apakahsakai: sini POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG (PMS) : Politeknik Muadzam Shah

apakahsakai: sini POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG (PMS) : Politeknik Muadzam Shah


apakahsakai: sini POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG (PMS) : Politeknik Muadzam Shah

Posted: 30 Sep 2015 09:47 AM PDT

apakahsakai: sini <b>POLITEKNIK MUADZAM SHAH</b> PAHANG (PMS) : Politeknik Muadzam Shah


apakahsakai: sini <b>POLITEKNIK MUADZAM SHAH</b> PAHANG (PMS)

Posted: 18 Sep 2015 09:56 AM PDT

bismillahirrahmanirrahim,, assalamualaikum,,
okeyh,, okeyh,, okeyh,, ermmm sakai~ huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~ hye~ haaaaaa~ okeyh,,
dpat ker post lg satu entry hari ni,, huuuu~ pulun bagi habis,, esok dah class,, hahahhaha,,

okay,, hari ni dah 21.06.2015,, maka berlalu laaaa sudah ramadhan~ sebulan berpuasa~ hahahha,,
ehhhhh!' tak2 puasa baru masuk hari ke3,, y berlalu tu minggu suai kenal politeknik muadzam shah pahang sesi jun 2015,, hi3,,

gmbar ni dah hari ketiga dah pun

okeyh,, okeyh,, disepanjang berlangsungnya minggu suai kenal PMS sesi jun 2015(15-19JUN) pelbagai aktiviti dilakukan dengan jadual yang pack gila,, tido ta cukup,, makan tak lena mndi tak kenyang,, hahaha,, MSK ni bermula pada hari isnin dengan pendaftaran pelajar seramai 750 pelajar baharu manakala pelajar senior pula mendaftar pada hari jumaat,,

baek,, baek,, kita semua BUDAK BAEK!' hi3,,
baek,, mse hari pndaftaran tu,, lme gak lah tgu turn,, ramai sgt manusia~ hahahha,, aq lepas amik no,, smpat lg g makan kat kafe dlm poli ni,, beli sim pack celcom magic sim,, rm5 jer,, pastu free basic internet,, xkesaa laaa ad kedit ker xde,, xpired ker tak,, basic tenet tu still bole guna,, lepas laaaa tuk wc n ws,, jimat laaa tuk student cam aq ni,, hehuuu,, ni iklan celcom ker ap ni? hi3,, okeyh,, baek,, bila dah daftar kat kaunter jabatan masing2,, amik gmbar tuk kad matrik dan amik kunci asrama(kamsis) dan ambil bju jabatan n beg kat koperasi,, masing2 pergi laaaa kat kamsis bersihkan bilik,, susun barang2 semua,, ada y pegi mkn ngan kuarga tecinta~ pastu y drama melayu pn ada gak,, nangis2 laaaa,, y daftar tangan ketaq pun ada,, hahahaha,, tamat lah sudah drama melayu tadi,, y mana parents weolss dah balikk,, bye3,, jumpa lagi dihari raya~ :D










okeyh,, masa kat kamsis xde bt ap dah,, room mate lak kuar nan familia nya~ g mane tah,, kat poli ni,, aq sorang jer dpat room mate pmpuan(blainan jenis)... ...percaya ker?' hahahaha,, xdelaaa,, lelaki r,, jgn risau yea adik2 abg2 kakak2 pcik2 makcik2 kitorang kat sini selamat dan dijaga dengan baik,, laki pmpn tak bole cmpur sgt,, kamsis pmpn ad pagar,, stiap blok ad jaga y jaga,, kat kafe pn dah di devide kn tmpat duduk dak2 macho ngan dak2 cantik,, hahaha,, so mse aq kat bilik tu,, penat gilaaa,, aq pn baring2 laaa kejap,, sedar2 rummet aq dah blek bilik ngan kuarga2 dia skali hahahah,, dengan tak pakai bajunya bingkas bangkit mengambil baju dalam almari,, habis tertayang aset2 aku,, tali2 gitar tu,, hahaha,, kakak dia dah laaa lawa,, comel,, bibir munggil,, mata bulat,, hahaha,, dah pakai baju pesemua,, dah salam2,, parent dy pn balik,, kitorang pn kenal2 lah,, dalam pada kitorang borak2,, pengumuman pun dibuat,, ''perhatian kepada  semua pelajar semester satu, sila berkumpul di dataran berhampiran pusat islam pada pukul 5.30 petang dengan berpakaian semi formal,, ulang suara,, baca balek kat atas ni,, hahahaha,, so kitorang pun siap2 dan berkumpul ditempat kejadian,,



