Jabatan Pendidikan <b>Politeknik Malaysia</b> kini diletak <b>di</b> bawah KPT <b>...</b> Posted: 12 Aug 2015 03:23 PM PDT KUCHING: Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia kini diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar Shahbudin Man. Menurutnya walau di mana sekalipun Jabatan Pendidikan Politeknik bernaung, visinya tetap sama iaitu sebagai penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015. "Ekoran rombakan kabinet pada 28 Julai lepas, Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia yang dahulunya bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekarang diletakkan pula di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan ia merupakan pengiktirafan kepada seluruh politeknik di negara ini dan sejajar dengan program-program pengajian yang ditawarkan," katanya. Tambahnya, sekiranya dahulu terdapat masyarakat kurang yakin dengan kemampuan politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti namun pada masa kini persepsi sedemikian sudah beransur-ansur berkurangan. Jelasnya lagi, pelaksanaan dua pendekatan jangka panjang diperkenalkan KPM telah berjaya melonjak dan menempatkan nama politeknik sebaris dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan latihan TVET hingga ke peringkat diploma. "Pertama, transformasi politeknik yang telah dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada 25 Februari 2010. "Kedua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April 2015. "Agenda utama program transformasi politeknik adalah penonjolan imej baharu politeknik mengikut kemampuan, sementara PPPM (PT) pula merupakan kesinambungan daraipada program transformasi tersebut melalui langkah pemerkasaan secara menyeluruh selari dengan trend pasaran buruh tempatan dan juga global," katanya pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) di sini, semalam. Tambahnya yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia Datuk Mohlis Jafaar, fasa satu dan fasa dua transformasi institusi tersebut memfokuskan kepada penjenamaan semula dan peningkatan kualiti serta melibatkan penstrukturan semula di semua peringkat. "Sama ada di jabatan atau politeknik yang merangkumi program pengajian, struktur, kualiti dan tadbir urus, ia telah membawa lonjakan yang amat memberangsangkan," katanya. Ujarnya lagi, pada tahun pelancaran Transformasi Politeknik (2010) sebanyak tiga politeknik terlibat iaitu Politeknik Ungku Omar Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan Johor. "Dengan kenaikan taraf tersebut, maka kelayakan masuk ke tiga politeknik tersebut sama dengan kelayakan masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). "Perubahan taraf juga membolehkan politeknik tersebut menawarkan program pengajian ke peringkat diploma lanjutan. "Kejayaan dan kemampuan ketiga-tiga politeknik premier tersebut semakin menyerlah apabila ketiga-tiganya mula menawarkan program pengajian dalam bidang tertentu mengikut kemampuan masing-masing hingga ke peringkat sarjana muda mulai ambilan September 2013," jelasnya. Selain tiga politeknik premier tersebut, Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan juga akan menawarkan program pengajian berkembar peringkat sarjana muda dengan Universiti Sains Malaysia (USM) mulai sesi September akan datang. Daripada aspek pengiktirafan serantau pula, tujuh politeknik telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Suruhanjaya Pensijilan dan Akreditasi Asia Pasiafik (APAAC), sebuah badan kreditasi di bawah 'Colombo Plan Staff College For Technician Education' yang berpangkalan di Manila sejak 2014. "Politeknik tersebut ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Seberang Prai, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Dengan pemerkasaan peranan dan kualiti program pengajian dengan pengolahan semula kurikulum dengan berorientasikan kehendak semasa pihak industri di samping langkah mempergiatkan lagi kolaboratif dengan sektor tersebut, "Politeknik