JAWATAN KOSONG DI 7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD | Portal ... - Politeknik Malaysia

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> 7-ELEVEN <b>MALAYSIA</b> SDN BHD | Portal <b>...</b> - Politeknik Malaysia


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> 7-ELEVEN <b>MALAYSIA</b> SDN BHD | Portal <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2014 06:47 PM PDT

7-ELEVEN

Makluman kepada pelajar semester akhir. Jawatan kosong ditawarkan kepada mereka yang berminat bekerja untuk 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd. Dapatkan maklumat lanjut melalui pautan berikut:-

MAKLUMAT LANJUT 7-ELEVEN

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

Pendidikan teknikal bukan laluan alternatif - BNBBC

Posted: 15 Aug 2014 10:42 PM PDT

Pendidikan teknikal bukan laluan alternatif

16 OGOS: Golongan muda perlu melihat Pendidikan Teknikal dan latihan Vokasional (TEVT) sebagai laluan utama untuk maju dalam era globalisasi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana bidang itu mempunyai pasaran yang tinggi selepas pelajar menamatkan pengajian.

"Saya ingin mengesyorkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya supaya menceburi pengajian TEVT di rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tiga buah politeknik premier," katanya.

MUHYIDDIN YASSIN

MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2014 kali ke-10 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini.

Katanya, MTUN terdiri daripada Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Muhyiddin berkata, kesemua universiti bernaung di bawah MTUN menawarkan pelbagai bidang pengajian teknikal dan vokasional pada peringkat diploma dan ijazah pertama.

Katanya syarat kemasukan ke tiga buah Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PiS) adalah setanding dengan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Perdana Menteri percaya langkah mengarus perdana dan meluaskan akses kepada TEVT dapat menambah bilangan dan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini.

"Ini adalah usaha kementerian untuk meningkatkan "kemahiran tinggi-pendapatan tinggi" dalam kalangan graduan," katanya.

Selain Universiti Teknikal dan Politeknik, katanya pelajar turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Beliau berkata, pengajian di pusat terbabit ditawarkan pada peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan.

Muhyiddin berkata, sebagai negara yang pesat membangun, pendidikan amat kritikal bagi Malaysia dan kerajaan amat komited untuk melakukan inovasi menyeluruh untuk mencapai kecemerlangan di persada dunia.

Berhubung karnival itu, beliau berkata, sejak dianjurkan setiap tahun bermula 2005 sehingga tahun ini, ia sudah mencatat dua juta pengunjung.

Bidang teknikal bulan laluan alternatif

Bidang teknikal bulan laluan alternatif

Bilangan kehadiran yang tinggi itu, katanya menggambarkan kesungguhan dan minat dalam kalangan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang peluang melanjutkan pengajian.

Berdasarkan kenyataan timbalan perdana menteri itu, penyertaan lebih ramai belia dalam pengajian TEVT boleh mempercepat usaha menambah bilangan pekerja berkemahiran tinggi sebagai persediaan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Daripada kira-kira 12 juta pekerja di Malaysia hanya 22.5 peratus sahaja yang berkemahiran tinggi dan jumlah itu jauh daripada sasaran 50 peratus yang dikehendaki. – bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 1:42 PM

0 Comment for "JAWATAN KOSONG DI 7-ELEVEN MALAYSIA SDN BHD | Portal ... - Politeknik Malaysia"