Program separuh masa Diploma di Politeknik dibuka – BorneoPost ... - Politeknik Malaysia

Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka – BorneoPost <b>...</b> - Politeknik Malaysia


Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 May 2014 05:25 PM PDT

MUKAH: Kesemua 19 Politeknik di seluruh negara menawarkan pelbagai program pengajian separuh masa peringkat Diploma termasuk Politeknik Kuching dan Mukah.

Permohonan kemasukan untuk pengajian secara separuh masa telah pun dibuka bagi sesi Jun 2014.

Tempoh pengajian Diploma ini adalah selama empat tahun iaitu lapan semester dan kelas akan diadakan pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Tujuan program pengajian separuh masa tersebut ialah menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada orang ramai untuk terus melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi walaupun telah bekerja. Tiada had umur untuk permohonan ini.

Sementara itu, program yang ditawarkan di Politeknik Mukah ialah Diploma Pengajian Perniagaan.

Syarat untuk kemasukan aialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan dan mendapat lima kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Selain itu, lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia/Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau sijil setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0 atau lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan satu kepujian.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Mei. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di www.politeknik.edu.my.

Untuk keterangan lanjut mengenai program yang ditawarkan di Politeknik seluruh Malaysia, sila hubungi Politeknik yang berdekatan.

Bagi yang ingin melanjutkan pengajian di Politeknik Mukah, sila hubungi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan menerusi talian 084-874 001 atau layari Facebook Politeknik Mukah untuk sebarang pertanyaan dan makluman terkini.

Print Friendly

SENARAI LOKASI DAN ALAMAT <b>POLITEKNIK</b> KPM <b>DI MALAYSIA</b> <b>...</b>

Posted: 17 May 2014 11:18 AM PDT

SENARAI LOKASI DAN ALAMAT POLITEKNIK KPM DI MALAYSIA | teaoais.com
Senarai Politeknik KPM 2014


SENARAI LOKASI DAN ALAMAT POLITEKNIK KPM DI MALAYSIA

Di bawah ini disenaraikan semua politeknik yang terdapat di Malaysia beserta alamat dan laman webnya untuk rujukan dan panduan pelajar yang layak memasuki Politeknik Sesi Jun 2014.

1. Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 IPOHPERAK
Tel: 05-5457622  Webhttp://www.puo.edu.my

2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu
25350 KUANTANPAHANG
Tel: 09-5655300  Web: http://www.polisas.edu.my

3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bandar Darulaman
06000 JITRA, KEDAH
Tel: 04-9146100  Web: http://www.polimas.edu.my

4. Politeknik Kota Bharu
KM. 24, Kok Lanas
16450 KETEREH, KELANTAN
Tel: 09-7889126  Web: http://www.pkb.edu.my

5. Politeknik Kuching Sarawak
KM. 22 Jalan Matang, Beg Berkunci 3094,
93050 KUCHING, SARAWAK
Tel: 082-845596  Web: http://www.poliku.edu.my

6. Politeknik Port Dickson
KM. 14, Jalan Pantai
71050 SI RUSA, NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-6622000  Web: http://www.polipd.edu.my

7. Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 KOTA KINABALU, SABAH
Tel: 088-499980  Web: http://www.pkksabah.edu.my

8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, S. U1
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
Tel: 03-51634000  Web: http://www.psa.edu.my

9. Politeknik Ibrahim Sultan
Km. 10, Jalan Kong Kong
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Tel: 07-2612488  Web: http://www.pis.edu.my

10. Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
Tel: 04-5383322  Web: http://www.psp.edu.my

11. Politeknik Melaka
No. 2, Jalan PPM 10
Plaza Pandan Malim, 75250 MELAKA
Tel: 06-3376000  Web: http://www.polimelaka.edu.my

12. Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 K. TERENGGANU, TERENGGANU
Tel: 09-6204100  Web: http://www.pkkt.edu.my

13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka
23000 DUNGUN, TERENGGANU
Tel: 09-8400800  Web: http://www.pdt.edu.my

14. Politeknik Merlimau
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau
77300 MERLIMAU, MELAKA
Tel: 06-2636687  Web: http://www.pmm.edu.my

15. Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen
35950 BEHRANG, PERAK
Tel: 05-4544431  Web: http://www.psas.edu.my

16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park
09000 KULIM, KEDAH
Tel: 04-4033333  Web: http://www.ptsb.edu.my

17. Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang
45100 SG AIR TAWAR, SELANGOR
Tel: 03-32806200  Web: http://www.psis.edu.my

18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh
02600 ARAU
PERLIS
Tel: 04-9886200  Web: http://www.ptss.edu.my

19. Politeknik Muadzam Shah
Lebuhraya Tun Abdul Razak
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG
Tel: 09-4502007  Web: http://www.pms.edu.my

20. Politeknik Mukah Sarawak
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 MUKAH, SARAWAK
Tel: 084-874001  Web: http://www.pmu.edu.my

21. Politeknik Balik Pulau
1-3-61, Bangunan I-AVENUE, Medan Kampung Relau,
11900 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
Tel: 04-6410859

22. Politeknik Jeli
Jalan Raya Timur - Barat,
17600, JELI
KELANTAN
Tel: 09-9462800  Web: http://www.pjk.edu.my

23. Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760, Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7980400  Web: http://www.polinilai.edu.my

24. Politeknik Banting
Lot 1-5A, Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas
42700 BANTING
SELANGOR
Tel: 03-31875600

25. Politeknik Mersing
Jalan Nitar
86800 MERSING
JOHOR
Tel: 07-7980001  Web: http://www.pmj.edu.my

26. Politeknik Hulu Terengganu
bangunan kedai 3 Tingkat Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 K. Berang
TERENGGANU
Tel: 09-6825555  Web: http://www.pht.edu.my

27. Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang
90000 SANDAKAN
SABAH
Tel: 089-228351  Web: http://www.pss.edu.my

28. Politeknik Metro KL
No 2-12, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-42518000  Web: http://www.pmkl.edu.my

29. Politeknik Metro Kuantan
A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11,
25000 KUANTAN
PAHANG
Tel: 09-5659 000  Web: http://www.pmku.edu.my

30. POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Jalan Suria 19, Taman Putra
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR
Tel: 07-335 8851

31. Politeknik METrO Betong
1-12 Phase 2, Betong New Township
Jalan Baru Betong
96700 Betong
SARAWAK
Tel: -

32. Politeknik METrO Tasek Gelugor
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
PULAU PINANG
Tel: 04-390 4799  Web: http://pmtg.edu.my/ 

Sumber - Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik

Enhanced by Zemanta
87 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014
My Ping in TotalPing.com

SENARAI LOKASI DAN ALAMAT <b><b>POLITEKNIK</b></b> KPM <b><b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 03:57 PM PDT

Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro

Ramai pelajar saya bertanya apakah beza  Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.
Bagi politeknik pula terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Premier (bertaraf universiti), Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.K esemuanya ada 32 buah politeknik bagi kemahiran teknik dan vokasional (TEVT).

Politeknik Premier ada tiga iaitu:

1.Politeknik Ungku Omar (PUO)
2.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Politeknik Konvensional

1.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
2.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
3.Politeknik Kota Bharu (PKB)
4.Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
5.Politeknik Port Dickson (PPD)
6.Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
7.Politeknik Seberang Perai (PSP)
8.Politeknik Melaka (PKM)



9. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT)
10.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
11.Politeknik Merlimau (PMM)
12.Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
13. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
14.Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
15.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
16. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
17.Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
18Politeknik Balik Pulau (PBU)
19.Politeknik Jeli (PJK)
20.Politeknik Nilai (PNS)
21.Politeknik Banting (PBS)
22.Politeknik Mersing (PMJ)
23.Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
24.Politeknik Sandakan (PSS) 

 Politeknik Metro pula seperti berikut:

1.Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
2.Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
4.Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
5.Politeknik Metro Betong (PMB)6.Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) 

Syarat ke Politeknik lepasan SPM, SILA klik di sini

SEJARAH RINGKAS  TRANSFORMASI POLITEKNIK 

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di peringkat diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Seiring dengan pelan transformasi, Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas.

 Sehingga sesi Julai 2011, terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program. 

Agenda Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Proses Transformasi Politeknik merangkumi penjenamaan semula politeknik yang sedang rancak dilaksanakan di setiap peringkat organisasi.

 Hasil yang ingin dicapai ialah politeknik sebagai institusi pilihan (the preferred institution), graduat yang mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja (employability skills) serta berdaya keusahawanan (enterprising) yang tinggi; dan persepsi positif masyarakat awam terhadap pengajian di politeknik. 

  Politeknik Premier

Tahun 2010 menyaksikan quick wins pertama dicapai iaitu apabila tiga politeknik diberi taraf sebagai Politeknik Premier. Politeknik yang diberi status Premier adalah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Quick wins ini bertujuan untuk menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan - setanding dengan universiti. 

Sehingga kini, tiga Politeknik Premier telah menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma Lanjutan. Dalam masa yang sama, Politeknik Premier sudah mula menerima lebih ramai pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu sehingga 9A peringkat SPM.

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri, KPT telah memutuskan untuk mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Ini akan meluaskan peluang pelajar politeknik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di samping menjadi feeder kepada empat IPTA di bawah jaringan Malaysia Technical University Network (MTUN)

Bagi memberi laluan berterusan, politeknik akan mewujudkan artikulasi dengan John Moores University dan melaksanakan program berkembar dengan Taylor?s University bagi program Hospitaliti yang diartikulasikan pula dengan Toulouse University di Perancis. 

Di samping itu, politeknik juga telah memperhebatkan jalinan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan pihak industri seperti NGV Tech, MAS, Faber, Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) dan KFC Holdings.

 Di politeknik-politeknik selain daripada Politeknik Premier juga, beberapa kolaborasi dan perkongsian pintar telah dilaksanakan dengan organisasi dan syarikat seperti UBS, Intel, Northern Corridor Implementation Agency (NCIA), Agro Bank, PERDA, Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Halal Industry Development Corporation (HDC), Siemens dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan imej dan visibility politeknik dalam kalangan institusi pengajian yang mempunyai tautan kukuh dengan pihak industri.

 Politeknik Metro

Satu lagi lembaran baru sejarah politeknik telah bermula dengan pengoperasian Politeknik Metro. Pengambilan pertama pelajar Politeknik Metro telah dilaksanakan pada 17 Januari 2011 yang lalu di premis sementara iaitu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

 Politeknik ini menawarkan satu program Diploma Pengurusan Peruncitan. Dalam perancangan, Politeknik Metro akan ditubuhkan di Johor Bahru dan Kuantan dalam masa terdekat ini. 

Secara umum, Politeknik Metro merupakan politeknik yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan program berbentuk perkhidmatan. Dengan wujudnya Politeknik Metro, ianya dapat meningkatkan akses Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada lepasan SPM dan golongan yang bekerja untuk belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. Pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) akan dilaksanakan menjelang 2012 di Politeknik Metro. 

YB Menteri juga menekankan bahawa Politeknik wajar menawarkan program-program baharu sejajar dengan keperluan Economic Transformation Programme (ETP). Sehubungan itu, politeknik akan merancang pelaksanaan program-program berkaitan oil and gas technology, oleochemical engineering, e-tourism, landscape dan biotechnology pada tahun 2011. Ini merupakan penambahan kepada program yang telah dirancangkan sebelum ini seperti Pengurusan Fasiliti, Kejuruteraan Mekanikal (Automasi), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Pembuatan Automatif), Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), Pengurusan Acara dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Institusi politeknik negara juga akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengajian TVET. Dengan menyasarkan pengeluaran seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat diploma dengan mengambil kira sumbangan institusi lain termasuk dari swasta, negara memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah politeknik konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen seramai 150,000 orang setahun.

Sumber;


Kongsikan di Facebook dan Twitter anda!

pendidikan

Atlet <b>Politeknik</b> Merlimau rangkul pingat emas taekwando

Posted: 12 Aug 2014 11:20 AM PDT

MOHD. Akmal Omar Sidek (berdiri, empat dari kiri) bersama pasukan Masum Politeknik Malaysia yang menyertai Kejohanan Taekwando Antarabangsa C.K Klasik ke-8 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

JASIN 12 Ogos - Atlet taekwando Politeknik Merlimau (PMM), Mohd. Akmal Omar Sidek berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Taekwando Antarabangsa C.K Klasik ke-8 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Emas itu diraih menerusi acara Kyorugi (Sparring) 18 tahun ke atas dalam kategori welter (74-80kg) selepas menewaskan peserta tuan rumah atlet dari Kelab Taekwando CK Karan pada perlawanan akhir.

Kejohanan selama tiga hari itu mendapat penyertaan daripada sembilan buah negara antaranya Australia, Uzbekistan, Sri Lanka, Hong Kong, Afghanistan, Singapura, Thailand, Libya dan Indonesia serta Malaysia.

Pada pertandingan itu juga, Masum Politeknik turut mencipta kemenangan apabila pasukan wanitanya memperolehi tempat kedua terbaik keseluruhan bagi kategori 18 tahun ke atas.

Jurulatihnya, Zid Abrar Akbar berkata, pencapaian Mohd. Akmal itu adalah disebabkan kesungguhan anak buahnya dalam menjalani latihan berjadual yang disediakan bersama atlet Politeknik Malaysia yang lain.

"Dengan sokongan padu diberikan oleh Jabatan Pengajian Politeknik ke arah pembangunan sukan taekwondo ini kita lihat, ia mampu menyinarkan peluang Akmal untuk pergi lagi jauh," katanya.

Sementara itu, Mohd. Akmal berkata, kejayaan itu menjadi suntikan semangat untuk meningkatkan prestasi dan meneruskan latihan bagi merebut tempat mewakili negara pada kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) 2014 di Palembang, Indonesia nanti.

Katanya, yang terpilih menjalani sesi latihan dan pemilihan ke AUG 2014 itu selepas memenangi pingat gangsa ketika kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 yang lalu.

"Alhamdulillah dengan kemenangan ini dan saya ingin terus berlatih ke arah mencapai matlamat seterusnya iaitu mewakili Malaysia dalam kejohanan AUG 2014 hujung tahun ini.

"Insya-Allah sekiranya diberi peluang itu, saya akan berusaha untuk membawa pulang pingat Emas dalam kejohanan AUG 2014 untuk mengharumkan nama negara," katanya.

Tiga <b>politeknik Malaysia</b> dianugerahkan akreditasi APACC <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 02:42 AM PDT

Tiga politeknik menerima pentauliahan dari Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Ia adalah:

  • Politeknik Ungku Omar di Ipoh
  • Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor; dan
  • Politeknik Salahuddin Abdul Azziz Shah di Shah Alam

Tiga politeknik dinilai berdasarkan tujuh kriteria yang ditetapkan – tadbir urus dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, fakulti dan kakitangan, penyelidikan dan pembangunan, perundingan lanjutan dan hubungan, sumber dan sokongan untuk pelajar.

Akreditasi di APACC bermakna graduan bagi ketiga-tiga politeknik mempunyai:

  • Mobiliti yang lebih besar dan kelayakan mereka saling diiktiraf di rantau Asia dan Pasifik.
  • Mendapat kerja kerana majikan lebih yakin untuk mengupah mereka.
  • Akses kepada pembiayaan oleh penderma dan agensi-agensi pinjaman yang lain.
  • Boleh memindahkan kredit dan membolehkan akses kepada peluang pembelajaran yang lebih tinggi.

APACC adalah di bawah  Colombo Plan Staff College For Technical Education (CPSP) dengan keahlian seramai 17 buah negara di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

Tahun ini, empat politeknik telah dicadangkan untuk melalui proses akreditasi APACC, iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Pelajar cemerlang bertekad beri imej terbaik kepada <b>Politeknik</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2014 03:15 PM PDT

KUCHING: Penerima Anugerah Pengarah Politeknik Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kurikulum bertekad memberi imej terbaik kepada Politeknik sebagai institusi latihan vokasional dan teknikal (TVET) yang mampu melahirkan tenaga kerja profesional berkualiti.

Siti Soleha Hassan, 22, graduan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) berkata beliau akan membawa label Politeknik hingga ke alam pekerjaan nanti.

"Saya bertekad untuk memberi imej terbaik kepada Politeknik sebagai institusi latihan vokasional dan teknikal terbaik sehingga saya bekerja nanti.

"Saya mahu orang tahu dan kenal beginilah kualiti produk tenaga kerja dilahirkan Politeknik," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-22 PKS di sebuah hotel di sini semalam.

Menceritakan pengalamannya sepanjang menuntut di PKS, Siti anak kelahiran Sandakan, Sabah berkata beliau berdepan banyak kekangan kerana terpaksa belajar jauh daripada ibu bapa.

Bagaimanapun katanya, kekangan itu tidak pernah dilihat sebagai alasan untuk tidak melakukan yang terbaik lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah beliau kurang menyerlah dalam bidang akademik.

"Menyeimbangkan aktiviti luar dan masa belajar itulah resipi kejayaan saya kerana ia dapat mengelak saya daripada berasa tertekan lebih-lebih lagi tinggal berjauhan daripada keluarga," katanya.

Anak kelima daripada enam adik-beradik yang dibesarkan dalam keluarga pendidik itu kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan di Politeknik Shah Alam.

Print Friendly
0 Comment for "Program separuh masa Diploma di Politeknik dibuka – BorneoPost ... - Politeknik Malaysia"