Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka – BorneoPost <b>...</b> - Politeknik Malaysia |
- Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka – BorneoPost <b>...</b>
- Batam Pos – <b>Politeknik</b> Pariwisata Hadir <b>di</b> Batam
- Recent Posts - Blog <b>Politeknik</b> Sultan Azlan Shah - Blogger <b>...</b>
- Tiga <b>politeknik Malaysia</b> dianugerahkan akreditasi APACC <b>...</b>
- tawaran pengajian <b>di politeknik</b> port dickson sesi jun 2014
- SENARAI</b> LOKASI DAN ALAMAT <b><b>POLITEKNIK</b></b> KPM <b>DI</b> <b>...</b>
Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka – BorneoPost <b>...</b> Posted: 02 May 2014 05:25 PM PDT MUKAH: Kesemua 19 Politeknik di seluruh negara menawarkan pelbagai program pengajian separuh masa peringkat Diploma termasuk Politeknik Kuching dan Mukah. Permohonan kemasukan untuk pengajian secara separuh masa telah pun dibuka bagi sesi Jun 2014. Tempoh pengajian Diploma ini adalah selama empat tahun iaitu lapan semester dan kelas akan diadakan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tujuan program pengajian separuh masa tersebut ialah menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada orang ramai untuk terus melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi walaupun telah bekerja. Tiada had umur untuk permohonan ini. Sementara itu, program yang ditawarkan di Politeknik Mukah ialah Diploma Pengajian Perniagaan. Syarat untuk kemasukan aialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan dan mendapat lima kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Selain itu, lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia/Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau sijil setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0 atau lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan satu kepujian. Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Mei. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di www.politeknik.edu.my. Untuk keterangan lanjut mengenai program yang ditawarkan di Politeknik seluruh Malaysia, sila hubungi Politeknik yang berdekatan. Bagi yang ingin melanjutkan pengajian di Politeknik Mukah, sila hubungi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan menerusi talian 084-874 001 atau layari Facebook Politeknik Mukah untuk sebarang pertanyaan dan makluman terkini. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Batam Pos – <b>Politeknik</b> Pariwisata Hadir <b>di</b> Batam Posted: 14 Jun 2014 05:21 PM PDT Batam kini memiliki perguruan tinggi baru yang fokus di bidang pengembangan keahlian pariwisata bernama Batam Tourism Polytechnic (BTP) atau Politeknik Pariwisata Batam yang berlokasi di Tiban Ayu Jalan Gajah Mada, Tiban. Politeknik ini berada di bawah naungan manajemen Sekolah Tinggi Pariwisata (STP) atau yang dikenal dengan kampus NHI Bandung dan juga Yayasan Vitka, serta berkonsentrasi di bidang perhotelan. "Kita ingin menyiapkan tenaga-tenaga profesional di bidang perhotelan sebagai aset nasional yang berkualitas internasional, memiliki kompetensi yang hebat dan tetap memiliki attitude (sikap) yang sesuai dengan karakter bangsa Indonesia," ujar Anang Sutono, Direktur STP Bandung yang hadir saat peresmian Batam Tourism Polytechnic, Sabtu (14/6). Seperti diketahui, STP Bandung adalah perguruan tinggi kedinasan yang bernaung di bawah Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, sedangkan secara teknis-akademis dibina oleh Kementerian Pendidikan Nasional. Lewat manajemen dan penerapan metode pembelajaran serta dosen-dosen berpengalaman yang didatangkan langsung dari STP Bandung, diharapkan kampus BTP akan berkembang dan dikenal luas sebagai destinasi perguruan tinggi pariwisata terkemuka, tak hanya di Indonesia tapi juga di Asia Tenggara. "Hampir setiap bulan orang Malaysia belajar ke NHI Bandung untuk membuat kampus dengan kualitas serupa, bahkan banyak mahasiswa yang sudah kuliah di Malaysia kemudian masuk kuliah di tempat kita. Jadi kualitas kampus kita itu tidak kalah dengan yang ada di luar negeri," katanya. Dunia pariwisata terutama perhotelan yang terus tumbuh subur di kawasan Asia, sambung Anang, menjadi peluang yang tak boleh disia-siakan bagi para tenaga muda dari Batam dan seluruh Indonesia yang ingin berkecimpung di industri perhotelan secara profesional. "Kampus ini akan menjadi kampus yang bagus, karena kami akan bekerjasama dengan kampus lain di dunia, seperti Cullinary Institute of America (CIA) di mana kurikulum kami well connected (terkoneksi dengan baik)," beber Anang. Asman Abnur selaku Ketua Pembina Yayasan Vitka mengatakan hadirnya kampus BTP diharapkan bisa menjadi penyemangat baru bagi geliat dunia pariwisata di Batam. Dia juga ingin agar Batam memiliki tenaga kerja profesional dengan keterampilan (skill) bagus dan bertaraf internasional sehingga membuka peluang bekerja di industri pariwisata dunia. "Kita dekat dengan Singapura, tapi rata-rata orang Batam yang bekerja di sana itu, mohon maaf jadi pembantu. Dengan adanya BTP, kita balik fakta itu, sehingga tenaga kerja kita adalah orang ahli dan bersertifikat di bidang hospitality, bukan orang yang hanya bermodal nekat datang ke luar negeri," ujar Asman Abnur dalam sambutannya di acara syukuran peresmian kampus tersebut, kemarin. Kampus BTP membuka pendaftaran untuk jenjang Diploma IV Manajemen Perhotelan, Diploma III Hotel Konsentrasi Tata Hidang, konsentrasi Tata Boga, Konsentrasi Divisi Kamar dan DIII Culinary Art. Pendaftaran ke kampus BTP dapat diakses melalui www.btp.ac.id dan dibuka mulai 23 Juni sampai dengan 28 Agustus 2014, sedangkan perkuliahan akan dimulai pada 22 September 2014 nanti. "Jadi kalau mau sekolah jadi tukang masak profesional atau chef yang terkenal memiliki gaji ratusan juta rupiah, sekarang bisa di Batam enggak usah jauh-jauh ke luar negeri," kata dia. Kampus BTP, kata Asman, akan dibangun di atas kawasan terintegrasi seluas 13,6 hektar dengan mengusung konsep green campus (kampus hijau) bertaraf internasional. Desain gedung kampus akan dibuat seefektif mungkin untuk menunjang perkuliahan dan praktikum. Bahkan, ujarnya, jika ada orang yang masuk ke dalam gedung bisa merasakan atmosfir yang serupa dengan lobi hotel bertaraf bintang lima. Kampus ini juga akan dilengkapi dengan fasilitas penunjang praktikum seperti kamar hotel berkelas (suite room), dapur utama (main kitchen), dapur dingin, dapur panas, partycery, bakery, restoran, bar dan lounge serta penunjang lainnya. "Semoga ini (kampus BTP) menjadi wujud bakti saya di bidang pendidikan dan berguna bagi masyarakat," katanya.(rna) Komentar Pembacakomentar | ||||||||||||||||||||||||||||||
Recent Posts - Blog <b>Politeknik</b> Sultan Azlan Shah - Blogger <b>...</b> Posted: 13 Jun 2014 10:06 PM PDT | Recent Posts - Blog Politeknik Sultan Azlan Shah - Blogger ... - Politeknik Sultan Azlan Shah Posted: 13 Jun 2014 02:18 PM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||
Tiga <b>politeknik Malaysia</b> dianugerahkan akreditasi APACC <b>...</b> Posted: 26 May 2014 02:42 AM PDT Tiga politeknik menerima pentauliahan dari Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Ia adalah:
Tiga politeknik dinilai berdasarkan tujuh kriteria yang ditetapkan – tadbir urus dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, fakulti dan kakitangan, penyelidikan dan pembangunan, perundingan lanjutan dan hubungan, sumber dan sokongan untuk pelajar. Akreditasi di APACC bermakna graduan bagi ketiga-tiga politeknik mempunyai:
APACC adalah di bawah Colombo Plan Staff College For Technical Education (CPSP) dengan keahlian seramai 17 buah negara di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Tahun ini, empat politeknik telah dicadangkan untuk melalui proses akreditasi APACC, iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan. | ||||||||||||||||||||||||||||||
tawaran pengajian <b>di politeknik</b> port dickson sesi jun 2014 Posted: 06 Jun 2014 03:32 PM PDT assalammualaikum..n moenink everyone,, hurm.. smlm sy mimpikan my family..mis them so much.! sekarang nih sy berjauhan ngn mama n family sebab go further for study kan..tak lah jauh sangat merantau g study, satu sarawak je pun..masalahnya hampir sebulan dah tak balik,d sebabkan keadaan tidak mengizinkan..aktiviti banyak, maklumlah baru semester satu kan..skrg nih tgh study kat politeknik mukah,kira lebih kurang 6 jam jarak bandar sy g sini..dulu, disinilah impian sy..sebab kat sini semua pelajarannya praktikal..so,it's fun lah untuk sy..sebab sy tak suka sangat study with teory,,bg sy benda tuh memeningkan, cewahh..puji melampau kan..hehe,,nak cerita pasal kjadian kat politeknik memang macam2 ragam..first,masa sy mula masuk politknik nih..sorang classmate pun tanak layan taw..tp skarang alhamdulillah..sy dapat consider dengan dorang n sy boleh learnt more how to communicated dengan lebih effective..dalam kelas tuh,banyak student yang serupa perangai kawan2 sekelas sy masa form5 dulu..sebab tuh nampak sangat sy dah terbiasa dengan keadaan yang huru hara yang ekstrem macam tuh..so,lecturer pun pernah kata yang dia tak pernah uruskan pelajar yang macam kte org nih selama dia jadi lecturer..dahlah crowded..tambah2 pulak perangai childish,apalagi..sy memang predictlah