Untuk makluman YBhg. Datin/Tuan/Puan, Bahagian Penyelidikan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Persidangan Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Negara (PERPUN), Persatuan Pustakawan Malaysia dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang menjalankan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014.
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti jumlah bahan yang dibaca oleh rakyat Malaysia berdasarkan demografi dan trend tabiat membaca rakyat Malaysia. Hasil penemuan kajian akan digunakan untuk merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian bagi mempertingkatkan dan membudayakan pembacaan di kalangan rakyat Malaysia.
Sehubungan itu kerjasama YBhg Datin/Tuan/Puan dipohon agar dapat menjawab soalselidik melalui pautan di bawah:
http://survey.pnm.gov.my
Pihak YBhg. Datin/Tuan/Puan juga dipohon untuk mewar-warkan kajian ini kepada pengguna perpustakaan YBhg Datin/Tuan/Puan, ahli keluarga dan rakan-rakan agar memberi maklum balas bagi kaji selidik ini selewat-lewatnya pada hari Jumaat 31 Oktober 2014.
Sekian, terima kasih.
0 Comment for "Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014 - Politeknik ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"