PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - Politeknik Port Dickson

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - Politeknik Port Dickson


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - Politeknik Port Dickson

Posted: 14 Aug 2014 07:30 PM PDT

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - Politeknik Port Dickson


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Posted: 10 Aug 2014 11:58 PM PDT

Semua warga Politeknik Port Dickson (pelajar dan kakitangan) adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan mencipta logo EKSA yang dilangsungkan pada 11 Ogos hingga 22 Ogos 2014. Maklumat-maklumat berkaitan dengan pertandingan dan borang penyertaan boleh dimuat turun dari fail yang dilampirkan serta dari portal web PoliPD.

SYARAT-SYARAT DAN MAKLUMAT LANJUT / BORANG PENYERTAAN

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).  Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan  Malaysia), dan ia merupakan penjelmaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010) dan bertujuan untuk :

• Meningkatkan imej korporat;
• Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
• Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
• Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
• Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/agensi Kerajaan

Setiap penyertaan LOGO hendaklah disertakan dengan SLOGAN yang bersesuaian.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk :

i. Hardcopy  dan Softcopy atau
ii. Emel (dalam format jpeg)

Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2014.

Urus Setia
Pertandingan Mencipta Logo EKSA
Penyelaras Promosi & Aktiviti EKSA
Politeknik Port Dickson
Emel: Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak <nurshahrul@polipd.edu.my>

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

KARNIVAL 'UNTUKMU GAZA'

Posted: 10 Aug 2014 10:51 PM PDT

DERMASISWA KOPERASI POLITEKNIK PORT DICKSON BERHAD SESI JUN 2014

Posted: 10 Aug 2014 05:28 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Politeknik Port Dickson Bhd telah membuka permohonan Dermasiswa bagi Sesi Jun 2014. Pemohon-pemohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Syarat-Syarat Pemohon

  1. Pelajar Politeknik Port Dickson
  2. Pendapatan penjaga (ibu bapa) tidak melebihi RM 800.00 sebulan
  3. Pemohon perlu mengisi

Hantarkan borang yang telah lengkap diisi ke Pejabat Koperasi PPD Bhd sebelum / pada 29 Ogos 2014 (Jumaat).

Borang boleh dicetak terus dari laman ini atau berhubung terus ke pejabat Koperasi Politeknik Port Dickson

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pelajar pada bulan September 2014. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak koperasi.

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

PENDAFTARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9'S PIALA PENGARAH POLIPD SESI JUN 2014

Posted: 06 Aug 2014 05:36 PM PDT

fifa14

Makluman kepada semua pelajar Politeknik Port Dickson. Pendaftaran Kejohanan Bola Sepak 9's Piala Pengarah Politeknik Port Dickson sesi Jun 2014 kini dibuka. Dapatkan borang penyertaan di JSKK dan ianya terhad kepada 16 pasukan sahaja.

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

0 Comment for "PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO EKO KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) - Politeknik Port Dickson"