Tiga politeknik Malaysia dianugerahkan akreditasi APACC ... - Politeknik Malaysia

Tiga <b>politeknik Malaysia</b> dianugerahkan akreditasi APACC <b>...</b> - Politeknik Malaysia


Tiga <b>politeknik Malaysia</b> dianugerahkan akreditasi APACC <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 02:42 AM PDT

Tiga politeknik menerima pentauliahan dari Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Ia adalah:

  • Politeknik Ungku Omar di Ipoh
  • Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor; dan
  • Politeknik Salahuddin Abdul Azziz Shah di Shah Alam

Tiga politeknik dinilai berdasarkan tujuh kriteria yang ditetapkan – tadbir urus dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, fakulti dan kakitangan, penyelidikan dan pembangunan, perundingan lanjutan dan hubungan, sumber dan sokongan untuk pelajar.

Akreditasi di APACC bermakna graduan bagi ketiga-tiga politeknik mempunyai:

  • Mobiliti yang lebih besar dan kelayakan mereka saling diiktiraf di rantau Asia dan Pasifik.
  • Mendapat kerja kerana majikan lebih yakin untuk mengupah mereka.
  • Akses kepada pembiayaan oleh penderma dan agensi-agensi pinjaman yang lain.
  • Boleh memindahkan kredit dan membolehkan akses kepada peluang pembelajaran yang lebih tinggi.

APACC adalah di bawah  Colombo Plan Staff College For Technical Education (CPSP) dengan keahlian seramai 17 buah negara di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Tahun ini, empat politeknik telah dicadangkan untuk melalui proses akreditasi APACC, iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

0 Comment for "Tiga politeknik Malaysia dianugerahkan akreditasi APACC ... - Politeknik Malaysia"