halaman utama - Politeknik Metro Johor Bahru - Blog - Politeknik ... - Politeknik Metro Johor Bahru

halaman utama - Politeknik Metro Johor Bahru - Blog - Politeknik ... - Politeknik Metro Johor Bahru


halaman utama - Politeknik Metro Johor Bahru - Blog - Politeknik ... - Politeknik Metro Johor Bahru

Posted: 13 Jun 2014 10:27 PM PDT

halaman utama - <b>Politeknik Metro Johor Bahru</b> - Blog - Politeknik <b>...</b> - Politeknik Metro Johor Bahru


halaman utama - <b>Politeknik Metro Johor Bahru</b> - Blog - Politeknik <b>...</b>

Posted: 31 May 2014 09:20 AM PDT

Tarikh

19 Mac 2014 (Rabu)

Masa


8.30 pagi - 4.00 petang

Tempat

Politeknik METrO Johor Bahru

No 64, Jalan Suria 19,

Taman Putra, 81100

Johor Bahru, 

Johor Darul Takzim

KOLOKIUM <b>POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU</b> - Blog Politeknik <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2014 09:12 AM PDT



JOHOR BAHRU - Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.
   
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.
   
"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini.
   
Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. 
   
Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.
   
Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.
   
Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.
   
"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.
   
Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. - Bernama

Senarai Politeknik Malaysia:

1.     Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 IPOH
PERAK
Tel: 05-5457622 
Web: http://www.puo.edu.my

2.     Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu
25350 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5655300 
Web: http://www.polisas.edu.my

3.     Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 JITRA
KEDAH
Tel: 04-9146100 
Web: http://www.polimas.edu.my

4.     Politeknik Kota Bharu
KM. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH
KELANTAN
Tel: 09-7889126 
Web: http://www.pkb.edu.my

5.     Politeknik Kuching Sarawak
KM. 22 Jalan Matang, Beg Berkunci 3094,
93050 KUCHING
SARAWAK
Tel: 082-845596 
Web: http://www.poliku.edu.my

6.     Politeknik Port Dickson
KM. 14, Jalan Pantai
71050 SI RUSA
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-6622000 
Web: http://www.polipd.edu.my

7.     Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 KOTA KINABALU
SABAH
Tel: 088-499980 
Web: http://www.pkksabah.edu.my

8.     Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, S. U1
40150 SHAH ALAM
SELANGOR
Tel: 03-51634000 
Web: http://www.psa.edu.my

9.     Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG
JOHOR
Tel: 07-2612488 
Web: http://www.pis.edu.my

10.     Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Tel: 04-5383322 
Web: http://www.psp.edu.my

11.     Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim
75250 MELAKA
Tel: 06-3376000 
Web: http://www.polimelaka.edu.my

12.     Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 K. TERENGGANU
TERENGGANU
Tel: 09-6204100 
Web: http://www.pkkt.edu.my

13.     Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka
23000 DUNGUN
TERENGGANU
Tel: 09-8400800 
Web: http://www.pdt.edu.my

14.     Politeknik Merlimau
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau
77300 MERLIMAU
MELAKA
Tel: 06-2636687 
Web: http://www.pmm.edu.my

15.     Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen
35950 BEHRANG
PERAK
Tel: 05-4544431 
Web: http://www.psas.edu.my

16.     Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09000 KULIM
KEDAH
Tel: 04-4033333 
Web: http://www.ptsb.edu.my

17.     Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang
45100 SG AIR TAWAR
SELANGOR
Tel: 03-32806200 
Web: http://www.psis.edu.my

18.     Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh
02600 ARAU
PERLIS
Tel: 04-9886200 
Web: http://www.ptss.edu.my

19.     Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG
Tel: 09-4502007 
Web: http://www.pms.edu.my

20.     Politeknik Mukah Sarawak
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 MUKAH
SARAWAK
Tel: 084-874001 
Web: http://www.pmu.edu.my

21.     Politeknik Balik Pulau
1-3-61, Bangunan I-AVENUE, Medan Kampung Relau,
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6410859

22.     Politeknik Jeli
Jalan Raya Timur - Barat,
17600, JELI
KELANTAN
Tel: 09-9462800 
Web: http://www.pjk.edu.my

23.     Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760, Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7980400 
Web: http://www.polinilai.edu.my

24.     Politeknik Banting
Lot 1-5A, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas
42700 BANTING
SELANGOR
Tel: 03-31875600

25.     Politeknik Mersing
Jalan Nitar
86800 MERSING
JOHOR
Tel: 07-7980001 
Web: http://www.pmj.edu.my

26.     Politeknik Hulu Terengganu
bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 K. Berang
TERENGGANU
Tel: 09-6825555 
Web: http://www.pht.edu.my

27.     Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 SANDAKAN
SABAH
Tel: 089-228351 
Web: http://www.pss.edu.my

28.     Politeknik Metro KL
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000 
Web: http://www.pmkl.edu.my

29.     Politeknik Metro Kuantan
A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,
25000 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5659 000 
Web: http://www.pmku.edu.my

30.     POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Jalan Suria 19, Taman Putra
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR
Tel: 07-335 8851

31.     Politeknik METrO Betong
1-12 Phase 2, Betong New Township
Jalan Baru Betong
96700 Betong
SARAWAK
Tel: -

32.     Politeknik METrO Tasek Gelugor
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
PULAU PINANG
Tel: 04-390 4799 
Web: http://pmtg.edu.my/

halaman utama - <b>Politeknik Metro Johor Bahru</b> - Blog - Politeknik <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2014 09:24 AM PDT

Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro

Ramai pelajar saya bertanya apakah beza  Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.
Bagi politeknik pula terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Premier (bertaraf universiti), Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.K esemuanya ada 32 buah politeknik bagi kemahiran teknik dan vokasional (TEVT).

