<b>Politeknik</b> Hulu Terengganu - Blog <b>Politeknik Malaysia</b> - Blogger <b>...</b> - Politeknik Malaysia |
<b>Politeknik</b> Hulu Terengganu - Blog <b>Politeknik Malaysia</b> - Blogger <b>...</b> Posted: 07 Oct 2014 07:16 PM PDT JOHOR BAHRU - Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat. "Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini. Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM. Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar. Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester. "Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya. Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. - Bernama Senarai Politeknik Malaysia: 1. Politeknik Ungku Omar 2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah 4. Politeknik Kota Bharu 5. Politeknik Kuching Sarawak 6. Politeknik Port Dickson 7. Politeknik Kota Kinabalu 8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9. Politeknik Ibrahim Sultan 10. Politeknik Seberang Perai 11. Politeknik Melaka 12. Politeknik Kuala Terengganu 13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 14. Politeknik Merlimau 15. Politeknik Sultan Azlan Shah 16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 17. Politeknik Sultan Idris Shah 18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 19. Politeknik Muadzam Shah 20. Politeknik Mukah Sarawak 21. Politeknik Balik Pulau 22. Politeknik Jeli 23. Politeknik Nilai 24. Politeknik Banting 25. Politeknik Mersing 26. Politeknik Hulu Terengganu 27. Politeknik Sandakan 28. Politeknik Metro KL 29. Politeknik Metro Kuantan 30. POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU 31. Politeknik METrO Betong 32. Politeknik METrO Tasek Gelugor |
You are subscribed to email updates from politeknik di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 Comment for "Politeknik Hulu Terengganu - Blog Politeknik Malaysia - Blogger ... - Politeknik Malaysia"