Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga ... - Politeknik Seberang Perai

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga ... - Politeknik Seberang Perai


Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga ... - Politeknik Seberang Perai

Posted: 19 Oct 2014 11:14 AM PDT

Konvokesyen <b>Politeknik Seberang Perai</b> 2014| Kenangan Berharga <b>...</b> - Politeknik Seberang Perai


Konvokesyen <b>Politeknik Seberang Perai</b> 2014| Kenangan Berharga <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2014 01:18 PM PDT

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, selesai sudah Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014 kali ke14 yang diadakan pada 13,14 dan 15 September 2014 (Sabtu, Ahad dan Isnin) baru-baru ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsungnya majlis konvokesyen yang gilang-gemilang ini seperti pameran, gerai jualan, demostasi, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web Politeknik Seberang Perai. 

Seperti biasa, saya ditugaskan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Penghulur Sijil. Antara tugas kami adalah menyussun dan menyerahkan sijil kepada VVIP yang akan menghulurkan sijil kepada graduan. Jadi, kami terpaksa berada di atas pentas semasa penganugerahan dan penyerahan sijil kepada graduan-graduan sejak awal pagi sehinggalah tamat upacara tersebut.


Secara peribadi, konvokesyen kali lebih meriah berbanding tahun-tahun lalu kerana pelajar yang bukan setakat mengajar, malahan mereka berada di bawah penjagaan saya sendiri. Saya merupakan pensyarah akademik pelajar BTK (Diploma Teknologi Elektrik Komputer) yang mula menjejakkan kaki ke Politeknik Seberang Perai pada sesi Disember 2011. 

Sedikit kisah saya dan mereka...

Pada awalnya memang ramai yang mendaftar sebagai pelajar dengan penuh semangat. Namun, lama-lama kelamaan bilangan semakin berkurang sehinggalah ke semester akhir. Keadaan sebegini memang lumrah bagi pelajar-pelajar di politeknik dan kerana masing-masing berhak memilih laluan tersendiri. Bahkan semasa saya belajar di Universiti juga keadaanya sama. Pada awal semester memang ramai dan semakin penghujung berlaku pengurangan. 

Bagi mereka yang telah konvo, saya ucapkan tahniah kerana walau apa pun yang berlaku sepanjang pembelajaran mereka di Politeknik Seberang Perai, tetapi mereka tetap sabar dan teguh meneruskan perjuangan mereka. Kenangan yang diperolehi memang sukar digambarkan tetapi ia adalah pengelaman yang berharga buat saya dan mereka.
Karenah mereka memang berbagai-bagai, namun begitu saya amat berpuas hati dengan komitmen yang mereka berikan kepada saya dan pensyarah lain sepanjang berada di Politeknik Seberang Perai ini.
Saya doakan mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. saya juga mohon maaf di atas kekurangan saya sebagai pensyarah dan penasihat akademik.

Kepada yang belum menamatkan pengajian, jangan putus asa. Teruskan usaha!!!

Koleksi Gambar Konvokesyen

Di bawah ini adalah koleksi gambar konvokesyen dan gambar kenangan untuk tatapan bersama.


Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Kenangan lalu

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bergaya depan kamera

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bersama pensyarah-pensyarah

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Jejaka pewaris  negara

Majlis Konvokesyen <b>Politeknik Seberang Perai</b> yang ke - Hatie <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2014 01:38 PM PDT

Assalamualaikum ^^

ini cerita hari ahad yang lepas 14 September 2014. adik aku finally berjaya menggengam segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Seberang Perai. teringat pulak konvokesyen aku yang 3 tahun lepas. time flies so fast lahh. rasa macam baru aku naik pentas ambil segulung ijazah. kali ni tengok adik aku pulak lah naik pentas ambil segulung diploma. Alhamdulillah

selalu kalau dia balik rumah weekend kan, mulalah dia membebel. dia cakap penat lah, subjek susah lah. tapi, at last, habis jugak study dia yang 3 tahun tu. berbaloi atas penat lelah selama ni kan. aku otak sains. dia otak kejuruteraan. mana ngam. memang aku tak boleh nak menolong sangat lah dengan assignment dia. boleh tolong kacau je la. maaf ye. hahaha! 

before majlis bermula.
di balik tabir gerai bunga bungaan.
sesi bergambar.
tengah keramaian lah nak bergambar pon.
aku terkesima dengan teddy bear gergasi belakang tu.
after 3 years, dapat jugak pegang lagi bunga macam ni.

" congrates dear on your convocation day. always remember that, wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine. good luck for the future. we are always beside you in every situation. "


0 Comment for "Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga ... - Politeknik Seberang Perai"