenai “Strategic Structured Internship Programme 2014” - Politeknik Banting


Pemeteraian Nota Kerjasama Antara PBS Dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) Mengenai “Strategic Structured Internship Programme 2014”

Posted: 21 Jan 2014 11:47 PM PST

Hear this article

Pada 9hb Januari 2014, satu Nota Kerjasama telah berjaya ditandatangani di antara Tn. Hj. Zulkifli bin Md. Salleh, Pengarah PBS, dengan En. Tan Beng Teong, Pengarah Eksekutif, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dan disaksikan oleh pasukan petugas kedua-dua pihak. Nota Kerjasama ini adalah mengenai pelaksanaan "Strategic Structured Internship Programme 2014 (SSIP)" yang dijangka akan bermula pelaksanaannya pada bulan Jun 2014 untuk pelajar-pelajar Semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (projek rintis). SSIP merupakan salah satu daripada initiatif PBS untuk mempertingkatkan keboleh dapatan kerja para pelajar politeknik sepertimana yang termaktub dalam misi dan visi PBS.

 

Sila klik untuk melihat gambar

Kempen Gaya Hidup Sihat PBS

Posted: 20 Jan 2014 07:48 AM PST

Hear this article

Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat Politeknik Banting Selangor (PBS) telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah PBS iaitu Tn Hj Zulkifli Bin Md Salleh di Dewan Kuliah Utama PBS pada 7 Januari 2013 yang lalu. Kempen dua (2) hari ini merupakan satu usaha murni Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi mendedahkan kepada pelajar, staf dan komuniti berkaitan gaya hidup sihat disamping memberi peluang kepada pelajar dan staf PBS untuk saling kenal mengenali dengan warga kampus yang berada sekitar PBS ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perasmian Gimnasium PBS, Acara Senamrobik, Aktiviti Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Diharapkan dengan kempen yang akan dijalankan ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dan sifat bertanggungjawab di dalam setiap jiwa warga PBS dengan menghargai gaya hidup sihat. Diharapkan dengan kempen ini juga dapat memupuk sifat saling membantu dan bekerjasama serta menjadi budaya semua warga PBS.

Dengan terlaksananya program ini, HEP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu staf dan pelajar PBS, Pegawai-pegawai dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan daerah Kuala Langat dan para pelajar dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

 

Sila klik untuk melihat gambar

Program 2013 Helicopter Smart Control Competition

Posted: 20 Jan 2014 07:40 AM PST

Hear this article

Seramai 8 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Jabatan Penyenggaraan Pesawat telah menyertai pertandingan " 2013 HELICOPTER SMART CONTROL COMPETITION" yang diadakan di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pertandingan ini menyaksikan sebanyak 11 kumpulan yang telah bertanding dan terdiri daripada pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi yang berumur dari 16 tahun sehingga 20 tahun.

Para pelajar telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu "Pasukan PBS 1 dan PBS " yang terdiri daripada 4 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Selepas mendengar taklimat Bengkel Helikopter Sesi 1 & 2, para pelajar diminta untuk melakukan persembahan berkumpulan bersama kit helikopter yang telah diprogramkan.

Pasukan PBS 2 telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai bernilai RM 400.00, trofi dan makan malam di Marriot Hotel, Putrajaya bersama angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Turut hadir bersama ialah Pengarah Politeknik Banting, Hj Zulkifli B. Md Salleh.

Program berjalan dengan lancar dan ia merupakan satu platform untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan teknologi yang terkini berkenaan helikopter berkawalan jauh.

 

Sila klik untuk melihat gambar

Laporan Lawatan Ke NSK Micro Precision

Posted: 20 Jan 2014 07:31 AM PST

Hear this article

Pada 28/11/2013 bersamaan hari Khamis pihak Politeknik Banting telah mengadakan lawatan ke NSK Micro Precision yang terletak di Seri Kembangan yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan Precision Bearing. Seramai 37 warga politeknik telah terlibat dalam lawatan ini, di mana ianya telah diterajui oleh Pengarah sendiri iaitu Tn. Hj Zulkifli B. Salleh, Timbalan Pengarah dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik memberi sepenuh komitmen menjayakan lawatan industri tersebut. Lawatan ini dikelolakan oleh unit CISEC dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP). Ianya merupakan langkah pendedahan awal kepada para pelajar untuk mencari penempatan bagi latihan industri mereka seterusnya membuka peluang pekerjaan kelak setelah tamat pengajian mereka di Politeknik Banting.

            Pelajar yang terlibat merupakan mereka dari kalangan Semester 3 JKM dan Semester 5 JPP. Pelajar-pelajar ini mengakui bahawa hasil dari lawatan industri ini telah banyak memberi impak dan membuka minda mereka mencari kerja kelak setelah tamat pengajian mereka di PBS. Syarikat yang diterajui oleh Pengarahnya yang berbangsa Jepun iaitu Mr. Shigeru Sagae dan merupakan salah seorang ahli Lembaga Penasihat Politeknik Banting telah mengalukan kedatangan rombongan pihak Politeknik dengan mengerahkan kesemua Eksekutif syarikat untuk turun padang menyambut ketibaan Politeknik.

Disiplin dan sistem bekerja yang teratur dan dedikasi terhadap tugas merupakan moto syarikat di mana dapat dilihat oleh para pelajar dan diambil iktibar. Seramai 12 pensyarah pengiring juga telah mendapat manfaat yang dapat dipraktikkan apabila pulang ke Politeknik. Keseluruhannya, lawatan ke NSK Micro Precision adalah sangat berbaloi dan Tn Pengarah berpuas hati dengan pengalaman yang telah ditimba oleh para pelajar PBS.

 

Sila klik di sini untuk melihat gambar

0 Comment for "Rest Of Our Life: Politeknik Banting - Politeknik banting"