MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis

Posted: 16 Oct 2014 11:17 PM PDT

MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI <b>...</b> - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis


MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2014 01:18 PM PDT

Untuk makluman semua, Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha akan diadakan di Pusat Islam Luqman Al-Hakim PTSS seperti berikut:

Tarikh : 5 Oktober 2014/10 Zulhijjah 1435 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pusat Islam menyeru kepada semua staf dan warga PTSS yang tidak pulang bercuti supaya dapat bersama-sama hadir awal bagi menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidil Adha di Pusat Islam pada tarikh tersebut.

Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga dirahmati oleh Allah S.W.T

Sekian terima kasih.

iPRoPEx - <b>Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin</b>, <b>Perlis</b> - Blog <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2014 03:31 AM PDT

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Sultan Iskandar (ISI), akan menganjurkan program pertandingan di atas.

Program MyINOVASI2014 ini merupakan pertandingan panji mercu KPM bertujuan menguji kemahiran mahasiswa dalam membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar. Program pertandingan ini pertama kali diadakan pada tahun 2012 dan lebih dikenali sebagai MyINOVASI2012 telah disertai seramai 7,800 orang pelajar diseluruh Malaysia. Pada tahun ini sejumlah RM353,000.00 telah diperuntukkan sebagai geran hadiah kepada pemenang-pemenang MyINOVASI2014.

Peringkat awal pertandingan dikenali sebagai Peringkat Zon dimana penyertaan dan penilaian akan dilaksanakan melalui 6 zon pertandingan seperti berikut:

i. Zon Utara - IPT di negeri Perlis, Kedah, Perak

ii. Zon Sentral - IPT di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

iii. Zon Timur - IPT di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang

iv. Zon Selatan - IPT di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan

v. Zon Sabah - IPT di seluruh Sabah

vi. Zon Sarawak - IPT di seluruh Sarawak

Pemenang peringkat zon akan diberikan Geran Hadiah bernilai RM5,000.00 untuk membangunkan model inovasi yang dimenangi mereka sebelum meneruskan cabaran dalam Peringkat Nasional pada 8-9 Disember 2014.

Maklumat lanjut mengenai program MyInovasi2014 ini juga boleh dilayari di laman sesawang berikut: www.myinovasi.com.my

Justeru itu, jasabaik Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan kepada pensyarah, penyelaras, ketua unit dan pelajar-pelajar dari instituti pengajian Y.Bhg. Tan Sri /Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini.

Pendaftaran perlu dibuat secara atas talian yang telahpun dibuka mulai 10 Julai 2014.

Sebarang pertanyaan dikemukakan di emel rasmi pertandingan iaitu This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

0 Comment for "MAKLUMAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H DI ... - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis"