Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka - Politeknik Malaysia |
Program separuh masa Diploma <b>di Politeknik</b> dibuka Posted: 30 Aug 2014 03:31 PM PDT JOHOR BAHRU - Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat. "Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini. Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM. Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar. Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester. "Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya. Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. - Bernama Senarai Politeknik Malaysia: 1. Politeknik Ungku Omar 2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah 4. Politeknik Kota Bharu 5. Politeknik Kuching Sarawak 6. Politeknik Port Dickson 7. Politeknik Kota Kinabalu 8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9. Politeknik Ibrahim Sultan 10. Politeknik Seberang Perai 11. Politeknik Melaka 12. Politeknik Kuala Terengganu 13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 14. Politeknik Merlimau 15. Politeknik Sultan Azlan Shah 16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 17. Politeknik Sultan Idris Shah 18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 19. Politeknik Muadzam Shah 20. Politeknik Mukah Sarawak 21. Politeknik Balik Pulau 22. Politeknik Jeli 23. Politeknik Nilai 24. Politeknik Banting 25. Politeknik Mersing 26. Politeknik Hulu Terengganu 27. Politeknik Sandakan 28. Politeknik Metro KL 29. Politeknik Metro Kuantan 30. POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU 31. Politeknik METrO Betong 32. Politeknik METrO Tasek Gelugor |
Gerak Usahawan tonjol produk pelajar <b>politeknik</b> - Utusan Online Posted: 19 Sep 2014 03:30 PM PDT Mohd. Ghaus Ab. Kadir bersama Rashidah Mustapa melakukan simbolik perasmian sempena Program Gerak Usahawan dan Entrepreneurship Race Politeknik Malaysia 2014 di Taman Rempah, Melaka, baru-baru ini. MELAKA 16 Sept. - Program Gerak Usahawan dan Entrepreneurship Race Politeknik Malaysia 2014 yang diadakan di Taman Rempah baru-baru ini, berjaya menonjolkan pelbagai produk keluaran pelajar serta alumni Politeknik Malaysia. Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Ab Kadir, berkata pelaksanaan program itu mampu menjadi pemangkin semangat khususnya kepada para pelajar bergelar usahawan setelah tamat pengajian kelak. Menurutnya, menerusi program itu ia bukan sahaja dapat memupuk minat pelajar terhadap dunia keusahawanan malah memberi peluang kepada mereka secara praktikal menjalankan perniagaan sendiri. "Ini dapat membuka minda dan merangsang semangat kepada para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan sebagai persediaaan mengharungi persaingan dunia perniagaan sebenar. "Sikap tidak mengenal erti jemu dan susah juga seharusnya disemai dalam setiap pelajar untuk menjadi usaha selain melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam menghadapi cabaran sebenar kelak supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan sedia ada," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan, yang turut dihadiri Pengarah Politeknik Melaka, Rashidah Mustapa dan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Muhammad Mahmood. Pelbagai jenis produk keusahawanan dan inovasi serta jualan terdapat pada program itu yang disertai para pelajar, alumni Politeknik Malaysia selain beberapa agensi dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Antara produk yang menarik minat para pengunjung di tapak program itu seperti produk madu kelulut, sayuran hidroponik, kek dan pastri, baja organik, cetakan kemeja-T yang rata-ratanya diusahakan oleh para pelajar Politeknik Malaysia di bawah unit keusahawanan Politeknik masing-masing. Selain itu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mendaftar secara online bagi pengambilan pelajar baharu kemasukan Sesi Disember 2014 dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus daripada pegawai yang bertugas di tapak pameran Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik. |
You are subscribed to email updates from politeknik di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Program separuh masa Diploma di Politeknik dibuka - Politeknik Malaysia"