Perbezaan <b>Politeknik</b> Premier, Konvensional Dan METrO | Panduan <b>...</b> - Politeknik Malaysia |
Perbezaan <b>Politeknik</b> Premier, Konvensional Dan METrO | Panduan <b>...</b> Posted: 08 May 2015 05:06 PM PDT Perbezaan Di antara Politeknik Premier, Konvensional Dan METrO. Perpindahan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian telah melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik. Perkara ini menyaksikan perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal ini yang kini berjumlah 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh negara. Sebenarnya terdapat 3 jenis Politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini! Ketiga-tiga Politeknik ini mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan yang sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi. Politeknik Premier Terkini, tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa. Senarai Lokasi Politeknik Premier 1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) Senarai Lokasi Politeknik Konvensional 1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat. Senarai Lokasi Politeknik METrO 1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) |
You are subscribed to email updates from politeknik di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 Comment for "Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional Dan METrO | Panduan ... - Politeknik Malaysia"