Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang ... - Politeknik Seberang Perai

Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang ... - Politeknik Seberang Perai


Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang ... - Politeknik Seberang Perai

Posted: 20 Sep 2014 11:14 AM PDT

Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang <b>...</b> - Politeknik Seberang Perai


Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2014 09:23 PM PDT

Assalamualaikum . Aku rasa macam dah lama je tak update blog ni. Nak buat macam mana, orang busy lah katakan. Ingat belajar tak busy ke? Dengan assignment lagi, dengan tutorial , test dan quiz dan bla bla bla. Dan pada hari yang bersejarah itu ( dah lepas dah benda ni) , kami merehatkan diri dengan membuat aktiviti sempena Hari Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Aku just jaga checkpoint. Checkpoint aku dekat cafe dan kami buat aktiviti atau kata nama lain Eksperimen terbaik iaitu membuat Aiskrim tanpa memerlukan peti sejuk! dan dinamakan sebagai Aiskrim Goyang atau pun , Aiskrim Gelek Gelek.Tak semua boleh buat 2 dari 10 kumpulan je yang jadi aiskrim nya. Nak tahu macam mana nak buat ? Sebelum tu , tengok gambar gambar ini dulu lah.

KumpulanTudung Merun : All girls ( ini kumpulan yang menjadi aiskrimnya )


Kumpulan Tudung Hijau : Buat semangat macam mana pun still tak menjadi . ~.~


Kumpulan Tudung Biru : Haa , ini pun aiskrim jadi tapi tak sepenuhnya


Kumpulan Tudung Oren : Kelas aku . Dah bagi tahu pun still tak dapat buat


Kumpulan Tudung Turqoise : Kelas aku juga. Nak cepat saje tapi buatnya tak jadi


Kumpulan Tudung Kuning : Serious buatnya tapi masih tak jadi jugak


Kumpulan Tudung Ungu :  Datang macam gangster tapi pulang kena denda . Kesian


Kumpulan Tudung Merah Jambu : Aaaa ~ masih tak jadi


Kumpulan Tudung Kelabu : Tapi takde seorang pun budak perempuan melayu .Masih tak menjadi pun


Kumpulan Tudung Coklat : Memang muka serious tapi still tak jadi . 

Okay , ni nak bagitau apa yang anda perlukan : 

1 cawan air berperisa yang anda suka 

1 plastik kecil 

1 plastik besar

Garam

Surat Khabar

Tuala

Getah

Ais Batu

1. Masukkan air berperisa dalam plastik kecil ( ikat dengan kuat dan buangkan angin dalam plastik tersebut agar tak mudah pecah )

2. Masukkan ais batu dalam separuh plastik besar dan garam dalam 3 - 4 sudu 

3. Masukkan plastik berisi air berperisa dalam plastik berisi ais batu . Ikat plastik tersebut dengan kuat dan jangan lupa buang angin nya.

4. Balut plastik tersebut dengan surat khabar. Balut tebal tebal dan mampat. 

5. Balut sekali lagi dengan tuala yang panjang dan tebal. Balut seperti kertas gula-gula

6.  menggunakan dua orang , goyangkan balutan tadi dengan cepat dan laju

7. Masa untuk menjadi aiskrim dalam 10 - 15 minit atau 8 - 10 minit sahaja kalau cepat

8. Buka dan lihat lah hasilnya


Konvokesyen <b>Politeknik Seberang Perai</b> 2014| Kenangan Berharga <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2014 09:35 PM PDT

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, selesai sudah Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014 kali ke14 yang diadakan pada 13,14 dan 15 September 2014 (Sabtu, Ahad dan Isnin) baru-baru ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsungnya majlis konvokesyen yang gilang-gemilang ini seperti pameran, gerai jualan, demostasi, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web Politeknik Seberang Perai. 

Seperti biasa, saya ditugaskan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Penghulur Sijil. Antara tugas kami adalah menyussun dan menyerahkan sijil kepada VVIP yang akan menghulurkan sijil kepada graduan. Jadi, kami terpaksa berada di atas pentas semasa penganugerahan dan penyerahan sijil kepada graduan-graduan sejak awal pagi sehinggalah tamat upacara tersebut.


Secara peribadi, konvokesyen kali lebih meriah berbanding tahun-tahun lalu kerana pelajar yang bukan setakat mengajar, malahan mereka berada di bawah penjagaan saya sendiri. Saya merupakan pensyarah akademik pelajar BTK (Diploma Teknologi Elektrik Komputer) yang mula menjejakkan kaki ke Politeknik Seberang Perai pada sesi Disember 2011. 

Sedikit kisah saya dan mereka...

Pada awalnya memang ramai yang mendaftar sebagai pelajar dengan penuh semangat. Namun, lama-lama kelamaan bilangan semakin berkurang sehinggalah ke semester akhir. Keadaan sebegini memang lumrah bagi pelajar-pelajar di politeknik dan kerana masing-masing berhak memilih laluan tersendiri. Bahkan semasa saya belajar di Universiti juga keadaanya sama. Pada awal semester memang ramai dan semakin penghujung berlaku pengurangan. 

Bagi mereka yang telah konvo, saya ucapkan tahniah kerana walau apa pun yang berlaku sepanjang pembelajaran mereka di Politeknik Seberang Perai, tetapi mereka tetap sabar dan teguh meneruskan perjuangan mereka. Kenangan yang diperolehi memang sukar digambarkan tetapi ia adalah pengelaman yang berharga buat saya dan mereka.
Karenah mereka memang berbagai-bagai, namun begitu saya amat berpuas hati dengan komitmen yang mereka berikan kepada saya dan pensyarah lain sepanjang berada di Politeknik Seberang Perai ini.
Saya doakan mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. saya juga mohon maaf di atas kekurangan saya sebagai pensyarah dan penasihat akademik.

Kepada yang belum menamatkan pengajian, jangan putus asa. Teruskan usaha!!!

Koleksi Gambar Konvokesyen

Di bawah ini adalah koleksi gambar konvokesyen dan gambar kenangan untuk tatapan bersama.


Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Kenangan lalu

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bergaya depan kamera

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bersama pensyarah-pensyarah

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Jejaka pewaris  negara
0 Comment for "Bicara Dari Hati : Softskill Activity ~ Checkpoint Aiskrim Goyang ... - Politeknik Seberang Perai"