Gerak Usahawan tonjol produk pelajar politeknik - Utusan Online - Politeknik Melaka

Gerak Usahawan tonjol produk pelajar politeknik - Utusan Online - Politeknik Melaka


Gerak Usahawan tonjol produk pelajar politeknik - Utusan Online - Politeknik Melaka

Posted: 18 Sep 2014 12:26 PM PDT

Gerak Usahawan tonjol produk pelajar <b>politeknik</b> - Utusan Online - Politeknik Melaka


Gerak Usahawan tonjol produk pelajar <b>politeknik</b> - Utusan Online

Posted: 16 Sep 2014 11:37 AM PDT

Mohd. Ghaus Ab. Kadir bersama Rashidah Mustapa melakukan simbolik perasmian sempena Program Gerak Usahawan dan Entrepreneurship Race Politeknik Malaysia 2014 di Taman Rempah, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 16 Sept. - Program Gerak Usahawan dan Entrepreneurship Race Politeknik Malaysia 2014 yang diadakan di Taman Rempah baru-baru ini, berjaya menonjolkan pelbagai produk keluaran pelajar serta alumni Politeknik Malaysia.

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Ab Kadir, berkata pelaksanaan program itu mampu menjadi pemangkin semangat khususnya kepada para pelajar bergelar usahawan setelah tamat pengajian kelak.

Menurutnya, menerusi program itu ia bukan sahaja dapat memupuk minat pelajar terhadap dunia keusahawanan malah memberi peluang kepada mereka secara praktikal menjalankan perniagaan sendiri.

"Ini dapat membuka minda dan merangsang semangat kepada para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan sebagai persediaaan mengharungi persaingan dunia perniagaan sebenar.

"Sikap tidak mengenal erti jemu dan susah juga seharusnya disemai dalam setiap pelajar untuk menjadi usaha selain melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam menghadapi cabaran sebenar kelak supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan, yang turut dihadiri Pengarah Politeknik Melaka, Rashidah Mustapa dan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Muhammad Mahmood.

Pelbagai jenis produk keusahawanan dan inovasi serta jualan terdapat pada program itu yang disertai para pelajar, alumni Politeknik Malaysia selain beberapa agensi dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Antara produk yang menarik minat para pengunjung di tapak program itu seperti produk madu kelulut, sayuran hidroponik, kek dan pastri, baja organik, cetakan kemeja-T yang rata-ratanya diusahakan oleh para pelajar Politeknik Malaysia di bawah unit keusahawanan Politeknik masing-masing.

Selain itu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mendaftar secara online bagi pengambilan pelajar baharu kemasukan Sesi Disember 2014 dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus daripada pegawai yang bertugas di tapak pameran Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.

0 Comment for "Gerak Usahawan tonjol produk pelajar politeknik - Utusan Online - Politeknik Melaka"