lecturer tuh stress..but,sangkaan sy meleset..bahkan dia sangat excited..sebab bagi dia this is a new experience for her..open minded kan..so, that why lah sy sangat mengagumi beliau..hurm..the more interesting in my class..sy tertarik dengan karakter sorang budak lelaki dalam kelas tuh..budak tuh pendiam abis..boleh dikatakan dia just nak bercakap bila kawan dia ajak dia bercakap ur tanya soalan kat dia..sy ingat dia sombong sebab dia taknak bercakap..and dia rapat ngn dua org budak perempuan dalam kelas kte org..first dulu sy predict salah seorang budak perempuan tuh gf dia..rupanya tak..kawan jer..budak perempuan yang sy sangkakan gf dia tuh ajak sy balik sama2 masa habis kelas..sy masih budak baru,takkan nak tolak pelawaan org kan..nanti orang kata apa pulak..masa kte org otw nak balik kamsis (asrama),tetiba pulak budak perempuan nih tersengih2 baca text message..rupa2nya message tuh dr budak lelaki yang pendiam n honestly sy admire kan dia..wahh.!pengakuan gitu..dalam text tuh,dia suruh budak perempuan tuh mintak no.fon sy..bukan sy reka2 ur perasan ek..budak perempuan tuh yg tunjukkan message dr budak lelaki tuh..apalagi,sy mbik fon budak perempuan tuh n sy reply text dia..start hari tuh lah kte org always texting n berinbox dalam fb..tapi pd realitinya masing2 malu nak tegur..tapi adalah kadang2 tertentang mata dengan dia n sy buat2lah tak malu nak senyum..tu je lah..kisah charlie kat dalam kelas tuh..and sy nak share sikit picture kte org masa jamuan aidilfitri kat auditorium politeknik mukah.. tadddaaaa.! mesti korang musykil kan pasal bju 3 org tuh baju sma..hehe,,kte org yang pakai baju kebaya hitam tuh buat persembahan tarian aidilfitri malam tuh dat why lah wajah nampak tebal sangat mekap.. nak taw.? awek yang pakai bju hitam kat sebelah kiri korang tuh lah owner blog ni, n selebihnya ialah classmate sy..hehe..saje gitaw wlaupun korang taknak twu kn..hehe..yang kat tengah2 tuh haiqal..budak ni lah selalu buat kelas kte org jd riuh macam kandang kuda..but he's kind,loyal pulak tuh.. jangan timbulkan gosip k..saje ambik pic berdua.. atas permintaan haiqal oke,ish..macam sy pulak yang gedik dalam pic nih..haha..abaikan.. haa..ni pulak kawan2 sy..dorang nih memang sempoi giler..kalau dorang nih ketawa satu kamsis boleh dengar taw..memang happy go lucky lah dorang nih..hehe..sampai sini je cerita sy untuk korang..ada masa nanti sy akan update entry lg..jap g kena masuk class.. oke..bubye..assalammualaikum..jaga diri,jaga peribadi.. ;) ✿ Terima kasih kerana sudi membaca ! Suka ? "LIKE" button disediakan.. :) ✿ | ||||||||||||||||||||||||||||||
SENARAI</b> LOKASI DAN ALAMAT <b><b>POLITEKNIK</b></b> KPM <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 31 May 2014 02:39 PM PDT Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro Ramai pelajar saya bertanya apakah beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.Bagi politeknik pula terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Premier (bertaraf universiti), Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.K esemuanya ada 32 buah politeknik bagi kemahiran teknik dan vokasional (TEVT). Politeknik Premier ada tiga iaitu: 1.Politeknik Ungku Omar (PUO) Politeknik Konvensional 1.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) 9. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT) 10.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) 11.Politeknik Merlimau (PMM) 12.Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 13. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 14.Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) 15.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) 16. Politeknik Muadzam Shah (PMS) 17.Politeknik Mukah Sarawak (PMU) 18Politeknik Balik Pulau (PBU) 19.Politeknik Jeli (PJK) 20.Politeknik Nilai (PNS) 21.Politeknik Banting (PBS) 22.Politeknik Mersing (PMJ) 23.Politeknik Hulu Terengganu (PHT) 24.Politeknik Sandakan (PSS) Politeknik Metro pula seperti berikut: 1.Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL) SEJARAH RINGKAS TRANSFORMASI POLITEKNIK Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di peringkat diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Seiring dengan pelan transformasi, Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Sehingga sesi Julai 2011, terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT. Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. Agenda Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Proses Transformasi Politeknik merangkumi penjenamaan semula politeknik yang sedang rancak dilaksanakan di setiap peringkat organisasi. Hasil yang ingin dicapai ialah politeknik sebagai institusi pilihan (the preferred institution), graduat yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja (employability skills) serta berdaya keusahawanan (enterprising) yang tinggi; dan persepsi positif masyarakat awam terhadap pengajian di politeknik. Politeknik Premier Tahun 2010 menyaksikan quick wins pertama dicapai iaitu apabila tiga politeknik diberi taraf sebagai Politeknik Premier. Politeknik yang diberi status Premier adalah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Quick wins ini bertujuan untuk menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan - setanding dengan universiti. Sehingga kini, tiga Politeknik Premier telah menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma Lanjutan. Dalam masa yang sama, Politeknik Premier sudah mula menerima lebih ramai pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu sehingga 9A peringkat SPM. Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri, KPT telah memutuskan untuk mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ini akan meluaskan peluang pelajar politeknik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di samping menjadi feeder kepada empat IPTA di bawah jaringan Malaysia Technical University Network (MTUN). Bagi memberi laluan berterusan, politeknik akan mewujudkan artikulasi dengan John Moores University dan melaksanakan program berkembar dengan Taylor?s University bagi program Hospitaliti yang diartikulasikan pula dengan Toulouse University di Perancis. Di samping itu, politeknik juga telah memperhebatkan jalinan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pihak industri seperti NGV Tech, MAS, Faber, Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) dan KFC Holdings. Di politeknik-politeknik selain daripada Politeknik Premier juga, beberapa kolaborasi dan perkongsian pintar telah dilaksanakan dengan organisasi dan syarikat seperti UBS, Intel, Northern Corridor Implementation Agency (NCIA), Agro Bank, PERDA, Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Halal Industry Development Corporation (HDC), Siemens dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan imej dan visibility politeknik dalam kalangan institusi pengajian yang mempunyai tautan kukuh dengan pihak industri. Politeknik Metro Satu lagi lembaran baru sejarah politeknik telah bermula dengan pengoperasian Politeknik Metro. Pengambilan pertama pelajar Politeknik Metro telah dilaksanakan pada 17 Januari 2011 yang lalu di premis sementara iaitu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Politeknik ini menawarkan satu program Diploma Pengurusan Peruncitan. Dalam perancangan, Politeknik Metro akan ditubuhkan di Johor Bahru dan Kuantan dalam masa terdekat ini. Secara umum, Politeknik Metro merupakan politeknik yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan program berbentuk perkhidmatan. Dengan wujudnya Politeknik Metro, ianya dapat meningkatkan akses Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada lepasan SPM dan golongan yang bekerja untuk belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. Pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) akan dilaksanakan menjelang 2012 di Politeknik Metro. YB Menteri juga menekankan bahawa Politeknik wajar menawarkan program-program baharu sejajar dengan keperluan Economic Transformation Programme (ETP). Sehubungan itu, politeknik akan merancang pelaksanaan program-program berkaitan oil and gas technology, oleochemical engineering, e-tourism, landscape dan biotechnology pada tahun 2011. Ini merupakan penambahan kepada program yang telah dirancangkan sebelum ini seperti Pengurusan Fasiliti, Kejuruteraan Mekanikal (Automasi), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Pembuatan Automatif), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), Pengurusan Acara dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Institusi politeknik negara juga akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengajian TVET. Dengan menyasarkan pengeluaran seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat diploma dengan mengambil kira sumbangan institusi lain termasuk dari swasta, negara memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah politeknik konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen seramai 150,000 orang setahun. Sumber; Kongsikan di Facebook dan Twitter anda! pendidikan |
You are subscribed to email updates from politeknik di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Program separuh masa Diploma di Politeknik dibuka – BorneoPost ... - Politeknik Malaysia"