Politeknik Ibrahim Sultan perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri ... - Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik Ibrahim Sultan perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri ... - Politeknik Ibrahim Sultan


Politeknik Ibrahim Sultan perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri ... - Politeknik Ibrahim Sultan

Posted: 07 Apr 2014 07:47 AM PDT

<b>Politeknik Ibrahim Sultan</b> perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri <b>...</b> - Politeknik Ibrahim Sultan


<b>Politeknik Ibrahim Sultan</b> perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2014 08:41 PM PDT

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) akan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak industri bagi memastikan graduan institusi itu menepati kehendak pasaran kerja semasa.

Pengarahnya, Datuk Dr Arshad Kassim, berkata kerjasama itu akan membantu pelajar dan bakal graduan membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam kerjaya sebenar.

Untuk itu, katanya, PIS akan sentiasa melakukan perbincangan dengan pihak industri bagi membolehkan institusi itu mengemas kini keperluan dan kehendak majikan terhadap bakal tenaga kerja pada masa depan.

Arshad berkata, PIS juga akan melaksanakan sistem `upskilling' dan `reskilling' bagi memastikan semua sukatan pelajaran dilaksanakan relevan dengan perubahan seperti ekonomi dan teknologi yang sentiasa berkembang.

"Menerusi maklum balas diterima sebelum ini, graduan politeknik diterima baik pihak industri untuk bekerja berikutan sukatan pelajaran diajar lebih bertumpu pada bidang kemahiran.

"PIS turut menekankan elemen pendidikan lain seperti akademik dan kokurikulum dalam kalangan pelajarnya, sekali gus berupaya melahirkan graduan dan modal insan cemerlang serta berdaya saing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen PIS ke-17 di sini, semalam.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah, hadir sama. Pada konvokesyen itu, seramai 784 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing, merangkumi graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual serta Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Bagi memantapkan pendidikan politeknik, Arshad berkata, PIS akan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian) Media Baru dan Komunikasi Visual bermula September ini.

"Sesi pertama program terbaru ini akan diisi 15 pelajar bagi tempoh pembelajaran empat tahun atau lapan semester.

"Ini adalah program peringkat ijazah kedua dilaksanakan PIS selepas memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti) dengan pengambilan pertama dilaksanakan pada September tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, PIS optimis untuk terus melaksanakan pelbagai program lain di peringkat ijazah pada masa depan, sesuai dengan matlamat memperkasakan pengajian politeknik di negara ini.

-Sumber berita diperoleh dari Berita Harian

0 Comment for "Politeknik Ibrahim Sultan perkukuh kerjasama dengan Pihak Industri ... - Politeknik Ibrahim Sultan"