Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: MAJLIS <b>...</b> Posted: 06 Jul 2015 10:37 PM PDT Tarikh: 8 Julai 2015 (Rabu) Tempat: Pusat Islam, Politeknik Muadzam Shah Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran Timbalan Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dengan diiringi Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Ahli Mesyuarat Pengurusan, barisan staff dan saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Selepas Majlis Perasmian Motivasi Ramadhan Karim & Pelancaran Sahabat YADIM Politeknik Muadzam Shah, majlis disambung dengan Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Izhar Jumali (nowseeheart). Pada sebelah petang pula diadakan Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Iftar Perdana Politeknik Muadzam Shah di Pusat Islam. Ketibaan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dengan diiringi Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Taha Bin Rulam Ahmad Ucapan Pengarah Politeknik Muadzam Shah Ucapan perasmian oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM Gimik Pelancaran Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Izhar Jumali (nowseeheart) Saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi Jun 2015 Keratan akhbar di Utusan Malaysia - 9 Julai 2015 |
Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: Program <b>...</b> Posted: 08 Aug 2015 12:22 AM PDT Antara program yang akan dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan adalah: 1) Gotong-royong Kemerdekaan - Exco Kebajikan & Sosial 2) Fire Drill - Exco Kolej Kediaman 3) Merdeka Got Talent - Exco Warisan & Kebudayaan 4) Pertandingan Melukis Poster 5) Pertandingan Fotografi 6) Pertandingan Video Kemerdekaan - Exco Intergrasi Nasional 7) Sukan Kemerdekaan - Exco Sukan & Rekreasi 8) Pertandingan Menulis Cerpen - Exco Intergrasi Nasional 9) Pertandingan Kuiz Merdeka - Exco Intergrasi Nasional |
Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b> Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid <b>...</b> Posted: 09 Mar 2013 06:30 AM PST Hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satu yang terkini daripada pelajar tahun akhir Polteknik Muadzam Shah adalah aplikasi E-Tajwid untuk para pengguna Android. Melalui aplikasi E-Tajwid untuk Android ini, ia menawarkan beberapa maklumat berkenaan penggunaan Tajwid, dimana selain penerangan dalam bentuk teks, ia turut menawarkan dalam bentuk audio. Namun, ketika ujian kami, kami menghadapi sedikit masalah semasa ingin mengakses versi audionya (berkemungkinan kerana masalah internet di pihak kami). Pembangunnya juga mengatakan aplikasi ini telah disemak oleh Ketua Jabatan Pengajian Am di polteknik berkenaan, selain memenangi Hari Inovasi Polteknik Muadzam Shah. Pada masa yang sama, pembangunnya juga turut sama membuka peluang kepada pembangun aplikasi di platform lain, dalam bekerjasama dan membawakan aplikasi tersebut ke pelbagai platform berbeza. Buat masa ini, aplikasi ini masih belum diterbitkan di Google Play Store, dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk APK, dan memasangnya pada peranti Android anda. |
Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: LAWATAN <b>...</b> Posted: 01 Mar 2015 02:00 AM PST Tarikh : 01 Mac 2015 Tempat : Felda Selancar, Muadzam Shah Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah Dengan kerjasama : Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah ..... Program Lawatan Jejak Usahawan & Khidmat Masyarakat telah dijalankan pada 01 Mac 2015. Program ini merupakan anjuran Exco Keusahawanan & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Exco Sukarelawan dan Unit Keusahawanan Politeknik Muadzam Shah. Selain penglibatan pihak politeknik, program ini turut dijayakan dengan kerjasama dari Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Felda Selancar dan juga penduduk Felda Selancar. Seramai 39 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam lawatan ini dengan diiringi oleh seorang pensyarah. Pelajar telah mula berkumpul pada jam 8.00 pagi dan setelah selesai minum pagi, kami memulakan perjalanan kami ke Felda Selancar pada jam 8.30 pagi. Program kami dimulakan dengan lawatan ke dua buah kilang kerepek iaitu Perusahaan Siti BB Enterprise dan SMG Trading. Pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan kerana faktor kesesuaian kapasiti yang mampu ditampung oleh kedua-dua kilang tidak terlalu besar. Lawatan selama 3 jam ini telah memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempelajari cara memproses Kerepek Bawang dan juga Kuih Batang Buruk. Selain itu, perkongsian pengalaman yang diberikan oleh pemilik kedua-dua kilang tersebut telah banyak memberi gambaran kepada pelajar mengenai realiti sebenar untuk mejadi seorang usahawan. Seterusnya, lawatan kami diteruskan dengan sesi gotong-royong di Tabika Kemas Felda Selancar 4 setelah selesai makan tengahari dan juga solat zuhur. Sesi gotong-royong yang mengambil masa kira-kira 2 jam ini telah dijalankan oleh semua pelajar politeknik yang terlibat, kakitangan Tabika Kemas dan juga penduduk setempat. Pelajar juga telah mengambil peluang untuk beramah mesra bersama penduduk setempat dan kami terus solat asar berjemaah dan minum petang di Tabika tersebut. Aktiviti terakhir kami adalah lawatan ke Kandang Kambing milik pengerusi Sahabat AIM Felda Selancar. Setelah hampir 30 minit berada di kandang tersebut, kami semua telah bersiap dan berangkat pulang ke Politeknik Muadzam Shah lebih kurang pada jam 6.15 petang |
Majlis Perwakilan Pelajar <b>Politeknik Muadzam Shah</b>: LAWATAN KE <b>...</b> Posted: 10 Jun 2015 11:41 PM PDT Tarikh: 11 Jun 2015 (Khamis) Tempat: Parlimen Malaysia & Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada saf pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah serba sedikit ilmu dan pengalaman situasi sebenar persidangan parlimen yang dibincangkan. |
0 Comment for "Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah: MAJLIS : Politeknik Muadzam Shah"