POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014 - Portal Rasmi Politeknik Melaka

POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014 - Portal Rasmi Politeknik Melaka


POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014 - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 15 Jan 2015 01:40 AM PST

POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014 - Portal Rasmi Politeknik Melaka


POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014

Posted: 13 Jan 2015 07:23 PM PST

sumber: Rahim bin Ishak

IPOH, PERAK, 19 Disember 2014 – Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka(PMK) telah menyertai pertandingan"International Build and Break Competition 2014" yang diadakan pada 17 & 18 Disember 2014 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Sebanyak 3 pasukan dari PMK telah menyertai pertandingan tersebut yang merangkumi 16 buah IPTA & IPTS  di dalam dan di luar negara. Antara IPT yang terlibat adalah 3 buah dari universiti tempatan iaitu Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR), Universiti Sains Malaysia(USM), IPT dari luar negara iaitu Politeknik Negeri Jakarta(PNJ) dan  12 buah politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia. Bagi Kategori Kekuatan, kumpulan dari PMK iaitu PMK1 telah mendapat tempat ke 6 dengan memperolehi skor sebanyak 292.79, kumpulan PMK2 mendapat tempat ke 7 dengan memperolehi skor sebanyak 291.53 dan kumpulan PMK3 mendapat tempat ke 20 dengan memperolehi skor 221.11 daripada 51 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.

Objektif utama pertandingan ini adalah menggalakkan pelajar supaya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah dan semangat bekerja dalam pasukan. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini perlu membina model dalam tempoh selama 4 jam berdasarkan kepada spesifikasi yang ditetapkan. Bahan-bahan pertandingan seperti kayu balsa, gam, pisau, gunting dan benang disediakan oleh pihak penganjur. Peserta juga tidak dibenarkan membawa bahan-bahan lain untuk dibawa masuk ke dalam pertandingan. Selain daripada itu, setiap pasukan diminta untuk menyediakan poster untuk dipamerkan sepanjang pertandingan itu berlangsung. Pengujian ke atas model jambatan dijalankan sehingga model jambatan tersebut gagal.

PMK telah menghantar 3 pasukan yang dikenali sebagai PMK1, PMK2 dan PMK3. PMK1 terdiri daripada Fadzren Iqbal Bin Nazri, Hasan Bin Ismail, Tam Kai Loong dan Nurul Shazwani Binti Razali. PMK2 pula terdiri daripada Muhammad Syukry Bin Sukardy, Mohd Zaimie Bin Mashuri, Afiqah Amirah Binti Abd Rahim, Muhammad Ishanizan Bin Ishak    manakala PMK3 terdiri daripada Nik Mohd Shahmer Bin Nik Rani, Rezuwan Bin Mohamad Yusof, Farah Sahlizah Binti Sawoh Hamid dan Nurul Farah Ajeerah Binti Ramli. Dua orang pensyarah fasilitator yang terdiri daripada En.Rahim Bin Ishak dan Pn.Radziah Binti Abd Rahman yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam.

Tahniah kepada setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pihak Pengurusan PMK atas sokongan yang telah diberikan dalam pertandingan ini. Semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan dorongan dan galakan kepada para pelajar untuk lebih berjaya untuk setiap pertandingan yang disertai dimasa akan datang.

MELAKA UNITED (MU) LAYAK KE LIGA FUTSAL KEBANGSAAN

Posted: 07 Jan 2015 12:27 AM PST

Portal rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Development Corporation Maklum Balas pelanggan Politeknik Melaka Jawatankuasa laman portal PMK

Sebarang pertanyaan terus kepada administrator Sebarang pertanyaan emelkan kepada : webmaster [@]polimelaka.edu.my. Untuk mendapatkan paparan terbaik, sila gunakan resolusi 1024 x 768 dan Mozilla, Google Chrome dan ke atas.

Wikipedia Politeknik Melaka Laman Youtube Rasmi Politeknik Melaka face book POliteknik Melaka Laman Politeknik Melaka melalui mobile coderss

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Peta Laman

Politeknik Melaka, No 2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim , 75250, Melaka. Tel:06-3376000  Faks: 06-3376007
Copyright © Politeknik Melaka 2012 - 2014

0 Comment for "POLITEKNIK MELAKA CEMERLANG DALAM INTERNATIONAL BUILD AND BREAK COMPETITION 2014 - Portal Rasmi Politeknik Melaka"