diyakini mampu menjadi penjana utama tenaga kerja yang memiliki pelbagai kemahiran iaitu dilengkapi degan kemahiran teknikal yang tinggi serta kemampuan untuk berkomunikasi dengan efektif dan berkeyakinan." Menyentuh mengenai bilangan graduan PKS, jelasnya terdapat seramai 21,739 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian sejak kali pertama diadakan pada 1993. Pada Majlis Konvokesyen Ke-23 ini jelasnya, seramai 896 graduan akan menerima skrol diploma masing-masing. "Daripada jumlah tersebut, seramai 268 dianugerahkan diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, 200 (Kejuruteraan Awam), 108 (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), 81 (Elektrik dan Elektronik), 76 (Petro Kimia), 95 (Perakaunan) dan 69 (Pengajian Perniagaan). "Ini bermakna 87.96 peratus daripada graduan yang dianugerahkan diploma adalah lulusan kejuruteraan manakala 12.04 peratus lagi adalah dalam bidang perniagaan," ujarnya. Daripada aspek bilangan graduan mengikut jantina pula, bilangannya hampir seimbang iaitu seramai 466 graduan lelaki dan 430 graduan wanita.  |
Alamat, Telefon & Laman Web <b>Politeknik di Malaysia</b> - Politeknik <b>...</b> Posted: 17 Aug 2015 03:12 PM PDT | Alamat, Telefon & Laman Web <b><b>Politeknik di Malaysia</b></b> Posted: 13 Aug 2015 03:05 PM PDT  Alamat, Telefon & Laman Web <b>Politeknik di Malaysia</b> – Posted: 18 Jun 2015 09:02 PM PDT  Politeknik Ungku Omar Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh Perak Tel: 05-5457656/7622 Web: http://www.puo.edu.my | Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu 25350 Kuantan Pahang Tel: 09-5655300 ext 343/342/341 Web: http://www.polisas.edu.my | Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Bandar Darulaman 06000 Jitra Kedah Tel: 04-9146100 Web: http://www.polimas.edu.my | Politeknik Kota Bharu Km. 24, Kok Lanas 16450 Ketereh Kelantan Tel: 09-7889126/344/641 Web: http://www.pkb.edu.my | Politeknik Kuching Sarawak Km. 22 Jalan Matang 93050 Kuching Sarawak Tel: 082-845596 sambungan 301 Web: http://www.poliku.edu.my | Politeknik Port Dickson Km. 14, Jalan Pantai 71050 Si Rusa Negeri Sembilan Tel: 06 – 662 2036 / 2014 / 2011 / 2016 / 6355 Web: http://www.polipd.edu.my | Politeknik Kota Kinabalu Jalan Politeknik 88450 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-499980 ext 116 / 088-499960 Web: http://www.polikk.edu.my | Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam Selangor Tel: 03-51634000 Web: http://www.psa.edu.my | Politeknik Ibrahim Sultan Km. 10, Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang Johor Tel: 07-261 2060 / 1070 Web: http://www.pis.edu.my | Politeknik Seberang Perai Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang Tel: 04-5383322 sambungan 5110 Web: http://www.psp.edu.my | Politeknik Melaka No. 2, Jalan Ppm 10, Plaza Pandan Malim 75250 Melaka Tel: 06-3376118 Web: http://www.polimelaka.edu.my | Politeknik Kuala Terengganu Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09-6204100 samb. 222 Web: http://www.pkt.edu.my | Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Km. 8, Jalan Paka 23000 Dungun Terengganu Tel: 09-8400800 ext 0897/0900 Web: http://www.psmza.edu.my | Politeknik Merlimau Kb 1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau Melaka Tel: 06-2636687 sambungan 2063 Web: http://www.pmm.edu.my | Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen 35950 Behrang Perak Tel: 05-4544431 sambungan 4109 Web: http://www.psas.edu.my | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim Kedah Tel: 04-4033333 sambungan 2023/1209 Web: http://www.ptsb.edu.my | Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Lang 45100 Sungai Air Tawar Selangor Darul Ehsan Tel: 03-32806255 / 6256 / 6257 Web: http://www.psis.edu.my | Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis. Tel: 04-9886202 Web: http://www.ptss.edu.my | Politeknik Muadzam Shah Lebuhraya Tun Abdul Razak 26700 Muadzam Shah Pahang Tel: 09-4502007 