Senarai Politeknik Premier dan Politeknik Konvesional & Metro

<b>Senarai Politeknik</b> Premier dan Politeknik Konvesional & Metro


<b>Senarai Politeknik</b> Premier dan Politeknik Konvesional & Metro

Posted: 22 Mar 2013 03:05 AM PDT

Assalamualaikum .

Dah lama tak update blog .

Aku update ni pun sebab nak cakap pasal POLITEKNIK .

Here we go .

LISTEN LISTEN LISTEN !!

Korang boleh apply politeknik melalui UPU .

Bagi yang nak masuk politeknik premier sila pilih "Kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier " dalam UPU .

Bagi yang nak masuk politeknik Konvesional / Metro sila pilih " Politeknik Konvesional / Metro " dalam UPU.

Korang tak perlu beli no pin lain . 

Korang boleh guna no pin sama untuk apply " Politeknik Konvesional / Metro " tu ha .

Senarai politeknik PREMIER .

PUO - Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak 
PSA - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 
PIS - Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor 

Senarai politeknik KONVESIONAL & METRO 

SAS - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 
MAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah 
PKB - Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan 
PKS - Politeknik Kuching Sarawak, Matang, Sarawak
PPD - Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan 
PKK - Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah 
PSP - Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang 
PMK - Politeknik Melaka, Malim, Melaka 
PKT - Politeknik Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu 
PSMZA - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
PMM - Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
PSAS - Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
PTSB - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
PSIS - Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor
PTSS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
PMS - Politeknik Muadzam Shah, Muadzam, Pahang
PMU - Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak 
PBU - Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
PJK - Politeknik Jeli Kelantan
PNS - Politeknik Nilai Negeri Sembilan
PBS - Politeknik Banting Selangor
PMJ - Politeknik Mersing Johor
PHT - Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
PSS - Politeknik Sandakan Sabah
PMKL - Politeknik METrO Kuala Lumpur
PMKU - Politeknik METrO Kuantan, Pahang
PMJB - Politeknik METrO Johor Bahru, Johor 

Keputusan di tangan anda .

Pilihlah tempat pengajian yang anda suka .

Sampai sini ja aku update .

Ada masa lapang aku update lagi kay .

Bubye .

<b>Senarai</b> Program Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Di <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 06:00 PM PDT

Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Di Politeknik Premier
Politeknik Premier
Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.

"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim.

Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.

Beliau berkata buat permulaan, seramai 1,200 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.

Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.

"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM,"  katanya.

Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan.


SUMBER

Ranking: 5

©PERLING PUTIHAll Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Templatefrom Forblogger.net.
0 Comment for "Senarai Politeknik Premier dan Politeknik Konvesional & Metro"