Terma & Syarat
Objektif
Pertandingan Video adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan. Dengan ini, pelajar Politeknik Muadzam Shah boleh bergiat aktif dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di PMS ini. Selain itu, mencungkil bakat pelajar dalam penghasilan video.Tambahan pula pelajar dapat menghayati kehangatan kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Malaysia .
Peraturan umum
Peserta perlu mengikut terma dan syarat pertandingan sepanjang masa pertandingan dan tidak boleh melanggarinya sehingga tamat pertandingan.Tindakan akan diambil jika peserta melanggar sebarang terma dan syarat.
Tempoh masa pertandingan
Pertandingan Video Kemerdekaan bermula dari 16 hingga 24 ogos 2015.
Terma&syarat
1. Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Muadzam Shah.
2. Video mestilah terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan cetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
3. Tempoh masa video mestilah 3 ke 5 minit.
4. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentasi, kisah pendek, iklan, montaj,lakonan,kartun bertemakan KEMERDEKAAN ke-58 #sehatisejiwa..
5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak..
6. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
7. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak. Keputusan Panel Juri adalah muktamad .Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
8. Video boleh dihantar dengan kaedah:-
- Dalam bentuk CD dan hantar kepada 019-9048715 (Fatimah), 013-3727260 (Hafizuddin)
- E-mail kan ke mpppms@gmail.com
9. Peserta perlu menghantar hasil karya dalam sampul surat bersama-sama lampiran borang peryertaan serta tuliskan di atas sampul surat tersebut
Nama :
No matrik:
No. kad pengenalan :
No. telefon
Jabatan:
10. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang hasil karya peserta untuk tujuan publisiti dan promosi.
11. Anda boleh dapatkan borang penyertaan di jabatan masing-masing, Bilik Gerakan MPP atau memuat turun borang penyertaan disini (klik) Criteria permarkahan juri
1. Kreativiti 30%
2. Tema 20%
3. Kualiti produksi 25%
4. Ketepatan format video 25%
Hasil karya dan borang penyertaan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan .Tarikh akhir menghantar poster pada 24 ogos 2015 bersamaan hari Isnin.
0 Comment for "Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: #SehatiSejiwa ... : Politeknik Muadzam Shah"