Una Lily: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Una Lily: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Una Lily: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Posted: 13 Aug 2015 11:27 AM PDT

Una Lily: <b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b>, Dungun. - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin


Una Lily: <b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b>, Dungun.

Posted: 12 Jun 2015 11:43 AM PDT


Assalamualaikum.

Hari ni terajin sikit nak cerita tentang tempat aku menuntut ilmu. Tak sangka dah nak masuk semester akhir pun, sekejap je. Hakak dah senior dah semester depan, kalau jumpa tolong hormat sikit ekeke. Bila ingat balik masa dapat tawaran dulu, rasa berbelah bahagi tak tahu nak pergi ke tak sebab tak tahu jiwa ni boleh terima ke tak kos kejuruteraan, yelah sebelum ni perakaunan je dari sekolah sampai matrik. kahkah. Masa tu juga tengah tunggu keputusan temuduga nurse SPA, tarikh keputusan keluar sama pula dengan tarikh daftar dekat politeknik. Jalan terakhir, istikharah. hewhew. Menangis air mata darah okay sebab takut salah pilih, kikiki. Alhamdulillah dapat mimpi jalan dengan kawan-kawan dekat kawasan yang macam kelas dan tak pakai baju nurse pun, baju biasa. Terus bangun fikir balik, yakin dengan pilihan kali ini, politeknik. kahkah. Nampak tak dekat sini kalau nak buat keputusan jangan tergesa-gesa, doa minta pertolongan dengan Allah swt sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita pastu istikharah juga okay. Jangan nak pilih jodoh je istikharah. ekeke. 

Okay, dekat psmza ni ada empat kursus yang disediakan iaitu Dip. kejuruteraan Elektrik, Dip. kejuruteraan Mekanikal, Dip. kejuruteraan Awam dan Dip. Teknologi Maklumat (pengaturcaraan). Lepastu untuk kos elektrik dan mekanikal ada anak-anak dia pula. Untuk kos elektrik ada 3 kursus yang ditawarkan iaitu Elektrik dan Elektronik (DEE), Elektronik komunikasi (DEP) dan Elektronik komputer (DTK). Untuk kos mekanikal pula tak pasti ada berapa tapi banyak antaranya, Mekanikal Am (DKM), Mekanikal Automotif (DAD), Mekanikal Plastik (DMK), Mekatronik dan Mekanikal Teknologi Pembuatan (DTP), setakat itu je aku tahu pasal mekanikal sebab aku elektrik. hihi. Pelajar mekanikal paling ramai dekat poli aku tu, pelajar perempuan untuk kos mekanikal dan elektrik sikit je, dan untuk keseluruhan pelajar pun sama, pelajar perempuan tak ramai. 

Dari segi pembelajaran pula, segala nota adalah dalam bahasa inggeris dan belajar dalam kelas pula atas pensyarah tu sendiri nak mengajar dalam bahasa apa, tapi biasanya bahasa melayulah dan kebanyakan pensyarah dekat sini berasal dari Terengganu dan Kelantan jadi mereka guna bahasa melayu siap dengan loghat mereka lagi. Kalau pensyarah yang mengada sikit, mengajar dalam bahasa inggerislah. ekeke. Belajar dekat sini bagi aku tak susah sangat sebab setiap yang kita belajar, kita perlu buat eksperimen dalam makmal, jadi kau akan nampak apa yang kau belajar dan automatik faham. Bukan sekadar baca buku semata-mata. gittew. Lepastu kalau yang tak suka matematik tu takyah ambil kos mekanikal atau elektrik sebab subjek tu wajib untuk kos ni sampai semester 6, kawan aku yang tak suka matematik tu tiap sem merungut kenapa harus ada matematik dalam kos ni. kahkah. Padan muka. Kos kej. Awam pun belajar juga matematik tapi sampai semester 3 je, tapi semester lain walaupun takde matematik, tetap ada lagi subjek kira-kira lain. kiki. 

Disiplin dekat sini boleh tahan ketat juga lagi-lagi bab pemakaian. Kalau untuk lelaki, wajib pakai baju berkolar, tak kemeja pun takpe asalkan berkolar. Pastu seluar takleh jeans. Haram sama sekali dan seluar jenis poket tampal pun tak dibenarkan. Wajib pakai stokin dan kasut tak boleh yang menyerlah untuk lelaki, menyerlah tu aku maksudkan pada warna kasut contohnya merah yang terang. Kad matrix wajib pakai selalu setiap kali masuk kawasan poli, itu memanglah tapi paling takleh blah dah pakai pastu bahagian muka pelajar pada kad tu mesti kena terpapar dekat depan takleh berselindung kalau tak kena denda RM5. Cekik darah T_T Itu je kot untuk lelaki, kalau perempuan pula, tak boleh pakai seluar, boleh pakai baju kurung je dan juga segala jenis baju yang labuh dan matchkan dengan skirt hokay, Kalau nak pakai seluar pun, masa ada lab sahaja. Pakai dengan baju bengkel dan dekat dalam tu jangan tak pakai baju pulak kahkah. Kena pakai baju lengan panjang dan berkolar untuk perempuan dan lelaki kalau pakai baju bengkel dengan baju lengan pendek pun boleh tapi berkolar. Cerewet tak. kahkah. Pastu perempuan wajib pakai skaf yakni anak tudung, kain dalam dan stokin warna kulit okay. Jaga aurat. 

Kamsis satu bilik 2 orang. Tenang dan tak serabut. ihiks. Kawan I panggil khemsis, aww omputeh sangat. hewhew. Ada katil bujang, meja study yang ada drawer dan almari besar bersama 2 drawer besar. Lepastu kalau daftar awal dapatlah bilik bawah, kalau lewat, faham-faham jelah. Dahlah kamsis tu atas bukit, nak ke bilik tingkat bawah sekali pun naik bukit dulu, lepastu naik tangga baru sampai bilik. Jadi bayangkanlah aku dulu dapat tingkat 3, tiap hari turun naik bukit. Tu lah salah satu sebab aku tak duduk kamsis lagi dari semester 2 sampai sekarang. pheww. Sanggup berhabis duit bayar sewa. Dalam kamsis ada disediakan cyber cafe, lepastu ada juga Dobi, Murah je pun. Tapi aku basuh sendiri je dulu, tak kuasa aku nak naik turun tangga pergi dobi. kahkah. Dekat depan kamsis ada kafe, kalau lapar malam-malam bolehlah makan dekat situ ada masakan panas pastu aku dengar sekarang dah ada skrin besar, musim bola heavenlah para jejaka kahkah. Kalau duduk kamsis ni tak best sebab kalau keluar pergi bandar ke boleh sampai pukul 7 petang je, lambat sikit kenalah. Aku pernah kena dulu pergi KFC petang pastu otw balik tertinggal cheezy wedges laju-laju patah balik kahkah. Lambat 5 minit masuk poli terus kena tulis nama. Menyampah. Dah la puasa. sobs. 

Petang lepas kelas boleh bersukan jugak, sukan apa nak semua ada. Kot. haha. Lepastu kalau rajin boleh naik bukit bauk, jogging. Ramai orang dekat bukit bauk tu setiap pagi dan petang tapi kalau nak naik petang jangan lewat-lewat sangat, pastikan turun dari bukit bauk tu sebelum pukul 7 petang, nanti tak memasal ada yang ikut. ekeke. Pepaham jelah ek. Kalau rasa bukit bauk tu terlalu tinggi, naik jelah bukit PSMZA tu, best jugak. Dekat situ pun ada sungai, aku tengok budak lelaki suka mandi dekat situ, perempuan aku tak pernah tengok lagi. Lepastu istimewanya politeknik Dungun ni sebab setiap petang selasa ada pasar malam dalam kawasan politeknik ni. ahak. Seronoklah sebab makanan pasar malam murah, lagipun dia buat dalam poli je jadi sangat memudahkan pelajar, takdelah pelajar jadi bosan tiap hari makan makanan kafe je. Sekarang nak masuk bulan puasa kan, seronok jugak sebab setiap hari ada orang jual makanan dekat tapak pasar malam tu, aku panggil bazar poli. Jadi pelajar tak susah nak cari makanan dekat mana, dalam poli pun banyak. Dekat Dungun ni setiap hari Khamis ada pasar malam dekat bandar, pasar malam terbesar, seronok sangat sebab ada banyak pilihan makan yang murah dan sedap. ihiks. Lepastu depan poli ada Cool Blog baru buka bulan 4 hari tu, eh dalam poli pun ada juga jual air ala-ala Cool blog tapi nama kedai je lain. Sebijik sama. Yang lainnya, black pearl dia tak selembut black pearl cool blog. ekeke. 

Ni lah bukit PSMZA tu.