Politeknik Premier ada tiga iaitu:

1.Politeknik Ungku Omar (PUO)
2.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Politeknik Konvensional

1.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
2.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
3.Politeknik Kota Bharu (PKB)
4.Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
5.Politeknik Port Dickson (PPD)
6.Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
7.Politeknik Seberang Perai (PSP)
8.Politeknik Melaka (PKM)



9. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT)
10.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
11.Politeknik Merlimau (PMM)
12.Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
13. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
14.Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
15.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
16. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
17.Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
18Politeknik Balik Pulau (PBU)
19.Politeknik Jeli (PJK)
20.Politeknik Nilai (PNS)
21.Politeknik Banting (PBS)
22.Politeknik Mersing (PMJ)
23.Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
24.Politeknik Sandakan (PSS) 

 Politeknik Metro pula seperti berikut:

1.Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
2.Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
4.Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
5.Politeknik Metro Betong (PMB)6.Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) 

Syarat ke Politeknik lepasan SPM, SILA klik di sini

SEJARAH RINGKAS  TRANSFORMASI POLITEKNIK 

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di peringkat diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Seiring dengan pelan transformasi, Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas.

 Sehingga sesi Julai 2011, terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. 

Agenda Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Proses Transformasi Politeknik merangkumi penjenamaan semula politeknik yang sedang rancak dilaksanakan di setiap peringkat organisasi.

 Hasil yang ingin dicapai ialah politeknik sebagai institusi pilihan (the preferred institution), graduat yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja (employability skills) serta berdaya keusahawanan (enterprising) yang tinggi; dan persepsi positif masyarakat awam terhadap pengajian di politeknik. 

  Politeknik Premier

Tahun 2010 menyaksikan quick wins pertama dicapai iaitu apabila tiga politeknik diberi taraf sebagai Politeknik Premier. Politeknik yang diberi status Premier adalah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Quick wins ini bertujuan untuk menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan - setanding dengan universiti. 

Sehingga kini, tiga Politeknik Premier telah menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma Lanjutan. Dalam masa yang sama, Politeknik Premier sudah mula menerima lebih ramai pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu sehingga 9A peringkat SPM.

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri, KPT telah memutuskan untuk mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Ini akan meluaskan peluang pelajar politeknik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di samping menjadi feeder kepada empat IPTA di bawah jaringan Malaysia Technical University Network (MTUN)

Bagi memberi laluan berterusan, politeknik akan mewujudkan artikulasi dengan John Moores University dan melaksanakan program berkembar dengan Taylor?s University bagi program Hospitaliti yang diartikulasikan pula dengan Toulouse University di Perancis. 

Di samping itu, politeknik juga telah memperhebatkan jalinan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pihak industri seperti NGV Tech, MAS, Faber, Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) dan KFC Holdings.

 Di politeknik-politeknik selain daripada Politeknik Premier juga, beberapa kolaborasi dan perkongsian pintar telah dilaksanakan dengan organisasi dan syarikat seperti UBS, Intel, Northern Corridor Implementation Agency (NCIA), Agro Bank, PERDA, Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Halal Industry Development Corporation (HDC), Siemens dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan imej dan visibility politeknik dalam kalangan institusi pengajian yang mempunyai tautan kukuh dengan pihak industri.

 Politeknik Metro

Satu lagi lembaran baru sejarah politeknik telah bermula dengan pengoperasian Politeknik Metro. Pengambilan pertama pelajar Politeknik Metro telah dilaksanakan pada 17 Januari 2011 yang lalu di premis sementara iaitu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

 Politeknik ini menawarkan satu program Diploma Pengurusan Peruncitan. Dalam perancangan, Politeknik Metro akan ditubuhkan di Johor Bahru dan Kuantan dalam masa terdekat ini. 

Secara umum, Politeknik Metro merupakan politeknik yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan program berbentuk perkhidmatan. Dengan wujudnya Politeknik Metro, ianya dapat meningkatkan akses Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada lepasan SPM dan golongan yang bekerja untuk belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. Pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) akan dilaksanakan menjelang 2012 di Politeknik Metro. 

YB Menteri juga menekankan bahawa Politeknik wajar menawarkan program-program baharu sejajar dengan keperluan Economic Transformation Programme (ETP). Sehubungan itu, politeknik akan merancang pelaksanaan program-program berkaitan oil and gas technology, oleochemical engineering, e-tourism, landscape dan biotechnology pada tahun 2011. Ini merupakan penambahan kepada program yang telah dirancangkan sebelum ini seperti Pengurusan Fasiliti, Kejuruteraan Mekanikal (Automasi), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Pembuatan Automatif), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), Pengurusan Acara dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Institusi politeknik negara juga akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengajian TVET. Dengan menyasarkan pengeluaran seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat diploma dengan mengambil kira sumbangan institusi lain termasuk dari swasta, negara memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah politeknik konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen seramai 150,000 orang setahun.

Sumber;


Kongsikan di Facebook dan Twitter anda!

pendidikan

0 Comment for "halaman utama - Politeknik Metro Johor Bahru - Blog - Politeknik ... - Politeknik Metro Johor Bahru"