UCAPAN PENGARAH - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

UCAPAN PENGARAH - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah


UCAPAN PENGARAH - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 26 Oct 2014 09:14 AM PDT

UCAPAN PENGARAH

Posted: 05 May 2013 07:56 PM PDT

Assalamualaikum Wbt & Salam 1 Malaysia,

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke portal PTSB.

Pada masa kini, wadah teknologi maklumat adalah merupakan medan penyampaian informasi terkini yang lebih berkesan dan cepat. Justeru itu, PTSB sentiasa berusaha untuk mengaplikasikan ruang laman ini bagi membina jaringan komunikasi secara lebih meluas dengan pihak luar. Adalah diharapkan laman ini dapat diakses semudah mungkin oleh semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting berkaitan PTSB boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

PTSB juga mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama dan berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Trasformasi Negara khususnya dalam menerajui Technical Vocational Education And Training (TVET).

Akhir kata, saya percaya setiap warga PTSB sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya kecemerlangan PTSB terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin

Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

INSTRUMENT RATING LECTURERS BY STUDENT JUNE 2014 SESSION

Posted: 26 Oct 2014 12:25 AM PDT

Notification to all students PTSB, you MUST make an assessment of all the lecturers who taught you at the session in June 2014. The assessment starts October 20 until November 23, 2014.

GREEN CARD CIDB LATIHAN INDUSTRI SESI DIS 2014

Posted: 26 Oct 2014 12:10 AM PDT

Adalah dimaklumkan bahawa 'Green Card CIDB' pelajar latihan industri sesi Dis 2014 telah siap dan berada di Unit Perhubungan dan Latihan Industri ( UPLI ), PTSB.

Kad tersebut boleh diambil di UPLI bermula esok ( 27 Oktober 2014 - 9.00 pagi ).

JADUAL PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2014

Posted: 26 Oct 2014 12:04 AM PDT

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2013.

Berikut adalah merupakan Jadual Perlaksanaan Latihan Industri Pelajar Selepas Tamat Menjalani Latihan Industri di organisasi bagi sesi Jun 2014.

Keputusan Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2014 - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 25 Oct 2014 09:15 AM PDT

Keputusan Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2014

Posted: 24 Oct 2014 08:16 PM PDT

Keputusan permohonan ke Politeknik bagi kemasukan Sesi Disember 2014 telah diumumkan bermula 24 Oktober 2014. Borang online menerusi eRayuan juga telah dibuka bagi program yang masih ada kekosongan. Sila layari www.politeknik.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Portal Rasmi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - CIDOS ... - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Posted: 25 Oct 2014 01:15 AM PDT

Portal Rasmi <b>Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah</b> - CIDOS <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2014 09:18 PM PDT

PROGRAM 5K STREETWISE PTSB 2014

Posted: 13 Oct 2014 09:05 PM PDT

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan ( JSKK ) serta Unit Asrama akan mengadakan Program 5K Streetwise PTSB 2014.

Program 5K ini akan mengajar anda bagaimana mempertahankan diri, tidak kira umur, jantina, kekuatan atau tahap kecergasan anda.

Berikut butiran program tersebut:

Tarikh    : 15 Oktober 2014 ( Rabu )
Tempat  : Pusat Islam PTSB
Masa      : 8.00 Malam - 11.00 Malam
Jurulatih : Prof Abdul Razak Othman

Program ini adalah percuma dan kehadiran semua warga PTSB amatlah dialu-alukan.

KEMPEN DERMA ORGAN

Posted: 12 Oct 2014 09:24 PM PDT

Unit Perpustakaan PTSB dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Kulim akan mengadakan Kempen Kesedaran Menderma Organ kepada ketetapan berikut:

Tarikh   : 14 Oktober 2014 ( Selasa )
Masa     : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ruang Utama, Pusat Sumber & Perpustakaan PTSB

0 Comment for "UCAPAN PENGARAH - Polytechnic Tuanku Sultanah Bahiyah"