Beza Antara <b>Politeknik</b> Premier, Konvensional dan METrO Posted: 22 Aug 2014 11:13 AM PDT Beza Antara <b>Politeknik</b> Premier, Konvensional dan METrO <b>...</b> Posted: 19 Aug 2014 08:39 PM PDT Ramai juga yang tak tahu bahawa sekarang nih dah ada banyak jenis Politeknik kat Malaysia. Ada Politeknik Premier, ada Politeknik Konvensional dan juga Politeknik METrO. Nama tak sama, tapi fungsi masih sama seperti dulu, iaitu bertujuan melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA atau pun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti.
Jom kita tengok apa sebenarnya beza antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.
Politeknik PremierPoliteknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. 1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS) Politeknik KonvensionalPoliteknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan juga Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online. 1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan4. Politeknik Kuching, Sarawak5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang8. Politeknik Kota, Melaka9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu11. Politeknik Merlimau, Melaka12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang17. Politeknik Mukah, Sarawak18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang19. Politeknik Jeli, Kelantan20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan21. Politeknik Banting, Selangor22. Politeknik Mersing, Johor23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu24. Politeknik Sandakan, Sabah Politeknik METrOPoliteknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. 1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)4. Politeknik METrO Betong (PMB)5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) Semoga info mengenai perbezaan antara jenis-jenis politeknik ini boleh membantu para pelajar dan juga pencari maklumat dalam mendapatkan info yang lebih jelas. Arah tuju dan haluan pendidikan juga dapat ditetapkan dengan lebih baik. Semoga berjaya!
|
|
0 Comment for "Beza Antara Politeknik Premier, Konvensional dan METrO ... - Politeknik Seberang Perai"