sampai kat situ,, kitorang dgar ckit abg2 n kakak2 ni bebel2 ckit,, tak egt dah ap bnde,, pastu g solat maghrib,, pastu mkn kat polybizz mall(kafeteria) pastu baris ramai2 smbil mengembek dan mengembuuuu~ kitorang gerak g dewan besaaa dengan abg besaaa~ kat dewan tu fasi2 bg ucapan n taklimat ringkas pasal pemakaian,, kamsis dan etc.. etc.. pastu g solat isyak berjemaah kat masjid (kat poli kitorang panggil pusat islam) pas solat abg2 besaa bg tau berkenaan hari esok nyea~ dan kitorang pun bersurai balik kamsis tuk tido~ hi3

hari kadua. 16jun2015
seawal 5.30 pagi dengan berpakaian formal,, kitorang dah berkumpul tuk menunaikan solat subuh berjemaah,, lepas tu ad tazkirah dan bacaan al mathurath,, usai solat,, kami g sarapan pagi,, lepas makan tu,, mata y berat sekilo ni dah jadi 6kilo,, ngantok sengsangat tak cukup tidoq bak ang~ dah laaa tak boleh blek kamsis,, huuuu~ :'(,, masok laaaa dlam dewan besaaa abg besaa~ dalam tu ad taklimat pasal dadah dpda agensi anti dadah(AADK) cek air kencing bagai,, mse tuh,, aq tawar kan diri tu buat ujian air kencing sb tak tahan duk dalam tu lelame,, ngantok,, hahahha,, tiap kali habis taklimat abg2 n akak2 besaa akn buat energizer tuk kitorang hilangkan ngantok,, hahaha,, y ni best,, fun gilaaa,, aq ske buat energizer shark attack tu,, hahaha,, best hilang ngantuk,, pastu ada laaaa taklimat lagi smpai kepetang,, taklimat polygreen,, eh jap,, tengah hari mana?' urm,, tengah hari g solat laaa kat pusat islam (PI) pastu blek g dewan dngar taklimat,, energizer,, pastu solat asar,, pas asar ada kegiatan riadah ditempat kejadian,, tak ingat dah kitorang buat apa masa tuh,, main sorok2 kowt,, hahahahaha :D,, pastu solat maghrib kat pi n mkn malam,, pastu solat isyak berjemaah kat pi,, pastu ada latihan dalam kumpulan(ldk) kat dewan besaa abg besaa,, hahhaaha mse ni best,, ngantok pn tak kesaa sgt,, sb best,, mlam tu kitorang buat aktiviti,, kne melukis muka sndri ngan tangan kiri,, pastu kumpulkan,, dan tukar kat orang lain pastuh suruh cam muka kat gambar tu dengan orang lain,, hahahha,, lawak sgt,, buruk2 muka kitorang ni buruk lagi lukisan tu hahahaha,, cramp pipi ni sengih sorang kat dpan lappy ni,, hahahaha,, okeyh,, pastuh balek tido~ ngantok bak ang~ (0,0)

hari ketiga. 117JUN2015
same gak,, kul 5.30 solat kat pi,, tazkirah dan bacaan al mathurath,, sarapan pagi,, pastu gi dewan dengan terhangguk2 tahan ngantuk y akhir nya tewas dan berakhir dengan fasi2 amik gambar kw tido ngan air liur basi hahahhaa,, pastu sama lah,, taklimat taklimat taklimat taklimat~ solat,, makan,, blek kamsis tido~ fuhhhh~ lemau gak menaip ni~ huhuhuhuhu,,

