PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Posted: 28 Apr 2014 11:52 PM PDT

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK <b>...</b> - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 02:09 PM PDT

Assalamualaikum,  Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Y.Bhg Tan Sri/Datuk/Dato' Sri/Dato/Datin/Dr./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-MALAYSIA,

Kementerian Luar Negeri sedang menganjurkan Pertandingan Seni Lukis Belia ASEAN yang bertemakan Hak Asasi Manusia. Pertandingan ini selaras dengan  hasrat Suruhanjaya Antara  Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights –AICHR) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia serantau.

Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia berumur 18-25 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini,  sila kemukakan hasil karya bersama Borang Pendaftaran dan  Borang Pelepasan Hakcipta yang telah dilengkapkan beserta  salinan kad pengenalan kepada alamat berikut:

Kementerian Luar Negeri
No. 1 Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya
(u.p :  Sekretariap Pertandingan AICHR
Unit AICHR
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia
Tingkat 1, Wisma Putra 1)

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pendaftaran, Borang Pelepasan Hak Cipta dan  Risalah yang mengandungi syarat-syarat pertandingan (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) serta poster pertandingan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.  Sebarang maklumat lanjut  berhubung perkara ini  boleh didapati dengan melayari www.aichr.org

{CALL FOR PAPERS} SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK 2014 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

Posted: 28 Apr 2014 02:01 PM PDT

{CALL FOR PAPERS} SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK 2014 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis


{CALL FOR PAPERS} SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK 2014

Posted: 28 Apr 2014 01:38 AM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

{CALL FOR PAPERS} SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK 2014

Berikut merupakan tarikh penting terkini untuk rujukan tuan/puan:

Tarikh Akhir Penerimaan Abstrak          :  2 Mei 2014
Pemberitahuan status Abstrak             :  9 Mei 2014
Tarikh Akhir Bayaran                             :  9-16 Mei 2014
Tarikh Akhir Penerimaan Kertas kerja    : 19 Mei 2014

SILA RUJUK POSTER YANG DIKEMASKINI.

MAKLUMAN PEMBUKAAN PUSAT JUALAN PRODUK HALAL & PRODUK IKS SERTA KAFETARIA DI PUSAT PELANCONGAN AGRO BUKIT TEMIANG

Posted: 28 Apr 2014 12:41 AM PDT

Muneera Marketing Sdn Bhd berbesar hati mengalu-alukan kedatangan semua ke Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang untuk melawat, membeli serta menikmati produk dan perkhidmatan yang disediakan di sana.

Keistimewaan tempat itu ialah hanya menyediakan Produk Halal dan Produk IKS Bumiputera sahaja disertai juga dengan kafeteria yang menyajikan menu sarapan pagi hingga makan malam.

Bersempena dengan Musim Mempelam Harumanis yang telah tiba, Muneera Marketing Sdn. Bhd menyediakan sajian Pulut Mempelam Harumanis dan jualan buah pada harga yang berpatutan. Perkhidmatan ini mula beroperasi pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam. Di samping itu juga, perkhidmatan cenderahati@Hamper juga turut disediakan untuk majlis-majlis dan sebagainya.

0 Comment for "PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"