Web: http://www.pms.edu.my | Politeknik Mukah Sarawak Km. 7.5, Jalan Oya 96400 Mukah Sarawak Tel: 084-874001 sambungan 8015 / 8008 Web: http://www.pmu.edu.my | Politeknik Balik Pulau Pinang Nirai Mukim 6 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Tel: 04-8689000 Web: http://www.pbu.edu.my | Politeknik Jeli Jalan Raya Timur – Barat 17600 Jeli Kelantan Tel: 09-9443600 Web: http://www.pjk.edu.my | Politeknik Nilai Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Bandar Enstek Negeri Sembilan Tel: 06-7980408/441 Web: http://www.polinilai.edu.my | Politeknik Banting Persiaran Ilmu, Jln Sultan Abdul Samad 42700 Banting Selangor Tel: 03-31201625 ext 122 /03-31201649 ext 122 Web: http://www.polibanting.edu.my | Politeknik Mersing Jalan Nitar 86800 Mersing Johor Tel: 07-7980001 Web: http://www.pmj.edu.my | Politeknik Hulu Terengganu 21700 Kuala Berang Terengganu Tel: 09-6825555 Web: http://www.pht.edu.my | Politeknik Sandakan Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang 90000 Sandakan Sabah Tel: 089-228351 Web: http://www.pss.edu.my | Politeknik Metro Kuala Lumpur No.2-14, Jalan Setiawangsa 10,taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Tel: 03-42514631 Web: http://www.pmkl.edu.my | Politeknik Metro Kuantan A-5, Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11, 25000 Kuantan Pahang Tel: 09-5659000 Web: http://www.pmku.edu.my | Politeknik Metro Johor Bahru Jln Suria 19, Taman Putera 81100 Johor Bahru Johor Tel: 07-3358851/52 Web: http://www.pmjb.edu.my | Politeknik Metro Betong 1-12 Phase 2 Betong New Township Jalan Baru Betong, Betong Sarawak Tel: 083-472676 | Politeknik Metro Tasek Gelugor D/A Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh Pulau Pinang | Senarai <b>Politeknik</b> Konvensional / METrO <b>di Malaysia</b> - Bumi Gemilang Posted: 16 May 2015 09:51 PM PDT . . Senarai Politeknik Konvensional / METrO di Malaysia Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang | Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah | Politeknik Kota Bharu, Kelantan | Politeknik Kuching, Sarawak | Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan | Politeknik Kota Kinabalu, Menggatal, Sabah | Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang | Politeknik Melaka, Melaka | Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu | Politeknik Merlimau, Melaka | Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah | Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor | Politeknik Muadzam Shah, Pahang | Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang | Politeknik Jeli, Kelantan | Politeknik Mukah, Sarawak | Politeknik Nilai, Negeri Sembilan | Politeknik Banting, Selangor | Politeknik Mersing, Johor | Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu | Politeknik Sandakan Sabah | Politeknik Metro Kuala Lumpur, Kuala Lumpur | Politeknik Metro Kuantan, Pahang | Politeknik Metro Johor Bahru, Johor | Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis | Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu |
. Terima Kasih kerana membaca post ini. Sila baca Post-Post mengikut SUBJEK dan KATEGORI . . . .  | Debat Ala Parlimen <b>Malaysia di Politeknik</b> Kuantan, Pahang Posted: 02 Aug 2015 09:40 PM PDT | Perbezaan <b>Politeknik</b> Premier, Konvensional Dan METrO | Panduan <b>...</b> Posted: 19 Aug 2014 08:33 PM PDT Perbezaan Di antara Politeknik Premier, Konvensional Dan METrO. Perpindahan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian telah melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik. Perkara ini menyaksikan perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal ini yang kini berjumlah 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh negara. Sebenarnya terdapat 3 jenis Politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini! Ketiga-tiga Politeknik ini mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan yang sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.