hari keempat 18jun2015/1 ramadhan~
y ni seyez penat gilaaaaaa~ hari pertama puasa~ pergh,, balek dah laaaa kul 12 mlam sbelum tu,, bgun kul 3.30 tuk sahur kul 4.30,, siang tu,, mampuih pi laaaa depa nak snap gamgaq tgah tidoq kaaa apa~ aq nak tidoq gak~ dan memg tercapai hajat fasi tu nk amik gmbar aq hahahaha,, terlentok gituuuu~ cam teko2 cantik dan menarik~ ini muncung saya~ ini tangkai saya~ angkat dan tuang~ hahaha,,






gigirll group 12 msk..
day 5 19jun2015/2 ramadhan. jumaat~
haaaaaaaaa~ jumaat ni kitorang semangat ckit,, last day kaaaan~ hi3,, lg pun xde ap sgt,, pagi tu sahur2 jap makan apa y patut,, solat2 pastuh g dewan besaaaa abg besaaa~ kumpul situ bt energizer,, bla3~ g jabatan masing2,, bt pendaftaran kursus,, pastu lepak kat dewan tgk slide y abg2 n akak2 fasiii buat tuk kitorang,, gmbar sepanjang msk,, gmbar aq terlentuk teko cantik dan menarik pun adaaa hahahaha,, pastu kitorang beramah mesra ngan abg2 n akak2 fasi dan akak cam corder y comel,, hahaha smpat tangkap gmbar ngan akak tu k,, hi3,, pastu sesi bergambar dengan kumpulan ldk,, hi3 y ni best,, hahaha,, xpe tgk jelaaaa~ mse ni ase cam nak jer xtend msk tu,, best laaa plak,, dah xdpt ushar2 hahahha,, jabatan lain2 huuuu~ ni slot jejak kasih ker ap ni? hahhahaha,,

snanye bnyak lagi y tak termuat kn kat atas tu sb tak egt bila dan dimana kejadian berlaku mengikut perkara y sebenar~ contoh nye mse aq kne naik atas pentas knal kn diri sb aq orang sabah,, masa msk ni ad dua orang jer dak sabah,, tu y kne naik atas tu,, sorang dari perlis,, dye pn kne naik atas jgak,, hahahaha,, pastu pilihan raya pemilihan antara dato2" y aq kenal dato firul n dato amir jer,, dato amir sb dia menang pilihan raya,, firul lak geng buat energizer ngan dua y lain kat dalam bilik pas msk,, ayie n cimok,, hahahah,,

last but not least,, bagi aq msk ni memg best,, n abg2 n akak2 fasi pun xde laaaa buli kitorang ker ap,, ad laaa sikit kekurangan,, tapi keseluruhan nya memang terbaik lah,,haih,, rindu laaa plak,, huhuhuhuhuhu~ nxt intake nk jadi fasi laaaaa jgak,, best,, :D,, terima kasih kat abg2 n akak2 fasi y encem n comel sb jaga kitorang,, wlau pn diorang dah snap gmbar lentok teko aq,, haahahaa,, okeyh laaaa~ ni jer kowt~ bolelaaaaaa~ tetiba rindu shah alam,, huuuuuu~ owwwwww~ okeyh last,, td bukan dah last ker?,, ada lagi?,, hahahha,, buat geng2 msk pms sesi jun 2015 GULLAK GAISSS!!!!!''
harapan aq generasi poli y satu ini dapat jadi sesuatu.. kbye~ :D

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: LAWATAN

Posted: 06 Sep 2015 09:46 AM PDT

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: LAWATAN <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2015 02:42 AM PDT

 

Pada 6 & 7 Ogos 2015 (Khamis & Jumaat), Panel Penilai MQA telah mengadakan satu lawatan ke Politeknik Muadzam Shah.  Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) dan memastikan semua kreteria yang ditetapkan oleh MQA dipatuhi seterusnya proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama tiga tahun ini boleh mencapai matlamat. Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar telah dipanggil untuk sesi interview bersama panel penilai. Adalah diharap agar program Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi) mendapat Akreditasi penuh.

 Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar bersama Panel Penilai MQA




Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: #SehatiSejiwa <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2015 03:08 AM PDT

Pada 27 Ogos 2015 (Khamis), satu booth "Spirit Of Independent" telah dibuka oleh Majlis Perwakilan Pelajar (Exco Komunikasi Korporat) bertempat di Ruang Legar Polygreen (bawah DKU). Pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya Music Merdeka, Dart, Attack Ballon Merdeka, Throw Ball, Kuiz & Ucapan Kemerdekaan. Pelbagai hadiah menarik juga disediakan buat 20 orang terawal.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari pelajar malah dari kalangan pensyarah dan staf Politeknik Muadzam Shah.

 Kuiz - Kafeteria

 Kuiz - Pagar Utama

 Kuiz - Perpustakaan





 Program ini juga mendapat sambutan dari kalangan staf & pensyarah Politeknik Muadzam Shah


 Throw Ball



 Music Merdeka

Pengarah Program (baju melayu biru) bersama AJK yang menjayakan program & booth "Spirit Of Independent"

Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: SELAMAT <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2015 02:19 AM PDT

Saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah sesi 2015 mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Politeknik Muadzam Shah.

"Merdeka negara itu bermula dari merdekanya diri sendiri.."

Edisi Terkini! <b>Politeknik Muadzam Shah</b> di Sinar Harian - Kemahiran <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2015 08:00 PM PDT

Suriyati (dua, kanan) diiringi Nazatul dan pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan, PMS selepas selesai pertunjukan fesyen yang mereka anjurkan.

Politeknik Muadzam Shah. Pendidikan tentang pengurusan majlis atau program bukan suatu pengetahuan yang biasa sebaliknya menjadi satu kelebihan atau bonus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) apabila memasuki alam pekerjaan.


Sebahagian pelajar kebiasaannya lebih fokus kepada pengajian mereka semata dan tidak mengambil berat tentang aktiviti sebegini yang akhirnya menjadikan pengalaman pembelajaran di IPT itu tidak diperoleh sepenuhnya.

Pensyarah, Suriyati Tajrud-din berkata, objektif penganjuran program secara kasarnya telah tercapai apabila pelajar yang terdiri daripada 34 orang itu berjaya menguruskan dari awal hingga selesai tanpa penglibatan tenaga pengajar.

"Apa yang diterapkan dan ditekan melalui penganjuran program ini ialah bukan saiz program atau majlis yang menjadi ukuran sebaliknya bagaimana cara ia diuruskan. Jika majlis atau program itu bersaiz besar maka ia merupakan bonus.

"Kejayaan penganjuran juga dipengaruhi kerjasama antara komiti yang selalunya menjadi cabaran besar kepada mereka. Jika semua memainkan peranan sebaik mungkin, ia akan berjaya seperti yang kita lihat pada hari ini," katanya ketika ditemui pada Majlis The Fashion Show – Muslimah Climb Up The Ladder anjuran pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah (PMS) dengan kerjasama Nuril Anwar, SA Design Enterprise, Nor As Jaya Trading, PISB Porcelain Inn Sdn Bhd, FIY Balqis Collection serta Lovely Jey.

Menurutnya, pujian juga harus diberikan kepada pelajar yang terlibat kerana berjaya mendapatkan tajaan daripada beberapa usahawan dan syarikat sekitar Muadzam Shah.

Sementara itu, Pengarah Program, Nazatul Syazlin Nazri, 20, yang ditemui tidak menafikan kerjasama antara komiti merupakan cabaran terbesar untuk menjayakan majlis peragaan fesyen berkenaan.

"Ini kali pertama saya dilantik sebagai pengarah program dan ia cabaran yang besar apabila ia melibatkan komitmen komiti yang terlibat tetapi saya bersyukur sebab semua memberikan kerjasama serta masing-masing memainkan peranan.

"Majlis fashion show ini pula kali pertama diadakan sebab sebelum ini kebanyakan program lebih kepada karnival pelancongan dan sebagainya. Secara tidak langsung hari ini (semalam) kami telah melalui sendiri pengalaman menganjur fashion show," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

0 Comment for "apakahsakai: sini POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG (PMS) : Politeknik Muadzam Shah"