Berikut adalah senarai dan juga perbezaan Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPM).
Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan IPTA/universiti. Ia hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Ia tidak menawarkan program peringkat sijil.
Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Berikut adalah senarai Politeknik Premier setakat ini:
- Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor
Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Politeknik Konvensional menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program atau kursus yang ditawarkan ialah pada peringkat Sijil dan Diploma. Kursus ditawarkan dalam bentuk kursus sepenuh masa dan separuh masa / secara sambilan.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal UPU atau politeknik.
Berikut adalah senarai Politeknik Konvensional setakat ini:
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah
- Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan
- Politeknik Kuching (PKS), Sarawak
- Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan
- Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Menggatal, Sabah
- Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang
- Politeknik Melaka (PKM), Malim, Melaka
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu
- Politeknik Merlimau (PMM), Melaka
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah
- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang, Selangor
- Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang
- Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang
- Politeknik Jeli (PJK), Kelantan
- Politeknik Mukah (PMU), Sarawak
- Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
- Politeknik Banting (PBS), Selangor
- Politeknik Mersing (PMJ), Johor
- Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Kuala Berang, Terengganu
- Politeknik Sandakan (PSS), Sabah
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis
- Politeknik Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu
- Politeknik Pagoh (PPJ), Johor (kini menumpang di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan)
Politeknik METrO
Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan.
Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskilling dan re-skilling. Pembelajaran dijalankan secara virtual learning dan melibatkan komponen on the job training.
Politeknik METrO terletak di pusat bandar dan tidak menyediakan asrama untuk pelajar.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPU atau politeknik.
Berikut adalah senarai Politeknik METrO setakat ini:
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur
- Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang
- Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Johor
- Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Permatang Pauh, Pulau Pinang (kini menumpang di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang)
- Politeknik METrO Betong (PMB), Sarawak
Semoga maklumat mengenai jenis-jenis dan perbezaan politeknik di atas dapat membantu anda memilih politeknik terbaik untuk melanjutkan pelajaran.
Ranking: 5
0 Comment for "Senarai Dan Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional dan ... - Politeknik Hulu Terengganu"