Berikut disertakan perbezaan di antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO untuk panduan semua. Politeknik Premier Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Penubuhan Politeknik Premier itu penting bagi memastikan kelestarian penghasilan modal insan negara. Sudah semestinya, Politeknik Premier itu membawa impak langsung kepada keseluruhan sistem pendidikan dan latihan di politeknik dari beberapa sudut. Antaranya, ia akan melonjakkan imej politeknik sebagai sebuah institusi yang dinamik, responsif dan seiring dengan kehendak persekitaran. Ia juga akan mewujudkan keanjalan dalam pelaksanaan dan pengendalian tadbir urus bagi menjadikan institusi politeknik sebagai sebuah institusi yang mesra pelanggan. Di samping itu, ia juga akan memberi tumpuan kepada penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi serta aktiviti penyelidikan yang boleh memberikan impak besar kepada pembangunan institusi dan industri. Terkini, tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa. Senarai Lokasi Politeknik Premier 1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) 2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA) 3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
Politeknik Konvensional Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM yang antara lain menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online. Senarai Lokasi Politeknik Konvensional 1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang 2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah 3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan 4. Politeknik Kuching, Sarawak 5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan 6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah 7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang 8. Politeknik Kota, Melaka 9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu 10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu 11. Politeknik Merlimau, Melaka 12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah 13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak 14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor 15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis 16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang 17. Politeknik Mukah, Sarawak 18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang 19. Politeknik Jeli, Kelantan 20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan 21. Politeknik Banting, Selangor 22. Politeknik Mersing, Johor 23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu 24. Politeknik Sandakan, Sabah
Politeknik METrO Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional. Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat. Senarai Lokasi Politeknik METrO 1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) 2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU) 3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) 4. Politeknik METrO Betong (PMB) 5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
 | Senarai IPTA Dan <b>Politeknik</b> Premier <b>Di</b> Bawah Permohonan <b>...</b> Posted: 25 Nov 2014 01:00 AM PST Senarai IPTA Dan Politeknik Premier Di Bawah Permohonan Kemasukan UPU | Berikut adalah senarai IPTA dan Politeknik Premier di mana permohonan kemasukan adalah diselaraskan oleh UPU. IPTA ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terdiri daripada 20 buah IPTA seperti berikut :- 1) Universiti Malaya (UM)2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)3) Universiti Putra Malaysia (UPM)4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)5) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)6) Universiti Teknologi MARA (UiTM)7) Universiti Utara Malaysia (UUM)8) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)9) Universiti Malaysia Sabah (UMS)10) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)11) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)12) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)13) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)14) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)15) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)16) Universiti Malaysia Pahang (UMP)17) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)18) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)19) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)20) Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri 20 IPTA ini ada menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau lebih dikenali dengan nama UPU (Unit Pusat Universiti). Untuk Politeknik Premier pula, bermula tahun 2012, BPKP JPT @ UPU bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke Politeknik Premier bagi pemohon Lepasan SPM/Setaraf untuk mengikuti program pengajian di peringkat Diploma yang melibatkan tiga (3) buah Politeknik seperti berikut :- 1) Politeknik Ungku Omar (PUO)2) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)3) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) SUMBER - UPU  | Senarai <b>Politeknik</b> Premier <b>Di Malaysia</b> - MUSADUN.COM Posted: 17 Jun 2015 10:46 AM PDT Politeknik melahirkan graduanyang berdaya saing khususnya dalam bidang kemahiran. Terdapat dua jenis politeknik di Malaysia iaitu politeknik Metro dan Politeknik premier.
Berikut merupakan senarai Politeknik Premier di Malaysia.
 1.Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak 2.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 3.Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah 4.Politeknik Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan 5.Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, Sarawak 6.Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan 7.Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah 8.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 9.Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor 10.Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang 11.Politeknik Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka 12.Politeknik Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu 13.Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu 14.Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka 15.Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak 16.Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah 17.Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Selangor 18.Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis 19.Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah, Pahang 20.Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak 21.Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22.Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan 23.Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan 24.Politeknik Banting, Banting, Selangor 25.Politeknik Mersing, Mersing, Johor 26.Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu 27.Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah  |
|
|
0 Comment for "Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia kini diletak di bawah KPT ... - Politeknik Malaysia"