Kalau nak pergi bandar pula, naik jelah bas sekolah atau nama glamour dia 'van kunyit'. Van tu dah tunggu siap-siap dekat depan poli tu, naik jelah pastu cakap nak pergi mana. Tapi azab jugak kalau nak cepat sebab biasanya dia akan tunggu van tu penuh baru gerak. Kalau nak cepat, sewa je kereta depan poli tu. Ada 2 tempat boleh sewa kereta depan tu, satu yang pensyarah poli punya dan satu lagi makcik apa tah nama dia yang punya tapi kereta dia buruk sikit berbanding kereta pensyarah tu. Buruk tu maksudnya kotor, tak jaga. Kalau yang pensyarah tu bersih je. tehee. Kawan aku dulu selalu sewa kereta kalau keluar sebab nak cepat. Hari cuti macam Jumaat dengan Sabtu, biasanya pelajar poli ni pergi Mesra mall tengok wayang ke bowling ke. Typical hujung minggu budak poli Dungun. ekeke. Kalau kau pergi hari tu mesti ramai je budak poli yang kau nampak, lepas pergi Mesra mall, lepak pantai Kemasik duduk atas batu-batu kahkah sambil makan keropok lekor. Kalau rasa Kemasik tu jauh, pergi jelah bandar Dungun tu kahkah. Lepak Domino ke KFC ke hewhew. Dari memerap je dalam bilik kan. Selain tu, ada jugak sewa kereta pergi pantai UiTM, makan abc tepi pantai dan tak lupa juga cendol Abg As yang femes dekat Dungun. tehee. Eh, sekarang Dungun dah ada banana boat tau, Rm10 sekepala sekali naik, lokasi dekat bawah jambatan Seberang pintasan dekat terminal bas. Ramai budak poli pergi hari tu waktu study week semester lepas. Yang dah habis exam lah. Berbulu je aku tengok memasing upload gambar dengan video duduk atas banana boat tu dekat instagram. Aku dekat rumah sewa tu gigih serap ilmu nak jawab exam. pffft. 

Sebenarnya tak teruk pun belajar dekat politeknik ni. Ramai orang luar atau lebih tepat lagi ibu bapa yang beranggapan bahawa pelajar politeknik ni teruk. Ehem. Salah okay tanggapan tu. Ada jugak yang cakap, belajar poli je, kerja apa je nanti. Dia tak tahu ramai je budak politeknik berjaya, kerja luar negara, gaji besar. Rezeki orang kita tak tahu. Eh hari tu adalah satu kes buang bayi dekat Dungun, dekat surat khabar cakap yang buang bayi tu pelajar IPTA dekat Dungun. Lepastu ramai lah yang cakap budak politeknik punya kerja. Amboi, sedap mulut berbicara. Padahal pelajar dekat sini je tahu kisah sebenar, bukan budak politeknik pun buat semua tu. pffft. IPTA lain hokkayy. 

Harap semester depan, lebih baik dari semester sebelum ni. Amin.


<b>PSMZA</b> lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Sabah <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2015 11:34 AM PDT

DUNGUN: Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa gempa bumi di Sabah, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) semalam melancarkan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Sabah untuk sumbangan orang ramai menerusi kutipan derma.

Pengarah PSMZA, Mohd Pauzi Ibrahim berkata tabung yang dikendalikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) politeknik itu bertujuan membantu meringankan beban yang ditanggung masyarakat di Sabah.

"Insya-Allah, kita akan mengutip sumbangan daripada pelajar dan orang ramai untuk membantu mangsa gempa bumi di Sabah…sekurang-kurangnya sumbangan ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Bila kutipannya memuaskan, kita akan salurkan ke mana-mana saluran yang tepat untuk pengagihan sumbangan ini," katanya selepas melancarkan tabung itu di sini semalam.

Mohd Pauzi berkata, orang ramai yang berminat untuk menderma juga boleh ke PSMZA atau menghubungi pihak MPP politeknik berkenaan. — Bernama

Print Friendly

<b>Politeknik Sultan Mizan</b> Tangguh Pengajian Seminggu <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2014 11:10 PM PST

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun Terengganu.

DUNGUN – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini telah menangguh sesi pembelajaran dan pengajaran selama seminggu ekoran banjir.
Timbalan Pengarah Akademik PSMZA, Hassan Ismail berkata pelajar sepatutnya memulakan sesi pembelajaran pada 28 Dis lalu, tetapi ditangguhkan kepada 5 Jan kerana sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan banjir.

