SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Posted: 13 Aug 2014 11:06 PM PDT

SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN

Posted: 06 Aug 2014 11:37 PM PDT

Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) adalah sebuah Badan Standard dan Akreditasi Kebangsaan. Sehingga kini, Standards Malaysia telah membangunkan lebih daripada 6,500 Malaysian Standards yang merangkumi 24 sektor termasuk pertanian, halal, keselamatan, teknologi maklumat, pelancongan dan sebagainya.

3. Untuk makluman, Standards Malaysia kini dalam proses menggubal Peraturan-Peraturan Fi dan Caj bagi Perkhidmatan Standard dan Akreditasi yang merangkumi :-

(i) Caj Malaysian Standards (MS); dan

(ii) Fi/Caj Langganan Malaysian Standards (MS)

4. Justeru, soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai cadangan fi dan caj tersebut. Soal selidik ini perlu dilengkapkan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2014 (Khamis). Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Aainaa Kamilah Roslee atau Pn. Mazleen Othman di talian 03-8319 1570/1554. Pautan soal selidik adalah seperti berikut:- e-soal selidik cadangan fi dan caj bagi perkhidmatan berkaitan standar.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.

DOKUMEN SEBUTHARGA - PTSS

Posted: 23 May 2014 02:16 AM PDT

TAWARAN SEBUTHARGA BAGI MENYELENGGARA, MENGUBAHSUAI DAN MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR ICT BAGI MAKMAL REKABENTUK TERBANTU KOMPUTER 1 (CAD 1) JMSK DAN KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

SILA KLIK DISINI UNTUK DOKUMEN BERIKUT..

PROGRAM DERMA DARAH - <b>Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2014 01:15 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Derma Darah akan diadakan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:

Tarikh : 10 Julai 2014 (HARI INI)
Masa : 9.30 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Kafe Asrama (Lelaki)

Orang ramai, Pensyarah, Kakitangan Dan Para Pelajar PTSS dijemput beramai-ramai datang untuk menderma darah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan HEP bersama-sama MPP, PTSS

jemputan menyertai pertandingan produk inovasi <b>...</b> - PTSS

Posted: 20 May 2014 11:54 PM PDT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Politeknik Seberang Perai (PSP)dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik, Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai, Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Telekomunikasi Universiti Teknikal Melaka Malaysia akan melaksanakan "Conference, Competation And Exhibition 2013 (CCE2014)" Peringkat Kebangsaan. Berikut maklumat lanjut;

 

Tarikh : 24-25 Jun 2014 (Selasa - Rabu)

Tempat : Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang

Peringkat : Kebangsaan

Tarikh Akhir Pendaftaran : 30 May 2014

 

Kategori Pertandingan Produk Inovasi:

A - Pertanian (Agriculture) B - Pembaharuan Tenaga & Perlindungan Alam Sekitar C - Pembinaan & Pembangunan D - Elektrik / Elektronik / Telekomunikasi E - Teknologi Maklumat & Multimedia F - Mesin / Peralatan / Automatif G - Rekabentuk Perindustrian & Komersil H - Item Pengajaran Pendidikan I - Permainan / Sukan / Hobi G - Lain-lain rekacipta

 

Sasaran :

Tutor/Pengajar/Pensyarah IPTA Pensyarah Politeknik/Kolej Komuniti/Institut Latihan Awam (ILA) Pensyarah/Pengajar/Guru Institusi MARA (KPM/KPTM/KKTM/IKM/MRSM/dll), Kolej Vokasional KPM, Staf Agensi Kerajaan dan Swasta Pelajar Pasca Ijazah (Sarjana/Ph.D)/Sarjana Muda IPT/ Advance Diploma Politeknik Pihak Industri

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak Urusetia CCE2014 atau laman web rasmi dalam talian sepertimana berikut;

 

En. Kamarul Ariffin Abd Rashid : 019 448 8225

En. Zulhadi Zakaria : 019 448 9740

En. Mohd Kamil Mohd Zahari : 019 277 3832

En. Mohamad Helmi : 012 432 3902

 

Laman Web Rasmi http://www.cce2014.com

 

Sekian, Terima Kasih

0 Comment for "SOAL SELIDIK CADANGAN FI DAN CAJ BAGI PERKHIDMATAN - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"