pensyarah politeknik mukah sarawak - BeriTa PaNaz! - Blogger - Politeknik Mukah Sarawak

pensyarah politeknik mukah sarawak - BeriTa PaNaz! - Blogger - Politeknik Mukah Sarawak


pensyarah politeknik mukah sarawak - BeriTa PaNaz! - Blogger - Politeknik Mukah Sarawak

Posted: 03 Oct 2014 03:13 PM PDT

pensyarah <b>politeknik mukah sarawak</b> - BeriTa PaNaz! - Blogger - Politeknik Mukah Sarawak


pensyarah <b>politeknik mukah sarawak</b> - BeriTa PaNaz! - Blogger

Posted: 28 Jun 2014 07:15 PM PDT

REMBAU – Seorang pensyarah di Politeknik Mukah, Sarawak maut apabila motosikal ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan air kordial, di Kilometer 225.3, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (arah selatan), dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, mangsa, Ahmad Fazli Mohd Khodri, 34, maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan perut terburai.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Putrajaya ke Merlimau, Melaka dan kini sedang cuti belajar bagi menyambung pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut pemandu lori, Mohd Ikhmal Sulaiman, 28, ketika kejadian dia baru sahaja memberhentikan lori yang dipandunya dari Kuala Lumpur ke Ayer Keroh di lorong kecemasan disebabkan tayar belakang sebelah kanan lori pecah.

"Belum sempat saya keluar untuk meletakkan kon kecemasan di belakang lori, lori saya bergegar dan terdengar dentuman kuat. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat seorang lelaki sudah terlentang di atas jalan raya.

"Saya menghampiri mangsa dan terus meminta bantuan apabila melihat mangsa sudah terdiam serta berada dalam keadaan mengerikan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC melanggar belakang sebelah kanan lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya, lapor Sinar Harian.

0 Comment for "pensyarah politeknik mukah sarawak - BeriTa PaNaz! - Blogger - Politeknik Mukah Sarawak"