Kau Yang Pertama Dan Terakhir: Politeknik Malaysia Terbaik - Politeknik Malaysia

Kau Yang Pertama Dan Terakhir: <b>Politeknik Malaysia</b> Terbaik - Politeknik Malaysia


Kau Yang Pertama Dan Terakhir: <b>Politeknik Malaysia</b> Terbaik

Posted: 13 Apr 2014 09:57 AM PDT

Assalamualaikum.
Hari ni entry saya pasal politeknik.
Nak menyangkal segala spekulasi buruk pasal politeknik.

Letih.

Letih dah dengar pasal orang yang benci poli ni.

Last sekali, bila ditakdirkan dia dapat poli, terus bebal.

Kononnya dia tak suka poli la, poli takde standard la or whatever jelah.

Meh sini nak ketuk kepala siket boleh ?

Kau tak masuk poli, boleh la kau cakap macam tu.

Kau tak tahu lagi apa kelebihan orang yang masok poli.

Saya tau lah sebab saya salah seorang pelajar politeknik.

Macam ni saudara saudari.

Politeknik ni satu medium untuk kita sambung study.

Politeknik ni salah satu IPTA, bukannya IPTS seperti yang disangka.

Politeknik di Malaysia menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% amali.

Inilah salah satu sebab pelajar politeknik mudah dapat kerja setelah dapat belajar.

Politeknik tak sama macam Universiti sebab politeknik mempunyai latihan industri/praktikal selama 6 bulan.

Disebabkan adanya "Praktikal" selama 6 bulan inilah syarikat syarikat memilih pelajar politeknik.

Saya dah tanya kepada kakak saya sendiri disamping abang ipar saya dan sepupu saya serta kawan.

Alhamdulillah, mereka cakap jangan risau, InsyaAllah lepas habis belajar, kau akan dapat keja sebab budak poli ni mudah dapat keja. Aku percaya cakap diorang sebab aku dah lihat sendiri diorang semua memang dah dapat kerja after 6 bulan tamat belajar. Tapi jangan lupa, rezeki ni Allah bagi. Kita kena bersyukur. 

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, setelah kajian dibuat, mereka dapati sebanyak 78 % pelajar politeknik yang berjaya menamatkan pengajian di politeknik berjaya mendapat kerja. Selebihnya berjaya menyambung dalam peringkat ijazah di Universiti Awam dan Swasta.

Apa ? Ingat kami ni lekeh sangat ? Ingat budak politeknik ni bodoh sangat ? Ingat budak politeknik ni takde "KURLASSSS" gitu ? Ingat budak politeknik ni takde masa depan ? Ingat belajar di politeknik ni NOOB sangat ke ? Ingat budak politeknik ni tak boleh bersaing dengan budak U ?

Kemon lah woii. Belajar kat mana mana pun sama je. Benda ni depend pada diri masing masing laa. Kalau kau rajin. Kalau kau belajar betul betul. Kat mana mana pun boleh berjaya. Kat Kolej Komuniti pun boleh berjaya. Kalau kau malas, kau study kat UKM, UITM, USM or whatever sekali pun, kau tetap xkan berjaya.

Apa yang best dok poli ni ? Okey. Macam ni. Sistem pembelajaran kat politeknik ni terbahagi kepada dua. Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir. Best masok poli sebab senang score. Markah PB ni 50 % then markah Final exam 50 % . Markah PB ni senang score. Markah PB ni berdasarkan " quiz, test, presentation, lab test and etc " . Sumpah saya cakap. Memang senang nak score markah PB ni. Tapi kena rajin siket je. Kalau markah PB kau tinggi, pastu kau score Final exam. Pehh. Meletop tiptop result kau. Serisu ni beb. Tak tipu okey. Lantak lah nak percaya ke tak.

Okey.

Setakat ni je entry saya kali ni.

Untuk student politeknik, don't worry be happy.

InsyaAllah lepas keluar nanti, kita ada jaminan untuk dapat kerja.

Satu je saya nak pesan, belajar rajin rajin, balas jasa parents kita yang dah banyak berkorban selama ni.

GOODLUCK semua :)

Assalamualaikum.

0 Comment for "Kau Yang Pertama Dan Terakhir: Politeknik Malaysia Terbaik - Politeknik Malaysia"