KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR ) - Politeknik Port Dickson

KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR ) - Politeknik Port Dickson


KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR ) - Politeknik Port Dickson

Posted: 11 Nov 2014 08:11 PM PST

KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR ) - Politeknik Port Dickson


KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR )

Posted: 09 Nov 2014 06:15 PM PST

Makluman kepada pelajar Politeknik Port Dickson, senarai nama pelajar perempuan yang berjaya dalam permohonan kamsis telah dikeluarkan. Sila klik pada pautan di bawah:                                                             

KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS (SENIOR)

Bagi pelajar perempuan yang berjaya sila mendaftar pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 November 2014 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi hingga 11 Pagi
Tempat : Pejabat Kamsis

*Pelajar yang lewat tidak akan dilayan.
*Pelajar tidak dibenarkan bermalam di luar (29 dan 30 November 2014) kerana mempunyai aktiviti asrama pada hari tersebut. Pelajar yang ingkar akan diambil tindakan.

Pelajar yang BERJAYA diminta bawa bersama Bukti Pembayaran Yuran Asrama dan Bayaran Pendaftaran:
Bagi tatacara bayaran sila rujuk Tatacara Pembayaran Yuran Pelajar Senior.

1. Pelajar yang tidak tersenarai adalah TIDAK BERJAYA.
2. Pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan dan dihantar ke Pejabat   Pengurusan Kamsis.

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM SECARA "WALK-IN"

Posted: 06 Nov 2014 07:36 PM PST

Banner Iklan

Sukacita dimaklumkan, pihak Politeknik Port Dickson ingin mempelawa pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson seperti berikut:

1. Diploma Kejuruteraan Elektrik ( Tenaga Hijau)
2. Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komputer)
3. Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi)
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Pembuatan)
6. Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Program diatas adalah seperti berikut:
   1. Warganegara Malaysia
   2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
       o Lulus Bahasa Melayu
       o Lulus Bahasa Inggeris
       o Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran berikut termasuk;
        Matematik atau Matematik Tambahan
        SATU (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
        SATU (1) mata pelajaran lain

- Pelajar boleh muat turun borang pada pautan berikut : Borang Permohonan Kemasukan Lepasan SPM
- Sila lengkap borang permohonan dan kembalikan ke pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik Port Dickson
- Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 28 November 2014 sebelum jam 4 petang.

Muat Turun Iklan Permohonan Kemasukan Lepasan SPM (Ambilan Terus)

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

JAWATAN KOSONG AIR LIQUIDE MALAYSIA SDN BHD

Posted: 06 Nov 2014 12:19 AM PST

Air LiquideMakluman kepada lulusan dan pelajar semester akhir. Kepada mereka yang berminat dengan jawatan kosong yang ditawarkan oleh AIR LIQUIDE MALAYSIA Sdn Bhd, sila membuat permohonan lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan sebagainya ke alamat seperti dalam lampiran.

Resume boleh dihantar melalui email ke hr.alm@airliquide.com atau menghubungi Pui Yin di 03-79475688. Laman web: http://www.my.airliquide.com/

Maklumat Lanjut: AIR LIQUIDE MALAYSIA Sdn Bhd

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

Posted: 05 Nov 2014 08:40 PM PST

PTPTN

Makluman. Pelajar baru sesi Disember 2014 yang ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN sila rujuk maklumat seperti berikut. 

Pelajar yang ingin memohon dikehendaki :

  • Beli No.Pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 5.00 sahaja.
  • Buka Akaun SSPN (Boleh dibuat di Bank Islam / Maybank)
  • Buka Akaun Simpanan di Bank Islam
  • Mohon secara On-Line melalui www.ptptn.gov.my
  • Sila ingat kata laluan

Tarikh tutup permohonan :

Kelompok 1 : 30 November 2014 

Kelompok 2 : 30 Disember 2014

Pelajar dikehendaki memohon secara On-Line www.ptptn.gov.my
Maklumat lanjut mengenai Pinjaman PTPTN.

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

JADUAL PROSES PENDAFTARAN TAMAT DAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2014

Posted: 28 Oct 2014 11:02 PM PDT

TAMAT LI

Dimaklumkan bahawa tarikh daftar tamat LI sesi Jun 2014 seperti berikut:-

Tarikh :  11 November 2014
Masa :  9 Pagi
Tempat :  JKE di Dewan Kuliah 6  JKA di Dewan Kuliah 5
  :  JKM di Dewan Kuliah 4  JP di Blok A14

Muat Turun Jadual Penilaian:  JKA | JKE | JKM | JP (Kemaskini 29 November 2014)

  • Sila berhubung dengan pensyarah masing-masing. Pelajar perlu membawa Appendix 4 & Appendix 5 serta komputer riba ketika pembentangan.
  • Kemudahan penginapan di kamsis PPD disediakan bermula 10 November 2014 dengan bayaran RM10 utk tempoh 10 hingga 14 November 2014.
  • Pelajar boleh terus membuat permohonan di Pejabat Kamsis Politeknik Port Dickson pada waktu pejabat (8.00am – 5.00pm sahaja).
  • Penginapan pelajar di Kamsis Politeknik Port Dickson adalah tertakluk kepada peraturan kamsis dan peraturan yang berkuatkuasa.

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

JAWATAN KOSONG JALUR CAHAYA SDN BHD

Posted: 28 Oct 2014 10:04 PM PDT

Jalur CahayaMakluman. Kepada semua pelajar semester akhir yang berminat untuk bekerja di Jalur Cahaya Sdn Bhd bolehlah merujuk kepada maklumat seperti berikut.

Muat Turun Maklumat Lanjut

Kalendar Aktiviti Politeknik Port Dickson

0 Comment for "KEPUTUSAN PELAJAR PEREMPUAN BERJAYA KAMSIS SESI DISEMBER 2014 ( SENIOR ) - Politeknik Port Dickson"