Beliau berkata, sebahagian kakitangan dan pensyarah PSMZA turut terkandas.

Pihak pengurusan politeknik berharap pelajar mengambil maklum perkara ini. – BERNAMA

Jawatan Kosong <b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b> (<b>PSMZA</b> <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2015 12:35 AM PST

Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015


Jawatan:
- Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta salinan kad pengenalan, sijil berkaitan dan resume lengkap bertanda PSH 2015 di sebelah kiri atas sampul surat kepada:

Bahagian Pentadbiran,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Km 08, Jalan Paka,
23000 Dungun.

Tarikh Tutup : 12 Feb 2015

Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015 4.5 5 MOHD. ADHA MOHD. ZAIN Khamis, 5 Februari 2015 Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015   Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015 Jawatan: - Peke...

Majlis Konvokesyen <b>Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin</b> Dungun

Posted: 15 Dec 2014 11:34 AM PST

BACKGROUND DETAIL                                         

Name                           :  Muhammad Rusdi Bin Mohd Hatar

I/C NO                        :  910706-11-****                                     

 Date of birth                : 6 July 1991

Place of birth                : Kuala Terengganu
Citizen                          : Malaysia        

Age                              :  22 years

Adress                         :  No 803  Jalan Negara, Batu Buruk             
Postcode                      :20400                                                             
 Town                           :Kuala Terengganu  

Phone NO                    :  014-9223947    

                                        09-6156731         

 Email                         : Die_255 @yahoo.com

                                                                                                                        

                                                                                                                                                                                                                      

CAREER OBJECTIVE

Buid career in various types of field that may improve my confidence level and  may give me a new experience.        

                                                                             

EDUCATIONAL BACKGROUND

2013-2016 : BACHELOR OF ENGINEERING TECNOLOGY IN            MECHANICAL(AUTOMOTIVE)

2009-2012    :DIPLOMA OF AUTOMOTIF ENGINEERING

                        -POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN.TERENGGANU

                          RESULT: 3.49

2008          :SPM

                   -SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN

                   RESULT:

BAHASA MELAYU

A1

ENGLISH

B4

SEJARAH

A1

MATHEMATICS

A2

PHYSIC

C5

BIOLOGY

C5

ENGLISH FOR SCIENCE TECNOLOGY

C5

PEDIDIKAN ISLAM

A1

ADDITONAL MATHEMATIC S

D7

CHEMISTRY

D7

2006   :PMR

              -SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BUDIMAN

             RESULT:

BAHASA MELAYU

B

ENGLISH

B

SEJARAH

A

GEOGRAFI

A

SCIENCE

A

PEDIDIKAN ISLAM

A

KEMAHIRAN HIDUP

A

MATHEMATICS

B

                                                                                                                       

                                        

CURRICULAR  INVOLVEMENT

·         2012  :  President of  Suruhanjaya Pilhan Raya (campus) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

·         2008  :President of  Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman

·         2008  :  President of  Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman

·         2008  :  President of  Kelab sains dan Kemasyarakatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman

  WORKS EXPERIENCE:

2010-2011:  Undergo Industry Training  at SM CAR WORKSHOP ,Kuala Terengganu

           *Period :   (28 November  2010-28 April 2011)

           * Work as : mechanic

           *Term of reference: -vehicle service

                                            -repair the trouble of vehicle engine

                                            -detect the certain vehicle problem

                                             -workshop management

Julai 2012 : Production operator at Delphi Electronic Packard

                  Doing production work

August 2013: Service Advisor at Mitsubishi Service Centre

                     -Customer service

                    -After sales service

                   -Explain about car services and maintainence

                                                                                                                

ABILITIES:

·         Able to speak fluently in Bahasa Melayu

·         Able to write, speak in English vey well

·         Able to use computer program (word,microsoft office)

·         Able to service several type of vehicle

·         Have experience in managing workshop

·         Able to work in group or individual

·         Able to comunicate with public very well

·         Able to work out of  this region

SKILL :

·         Self-motivated with driving ambition and intense will to succeed

·         Able to adapt and respond effectively to a dynamic working environment

ACHIEVEMENT :

·         Won a bronze medal at the polytechnic level students of innovation 2012

v

REFERENCES  :

·         Ahmad Sabri Md Daud

Academic Advisor at PSMZA

No tel: 014-9223947

                                                                                                                                         

0 Comment for "Una Lily: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin"