Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog Politeknik Tunku Syed ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog Politeknik Tunku Syed ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog Politeknik Tunku Syed ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Posted: 08 Apr 2014 11:23 PM PDT

Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog <b>Politeknik Tunku Syed</b> <b>...</b> - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog <b>Politeknik Tunku Syed</b> <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 07:27 AM PDT

Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan

Posted: 01 Apr 2014 02:54 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog Perpustakaan PTSS.

Pemberitahuan kepada semua, peperiksaan bakal tiba tidak lama lagi.Jadi untuk memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran Perpustakaan PTSS akan melanjutkan masa operasinya bermula pada 1/4/2014 sehingga 24/4/2014.Butiran lanjut mengenai waktu lanjutan akan dipamer dibawah.
Jadi ambillah kesempatan yang ada untuk datang mengulangkaji pelajaran dengan tenang tanpa gangguan.Kerjasama semua amat kami hargai dalam meningkatkan lagi perkhidmatan Perpustakaan PTSS.
Terima Kasih dan jemputlah datang beramai-ramai ke Perpustakaan PTSS.

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ASASI MANUSIA 2014 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Posted: 08 Apr 2014 02:09 PM PDT

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ASASI MANUSIA 2014 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis


PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ASASI MANUSIA 2014

Posted: 08 Apr 2014 12:42 AM PDT

Assalamualaikum,  Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato' Sri/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-MALAYSIA,

Kementerian Luar Negeri sedang menganjurkan Pertandingan Seni Lukis Belia ASEAN yang bertemakan Hak Asasi Manusia. Pertandingan ini selaras dengan  hasrat Suruhanjaya Antara  Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights –AICHR) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia serantau.

Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia berumur 18-25 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini,  sila kemukakan hasil karya bersama Borang Pendaftaran dan  Borang Pelepasan Hakcipta yang telah dilengkapkan beserta  salinan kad pengenalan kepada alamat berikut:

Kementerian Luar Negeri
No. 1 Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya
(u.p :  Sekretariap Pertandingan AICHR
Unit AICHR
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia
Tingkat 1, Wisma Putra 1)

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pendaftaran, Borang Pelepasan Hak Cipta dan  Risalah yang mengandungi syarat-syarat pertandingan (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) serta poster pertandingan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.  Sebarang maklumat lanjut  berhubung perkara ini  boleh didapati dengan melayari www.aichr.org

MAKLUMAN PERMOHONAN PERTUKARAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 1/2014

Posted: 07 Apr 2014 07:45 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1/2014 akan dibuka mulai 31 Mac 2014 hingga 13 April 2014. Semua PPPT yang sedang bertugas di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengejian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat permohonan pertukaran melalui laman sesawang Jabatan Pengajian Politeknik iaitu http://www.jppkk.gov.my/esis2/.

Permohonan perlu dibuat berdasarkan tata cara permohona di dalam sistem e-SIS dan mendapatkan persetujuan Ketua Jabatan (Pengarah masing-masing).

Untung makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan, semua pegawai yang ingin memohon pertukaran juga diingatkan untuk mengemaskini maklumat sejarah perkhidmatan masing-masing di dalam sistem e-SIS. Bersama-sama ini disertakan Cadangan Perlaksanaan Permohonan Pertukaran PPPT Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1/2014 seperti di Lampiran 1 untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

PENGGUNAAN VISI "PERLIS MAJU 2015" DI KEPALA SURAT (LETTERHEAD) JABATAN/ AGENSI

Posted: 07 Apr 2014 07:23 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perlis sedang giat menjalankan promosi bagi mencapai Visi Perlis Maju 2015 melalui 53 indikator

berdasarkan Indeks Kualaiti Hidup Malaysia (IKHM), Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Millenium Development Goals (MDG), dan Organisation Economic Co-operation and Development (OECD). Maklumat lanjut sila rujuk epspm.unimap.edu.my

Sehubungan dengan itu, merujuk kepada Surat Pekeliling Am bilangan 1 Tahun 2013, kerjasama yang Berbahagia Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk menggunakan perkataan 'PERLIS MAJU 2015' di kepala surat rasmi jabatan/ agensi bagi memberi sokongan terhadap agenda Kerajaan Negeri dalam mencapai negeri maju menjelang 2015. Contoh penggunaan visi 'Perlis Maju 2015' adalah seperti lampiran.

TEMA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-71 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

Posted: 07 Apr 2014 07:09 PM PDT

TEMA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-71 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

Tuesday, 08 April 2014 10:09 sasnidar

Berikut adalah Tema Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-71 DYMM Tuanku Raja Perlis. Klik di sini untuk memaparkan lampiran.

* layout: bar * bar background color: #333333 * bar background opacity: 0.5 * default services: email, favorites, facebook, print, google, live, twitter, aim, blogger * disable personalization * disable search * search label: Search this site

0 Comment for "Notis Lanjutan Waktu Perkhidmatan - Blog Politeknik Tunku Syed ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"