Terma & Syarat Pertandingan
Objektif
Pertandingan melukis poster adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di PMS ini. selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam seni lukisan.Tambahan pula, pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Malaysia .
Peraturan umum
Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.
Tempoh masa pertandingan
Pertandingan Melukis Poster bermula dari 16 hingga 24 ogos 2015.
Terma&syarat
1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Lukisan mestilah menggunakan tangan.Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan computer tidak dibenarkan..
3. Peserta perlu menggunakan drawing block untuk melukis poster.
4. Peserta bebas menggunakan sebarang pewarna
5. Tajuk/kapsyen/penerangan boleh menggunakan bahasa Malaysia dan inggeris sahaja.
6. Poster mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
7. Lukisan poster mestilah hasil karya sendiri.
8. Poster perlu mengikut dan menyokong tema KEMERDEKAAN ke-58 #sehatisejiwa.
9. Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut:-
Nama :
No matrik:
No. kad pengenalan :
No. telefon
Jabatan:10. Anda boleh menghantar penyertaan kepada:-
- Hantar di Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (bawah Pejabat HEP)
- Hantar pada ahli Majlis Perwakilan Pelajar
11. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.12. Anda boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan masing-masing, Bilik Gerakan MPP atau memuat turun borang penyertaan disini (klik) Criteria permarkahan juri
1. Kreativiti 30%
2. Tema 10%
3. Teknik warna 10%
4. Aplikasi teknik melukis terbaik 15%
5. Kekemasan dan kebersihan poster 15%
6. Tajuk/kapsyen/penerangan yang menggunakan 10%
bahasa yang menarik
Hasil karya dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan .Tarikh akhir menghantar poster pada 24 ogos 2015 bersamaan hari isnin.
0 Comment for "Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: MAJLIS : Politeknik Muadzam Shah"