Kempen Derma Darah Di Politeknik Seberang Perai Esok - Politeknik Seberang Perai

Kempen Derma Darah Di Politeknik Seberang Perai Esok - Politeknik Seberang Perai


Kempen Derma Darah Di Politeknik Seberang Perai Esok - Politeknik Seberang Perai

Posted: 15 Aug 2015 11:09 AM PDT

Kempen Derma Darah Di <b>Politeknik Seberang Perai</b> Esok - Politeknik Seberang Perai


Kempen Derma Darah Di <b>Politeknik Seberang Perai</b> Esok

Posted: 10 Aug 2015 09:58 PM PDT

GEORGE TOWN Politeknik Seberang Perai (PSP) mengadakan Kempen Derma Darah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan bulan kemerdekaan di Dewan Seri Mutiara PSP esok dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kempen derma darah bertemakan Darah Satria itu adalah anjuran Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama iM4U dan sukarelawan politeknik yang diadakan secara serentak di seluruh politeknik Malaysia.

Pengarah PSP Zulkifli Ariffin berkata program itu turut mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang yang membekalkan peralatan derma darah dan petugas terlibat.

Program ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat tahunan PSP yang diadakan setiap tahun dan kali ini diadakan di bulan kemerdekaan dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini juga terbuka kepada semua masyarakat dan organisasi di sekitar Permatang Pauh dan Bukit Mertajam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kempen derma darah kali ini turut dimeriahkan dengan 15 buah kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang singgah di PSP untuk mengedarkan bendera dan melakukan aktiviti kenegaraan.

Menerusi program ini juga PSP dapat mempromosikan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di politeknik, katanya. BERNAMA

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 Comment for "Kempen Derma Darah Di Politeknik Seberang Perai Esok - Politeknik Seberang Perai"