CESAC CERIA DI MESRA RERAMA - Portal Rasmi Politeknik Melaka

CESAC CERIA DI MESRA RERAMA - Portal Rasmi Politeknik Melaka


CESAC CERIA DI MESRA RERAMA - Portal Rasmi Politeknik Melaka

Posted: 12 Mar 2015 01:52 AM PDT

CESAC CERIA DI MESRA RERAMA - Portal Rasmi Politeknik Melaka


CESAC CERIA DI MESRA RERAMA

Posted: 11 Mar 2015 01:20 AM PDT

Sumber: Siti Salbiah Binti Shariff

10.3.2015, Melaka - Civil Engineering Students Affairs Club (CESAC) Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Melaka (PMK) sekali lagi telah berjaya melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR). CSR pada kali ini telah berlangsung di Program Pendidikan Khas Integrasi (P),Sekolah Kebangsaan Bukit China (SKBC), Melaka pada 10 mac 2015, Selasa bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Program ini disokong oleh bahagian sukarelawan dan unit kaunseling dan kerjaya Politeknik Melaka yang diketua oleh Puan Zainorita sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan sokongan mental dan fizikal dalam menjalankan aktiviti harian.


Ianya melibatkan 31 orang pelajar CESAC dan 4 orang pensyarah pengiring termasuk Pegawai kesukarelawanan Politeknik Melaka, iaitu Puan Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff. Menurut beliau program seumpama ini wajar diteruskan demi membantu kelestarian kehidupan anak-anak khas ini dalam menjalankan aktiviti harian.

Program dinamakan "Mesra Rerama" kerana ianya bertujuan untuk beramah mesra dengan warga pendidikan khas SKBC yang mempunyai 34 orang pelajar khas pelbagai kategori Orang Kelainan Upaya (OKU). Semua pelajar khas ini diraikan berumur dari 5-14 tahun. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian program, antaranya ialah sesi jom sayangi diri, muzikal dunia ku dan majlis sambutan ulangtahun kelahiran bagi bulan Mac 2015. Kegembiraan tergambar diwajah semua peserta program, iaitu warga CESAC dan pendidikan khas SKBC. Menurut Puan Siti Aisyah selaku Guru Penolong Kanan (GPK) pendidikan khas, walaupun pelajar ini ada yang tidak mampu berkomunikasi dengan sempurna, tetapi percayalah mereka faham dan mendalami semua perihal yang berlaku di sekeliling mereka. Sehubungan dengan itu, bantulah anak-anak khas ini menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa.


Banyak nilai kemanusiaan dan insaniah yang boleh berjaya diterapkan kedalam jiwa pelajar CESAC dan staf PMK yang hadir. Pelajar OKU ini adalah ahli syurga seumpama kain putih yang tidak bercorak, suci dan murni. Mereka tiada perasaan untuk menikmati kehidupan seperti biasa. Oleh itu Sebagai manusia normal yang sihat fizikal dan mental adalah wajar untuk kita membantu golongan kelainan upaya (OKU) dengan keikhlasan yang tinggi tanpa meminta balasan.


0 Comment for "CESAC CERIA DI MESRA RERAMA - Portal Rasmi Politeknik Melaka"